Showing posts with label Sejαrαh Dunīα | Kemunculαn Tokoh Dαn Perkembαngαn Islαm. Show all posts
Showing posts with label Sejαrαh Dunīα | Kemunculαn Tokoh Dαn Perkembαngαn Islαm. Show all posts

30 August 2013


Wahai Para Da’i Islam!
Carilah kematian nescaya anda akan dikurniakan kehidupan. Janganlah anda sampai tertipu oleh angan-angan kalian. Janganlah anda sampai tertipu oleh buku-buku yang anda baca dan amalan-amalan sunnah yang anda lakukan sehingga anda melupakan kewajiban besar.

10 May 2013



       Nama penuh Ibnu an-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin Abu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M) sewaktu umur beliau 80 tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada.

6 May 2013

     Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari, 1949,  merupakan seorang mujadid dalam dunia islam, reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Hassan al Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
     12 Februari 2013 baru saja meninggalkan kita. Ingin saya kongsikan di sini, sedikit kisah tentang latar belakang seorang tokoh yang telah menyusun Al-Mathurat dan pengasas Ikhwanul Muslimin. 
Tanggal 12 Februari 1949, syahidnya seorang pendakwah terulung dan reformis Islam, Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau dikenali Imam Hassan Al-Banna. Pemergiannya yang dipenuhi dengan konspirasi yang dirancang musuh Islam yang tidak senang dengan gerakan dakwahnya.

Beliau ditembak di hadapan Pejabat Ikhwanul Muslimin bersama adik iparnya, Abdul Karim Mansur. Dua orang yang tidak dikenali menerpa dan menembak beliau dan adik iparnya. Sebanyak tujuh das tembakan terkena Imam Hassan Al-Banna. Beliau dibawa ke hospital dan dikawal
rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar.

  10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

 1-    Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

 2-    Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah
         kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang 
         tidak  berfaedah.

3 May 2013


     Imam Abu Hanifah atau Imam Hanafi adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

1 May 2013


     Semasa awal pemerintahan Islam, jihad sebagai kaedah dasar penyebaran dakwah Islam telah menjadi bahagian penting dari usaha membangun kekuatan Daulah Islam. 

Jihad adalah perang di jalan Allah untuk meninggikan kalimat Allah. Oleh sebab itu diperlukan persiapan baik logistik, formasi perang, strategi, komandan dan pasukan tentera serta persenjataan. Persenjataan memerlukan adanya industri.


       Sejarah Imam Mazhab Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man bin Tsabit bin Zhuthi' lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu pada ketika itu.

      Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Sejarah keluarganya juga ada hubung kait dengan ilmu Islam, dengan datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. 


Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri r.a.

30 April 2013


       Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.

28 April 2013

      Biografi ini adalah permintaan daripada seorang akhi. Tetapi biografi seorang pendebat Islam terkenal dan tiada tandingan abad ini iaitu Ahmad Deedat.  

Ahmad Deedat dilahirkan di Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesionnya itu telah berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmad Deedat.

Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmad Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).


       Ahmad Hussein Deedat dilahirkan pada 01hb Julai 1918 di Surat, India. Beliau lahir di dalam sebuah keluarga yang miskin. Pada tahun 1927, beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau telah berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 iaitu pada ketika berusia 9 tahun untuk tinggal bersama-sama ayahnya.

27 April 2013


     Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s. Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan ia pernah juga menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

        Sejarah perjuangan dan kegemilangan umat Islam dalam pentas peradaban dunia berlangsung sangat lama iaitu sekitar 13 abad, yang bermula sejak zaman kepemimpinan Rasulullah SAW di Madinah (622-632M), sehinggalah tumbangnya Kekhilafahan Turki Uthmani pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924).

30 March 2013


     Hassan Al-Banna (1906-1949) seorang pendidik dan pengasas Ikhwanul Muslimin berjaya menterjemahkan intipati politik dalam perjuangan dakwah dengan menetapkan pendirian: ''Islam adalah sebuah sistem sejagat yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek hidup dan kehidupan.

Asy Syahid Dr. Ramadhan Al-Buthi

         Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya...

29 March 2013


       Bangsa Mongol adalah bangsa daripada Asia Tengah yang menetap di kawasan yang sekarang ini dikenali Mongolia. Namun, pada satu ketika dahulu, empayar Mongol mencecah hampir satu per tiga dunia.
Maharaja Hong Wu
Maharaja Hong Wu
     Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw sembilan abad yang lampau.

25 March 2013




"Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan  buah yang ranum"

24 March 2013


         Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

RECENT POSTS

Top Popular Posts