|  | 
| Che semasa berada di menara gading. | 
      Siapa tidak kenal dengan Che Guevara atau
 nama penuhnya Ernesto Che Guevara. Beliau dilahirkan pada 14 Jun1928 di
 Argentina. Beliau datang daripada keluarga berada dan berpelajaran 
tinggi. Beliau memiliki IQ yang hebat. Ketika dewasa, beliau berjaya 
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan berjaya menamatkannya. 
Dikenali juga sebagai El Che, beliau sangat meminati falsafah Komunis 
terutama aliran Marxist.
 
Sebagai seorang pelajar perubatan dan 
memandangkan beliau daripada keluarga berada, beliau kerap melawat ke 
negara-negara di Amerika Latin. Kesedaran tercetus apabila melihat 
kebanyakan negara di Amerika Selatan masih lagi dibelenggu kemiskinan 
miskipun kaya dengan hasil bumi. Keadaan ini menyebabkan beliau 
merasakan sistem kapitalis yang diamalkan di kebanyakan negara di 
Amerika Latin hanya untuk mengeksplotasi kekayaan hasil bumi mereka. 
Amerika Syarikat dianggap dalang kepada semua yang berlaku.
Ketika di Mexico City, beliau berkawan 
rapat dengan adik beradik Castro, Fidel dan Raul Castro. Ideologi dan 
perwatakan mereka sama menyebabkan ikatan mereka bertambah erat. Fidel 
dan Guevara memiliki usia hampir sebaya yang mana Fidel tua lebih dua 
tahun daripada Guevara.
Guevara telah bersama Fidel dan 82 orang 
lagi pengikut mereka melancarkan pemberontakan terhadap negara Cuba yang
 dipimpin oleh kerajaan boneka AS, Fulgencio Batista. Pemberontakan 
tersebut telah berjaya menumbangkan kerajaan tersebut dan diingati 
sebagai Pergerakan 26 Julai.
Kebijaksaan perancangan yang dilakukan 
oleh Fidel dan Che Guevara dikagumi. Hanya bersama 82 orang pemberontak,
 mereka berjaya melancarkan perang dan seterusnya menyakinkan individu 
lain yang anti-Batista. Perang tersebut digelar Gerila yang mana Che 
sendiri telah menulis manual dan buku berkenaan cara untuk 
merealisasikan Perang Gerila. Manual tersebut digunapakai oleh banyak 
pemberontak di seluruh dunia.
Perjuangan Guevera merentasi seluruh 
dunia. Beliau bagaikan duta kepada falsafah Komunis Cuba. Sikap beliau 
yang peramah dan merendah diri menyebabkan beliau mudah didekati oleh 
ramai ‘pemberontak’ anti-Kapitalis. Che pernah singgah di Gaza bagi 
memberi keyakinan kepada pejuang-pejuang Palestin menuntut hak mereka 
daripada Kapitalis Israel. Che juga pernah berada di Congo pada 1965 
semasa perang Congo. Beliau menjadi guru kepada ‘pejuang-pejuang’ di 
sana.
Sekitar tahun 1967, Guevara telah 
‘melawat’ kem-kem pejuang Bolivia. Di sana, beliau telah ditangkap dalam
 satu pertempuran sengit antaranya dan tentera Bolivia serta CIA. Beliau
 ditangkap hidup-hidup. Guevara telah ditembak sebagai enam das secara 
keseluruhan oleh seorang pegawai bernama Sarjan Teran. Enam das tersebut
 adalah lima di kaki, satu di bahu kanan dan tangan, satu di dada dan 
satu di leher. Tangan Guevara turut dicacatkan dan dipotong. Guevara 
diistiyharkan meninggal dunia pada 1.10 petang 9 Oktober 1967 pada usia 
39.
Kematian Che Guevara telah membangkitkan 
kebencian seluruh dunia kepada sistem Kapitalis yang diketuai Amerika 
Syarikat. Che diingati seluruh dunia sebagai ikon kebangkitan golongan 
muda.
|  | 
| Ketika bayi. | 
|  | 
| Walaupun seorang doktor bertauliah, ia tidak menghalang beliau untuk berjuang menentang sistem kapitalis. | 
|  | 
| Bersama Pengerusi Moa daripada China. |