Setiap jenama mempunyai sejarah yang tersendiri. Sebelum mereka muncul sebagai sebuah barangan yang menjadi kegunaan ramai, mereka memerlukan sebuah paten bagi menjamin jenama mereka daripada menjadi bahan ciplak. Bahkan, mendiang Micheal Jackson menyedari hakikat ini dan beliau turut memiliki paten sendiri.
Monopoly
Bermula dengan paten yang diberi nama 
‘The Landlord Game’, Elizabeth J. Magie Phillips mendaftarkan paten 
tersebut pada tahun 1903. Permainan tersebut mula dikomersialkan pada 
1923 setelah Parker Brothers menukar namanya kepada Monopoly. Permainan 
tersebut terus mendapat tempat di hati kanak-kanak dan ia kekal menjadi 
pilihan ibubapa untuk mendidik anak-anak bagaimana untuk menjadi seorang
 yang bijak mengendalikan wang.
Salah sebuah permainan kanak-kanak paling
 popular di dunia, Lego bermula daripada seorang tukang kayu daripada 
Denmark, Ole Kirk Christiansen. Christiansen mula menghasilkan patung 
yang diperbuat daripada kayu sejak daripada tahun 1932. 
Walaubagaimanapun, Lego hanya dipatenkan pada 24 Oktober 1961. Nama Lego(Leg Godt)
  diperkenalkan pada 1934 yang membawa maksud ‘main dengan baik’ dalam 
bahasa Denmark. Lego masih popular sehingga ke hari ini dek kerana 
ketahanan dan menguji daya kreatif kanak-kanak.
Bermula dengan idea menghasilkan patung 
untuk orang dewasa, walaubagaimanapun Barbie Doll lebih menarik minat 
kanak-kanak untuk memilikinya. Sejarahnya bermula apabila Ruth Handler 
yang juga isteri kepada salah seorang pengasas Mattel Toy Company, 
Elliot Handler mencadangkan kepada suaminya berkenaan projek patung bagi
 orang dewasa. Miskipun demikian, suaminya tidak berminat dengan idea 
tersebut.
Namun, segalanya berubah apabila Ruth 
Handler dan suami melancong ke Jerman pada 1959. Mereka melihat 
bagaimana patung Bird Lili mendapat tempat di hati masyarakat Jerman. 
Suami Ruth Handler mula berubah fikiran dan menjadi tulang belakang 
utama untuk menghasilkan patung tersebut. Ia mula dipatenkan pada 24 
Julai 1959 dan diperkenalkan pada 9 March 1959 di American International
 Toy Fair. 9 March 1959 dipilih sebagai tarikh lahir kepada patung yang 
menjadi idaman setiap kanak-kanak.
The Slinky
The Slinky mungkin kelihatan paten yang 
cukup pelik. Namun ia menjadi pilhan kanak-kanak untuk bermain dengan 
rakan-rakan mereka. Ia dicipta dan dipatenkan oleh seorang jurutera 
tentera laut, Richard James pada awal 1940-an. Pada hari pertama dijual,
 stok yang memiliki 400 biji habis dijual hanya dalam masa 90 minit. 
Dalam 60 tahun pertama sejak ia diperkenalkan, sebanyak 300 juta stok 
telah habis dijual.
Permainan moden ini menjadi pilihan 
kanak-kanak sejak ia diperkenalkan pada 1989. Nintedo dipatenkan pada 9 
Februari 1993 dan ia adalah salah satu permainan komputer pertama yang 
diperkenalkan di dunia.
G.I Joe
Sepertimana Barbie Doll yang popular di 
kalangan kanak-kanak perempuan, G.I Joe pula menjadi pilihan kanak-kanak
 lelaki. G.! yang membawa maksud Goverment Issue menjadi terma popular 
di Amerika Syarikat yang mana ia merujuk kepada anggota tentera US. 
Lengkap dengan baju celoreng dan senjata api, G.I Joe menjadi impian 
setiap kanak-kanak lelaki.
Etch A Sketch
Etch A Sketch mungkin adalah permainan 
kanak-kanak terawal yang paling kreatif pernah dihasilkan. Ia mula 
dipatenkan pada 23 Julai 1959 dan diperkenalkan sejak daripada tahun 
1960-an. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menambat hati 
kanak-kanak di seluruh dunia. Saban tahun ia semakin popular dan pada 
tahun 2003, Etch A Sketch dipilih oleh Toy Industrial Association 
sebagai salah satu permainan kanak-kanak paling diingati dan kreatif 
pada abad ke-20.


 
 
 
 
 
 
 
