Neville Chamberlain (Adolf Hitler) -pada September 1938
    Pemimpin German,Adolf Hitler menemui 
Neville Chamberlain di Godesberg, Jerman dan menghulurkan tangan untuk 
bersalam. Pertemuan yang agak bersejarah tersebut berlaku sebelum 
berlangsungnya Perang Dunia Kedua tapi kehangatan perang telah mula 
terpercik.
Pertemuan pada 22 September ini antara 
lain adalah atas desakan Britain untuk mengelak daripada tercetusnya 
perang selepas Hitler bertindak menceroboh kedaulatan Czechoslovakia. 
Chamberlain cuba mengikatkan kedamaian antara Britain dan Jerman namun 
telah ditolak bulat-bulat oleh Hitler selepas Hitler menyedari bahawa 
Jerman pernah beberapa dikhianati oleh Britain terutama semasa Perang 
Dunia Pertama dahulu.
Akibat kegagalan lawatan Chamberlain 
untuk berdamai, tidak lama selepas daripada itu, Perang Dunia Kedua 
dengan rasminya tercetus.
Joseph Stalin-Harry Truman (Winston Churchill) -pada Ogos 1945
Pemimpin Pakatan Berikat, Stalin, Truman 
dan Churchill dirakam bersalaman antara satu sama lain ketika 
Persidangan Potsdam, Jerman pada 2 Ogos 1945. Persidangan itu mengambil 
masa 18 hari iaitu bermula 16 Julai 1945 sehingga berakhir pada 2 Ogos 
1945.
Persidangan antara tiga kuasa besar ini 
antara lain adalah untuk membincangkan pembahagian wilayah Jerman yang 
telah runtuh akibat kekalahan mereka pada Perang Dunia Kedua. 
Persidangan ini dilaporkan genting apabila Presiden Amerika Syarikat 
yang baru, Harry Truman(menggantikan Rossevelt) mempunyai mentaliti 
anti-komunis yang kuat berbanding Rossevelt. Stalin pula seorang yang 
agak keras pendirian sehingga persidangan dilaporkan tegang.
Persidangan ini boleh dianggap sebagai 
detik pertama Perang Dingin antara blok Barat dan blok Timur yang 
kemudiannya memuncak pada era 1970-an.
John F. Kennedy (Nikita Khrushchev) -pada Jun 1961
Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, 
tiada apa yang hangat di dunia ini melainkan pertelagahan dingin antara 
dua kuasa besar dunia, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pertemuan 
Kennedy dan Khrushchev pada Jun 1961 di Persidangan Vienna yang berakhir
 dengan insiden bersalaman antara dua orang pemimpin ini bagaimanapun 
tidak menunjukkan mereka berdamai.
Ini jelas apabila Kennedy cuba bermain 
api dengan Khrushchev dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika 
Syarikat akan sedaya-upaya mempertahankan hak Jerman Barat daripada 
dirempuh ideologi Komunis.
Khrushchev ternyata berang dengan 
kenyataan Kennedy telah mengarahkan pembinaan Tembok Berlin yang 
memisahkan antara Jerman Barat dan Jerman Timur. Pembinaan tembok ini 
memberi simbolik bahawa idealogi Komunis dan idealogi Kapitalis tidak 
boleh dicampur-gaul miskipun mereka daripada agama dan bangsa yang sama.
Kemuncak Perang Dingin antara AS dan USSR
 adalah pada Oktober 1962 apabila USSR secara sulit telah mengeksport 
kepala peledak nuklear kepada sekutunya di Cuba. Perisik AS cekap 
mengesyakinya dan bermulanya Krisis Misil Cuba yang hampir mencetuskan 
Perang Nuklear.
Apabila Kerajaan China pimpinan Moa 
Zedong melaungkan ketidaksetujuan dan berpisah dengan Soviet Union, 
Richard Nixon mengambil kesempatan ini untuk cuba mempengaruhi kerajaan 
Komunis China sekurang-kurangnya untuk menjadi rakan dagang Amerika 
Syarikat pada masa akan datang.
