25 March 2013




"Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan  buah yang ranum"


"Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat." 
"Kemenangan dan Kejayaan itu sedang menanti di hadapan kita. Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan" 

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh. Maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Ku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka Tapi aku inginkan hati yang ikhlas membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah ." 

"Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak’"

"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."

(Imam As-syahid Hassan Al-Banna)

Ustaz Hassan Al-Banna telah membuktikan dirinya berada dalam golongan yang disebutkan Allah dalam Surah Ali Imran ayat 169 yang selalu disebut oleh Asy-Syahid dalam ceramah-ceramahnya iaitu;


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati), bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"



                                                           64 tahun sudah berlalu..
                                                                      Al-Fatihah...



 

RECENT POSTS

Top Popular Posts