Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara
kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah
satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat
ubat.(Riwayat al-Bukhari)
Kemusykilan
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai
binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?
Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit.
Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas
'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu
difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis
bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan
penyakit kepada lalat itu sendiri?
Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi
yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar
(antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria
tersebut.
Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada
pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman.
Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor
lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita
berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan
makanan dan sebagainya.
Sitoplasma Dapat Membunuh Kuman Dari Lalat
Sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat (gambar) |
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh
para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tah
un 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
un 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki
Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa
fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan
memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer
(Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan
penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma
pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria
pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada
seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu
tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda
cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi
mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan
mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah
benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat
terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak
kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus
dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan
lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya
junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Subhana Alllah, WaAllahu'alam