Nixon mengadakan lawatan tersebut pada 
Februari 1972 untuk bertemu secara bersemuka dengan pemimpin Komunis 
buat kali pertama. Liputan diberi secara meluas oleh media kerana ia 
membuka satu dimensi baru kepada hubungan China-AS. Foto yang merakamkan
 antara Nixon dan Moa adalah yang pertama antara pemimpin Komunis China 
dan Barat.
Susulan daripada Perjanjian Pendamaian 
Camp David pada September 1978 antara Mesir dan Israel yang berlangsung 
secara rahsia selama 12 hari, Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat dan
 Menachem Begin dilihat bersama-sama di sebuah pentas setahun kemudian 
dan bersalaman secara terbuka di hadapan media utama dunia.
Insiden itu merupakan lakonan semula 
tentang apa yang berlaku semasa di Camp David pada 17 September 1978. 
Anwar Sadat telah dikritik hebat oleh umat Islam apabila mengiktiraf 
Israel sebagai negara berdaulat. Sebagai balasan, Israel mengundurkan 
tenteranya di semenanjung Sinai yang ditawan mereka semasa Perang 6 
Hari.
Kedua-dua pemimpin kemudian dianugerahkan
 Hadiah Nobel Keamanan susulan perjanjian di Camp David tersebut. Namun,
 segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh Anwar 
Sadat apabila berterusan dikritik oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan 
rakyatnya mula bangkit untuk menggulingkannya. Pada 1981, semasa 
perarakan ketenteraan yang dihadiri oleh beliau dan menteri kerajaan 
Mesir, seorang tentera berpangkat Leftenan, Khalid Islambouli menembak 
mati Anwar Sadat. Khalid Islambouli pula dihukum tembak oleh skuad 
penembak pada April 1982.
Mikhail Gorbachev (Richard Nixon) -pada Jun 1988
Pertelagahan antara USSR dan AS sejak 
tahun 1970-an akhirnya menemui jalan akhir pada awal tahun 1990-an. 
Namun, apa yang penting adalah rakaman foto Gorbachev dan Nixon yang 
bersalaman pada Jun 1988 menandakan detik-detik kejatuhan Komunis yang 
akan berakhir tidak sampai satu dekad daripada tarikh tersebut.
Dasar apartheid yang ekstrem di Afrika 
Selatan menyebabkan Nelson Mandela meringkuk di dalam penjara hampir 27 
tahun di tiga penjara yang berlainan. Namun, pada 11 Februari 1990, FW 
de Klerk telah melepaskan Mandela daripada penjara selepas membuat 
beberapa perubahan dasar kerajaannya. Semasa Mandela dilepaskan, liputan
 diberi secara meluas oleh media seluruh dunia. Masing-masing mengkritik
 dasar perkauman yang melampau di Afrika Selatan. Pada Mei 1990, Mandela
 telah dirakam bersalaman dengan Klerk dan ia adalah petanda awal bahawa
 dasar apartheid telah menemui pengakhiran. Tidak sampai setahun selepas
 itu, Mandela telah memenangi pilihanraya umum dan diangkat menjadi 
Presiden kulit hitam Afrika Selatan pertama.
Yitzhak Rabin (Yasser Arafat) -pada September 1993
Israel pimpinan Yitzhar Rabin sangat 
menekan Palestin. Masyarakat Islam rata-rata mengencam dasar Israel yang
 melampau dan agresif. Amerika Syarikat pimpinan Bill Clinton cuba 
menjadi orang tengah di antara Israel dan Palestin yang diketuai oleh 
Yasser Arafat. Pementeraian penjanjian antara Israel dan Palestin 
menyebabkan Israel terpaksa mengundurkan tenteranya di wilayah Genting 
Gaza dan Tebing Barat. Tidak lama selepas itu, Arafat juga dibenarkan 
pulang ke Palestin.
Arafat telah dirakam bersalaman di 
hadapan media di Washington yang disaksikan sendiri oleh Bill Clinton 
dan Menteri Luar Israel, Shimon Peres. Perjanjian ini rupa-rupanya 
menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ekstremis Yahudi yang tinggal 
di kawasan Tebing Barat. Tidak lama selepas perjanjian tersebut, Yizhak 
Rabin ditembak mati oleh seorang ekstremis tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
