Saudari,
Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan
dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya
tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap
awak.
Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak
ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat
oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani
untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang
untuk diajak ber"couple". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak.
Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan
ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk
mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang
yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita
untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan akhirnya kita
berdua terleka dengan godaan syaitan dan pujuk rayu nafsu. Saya tahu
semua itu. Dan saya tahu awak lebih tahu akan semua itu. Saya tahu juga
yang awak berusaha untuk melarikan diri dari semua itu –takut ada yang
murka dengan perbuatan awak termasuk diri saya sendiri. Iaitu Allah
S.W.T.
Saya dari dulu sebelum mengenali awak lagi, saya sudah percaya akan
bercinta selepas nikah itu adalah yang paling bahagia. Saya tak mahu
kasih sayang saya ini, perhatian saya ini diberikan kepada orang yang
tidak layak disisi agama dengan cara ber"couple" tapi akhirnya
tiada apa-apa ikatan. Saya ada asas-asas agama tapi saya perlu masa lagi
untuk perbaiki mana-mana kelemahan saya.
Saya tahu apa yang awak pegang selama ini. Awak pegang bahawa, " Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaanya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu dan bukan dan tidak sama sekali.
Tapi ada satu perkara yang pasti, saya belum cukup bersedia untuk
semua ini kerana saya takut saya tidak mampu memberikan bimbingan dan
layanan yang baik untuk seorang yang saya boleh katakan hampir sempurna
di mata saya. walaupun awak tak pernah senyum pada saya, saya pasti awak
baik orangnya. Awak garang orang nya. Awak sombong bertempat. Awak
garang bertempat.
Saya harap awak sudi tunggu saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semua perkara stabil dari segi zahirnya dan batin. Saya nak awak hidup sempurna di samping saya. Saya nak jadikan awak orang yang paling bahgia berada dengan saya.
Seperti awak, saya juga tidak mahu untuk bercinta sebelum nikah. Kita bercinta selepas nikah. Saat segalanya telah sedia, izinkan saya untuk meneruskan langkah untuk bertemu wali awak. Namun, jika awak belum bersedia, saya akan tunggu awak.
Surat ini ikhlas saya tulis untuk wanita yang pertama ada dalam hati saya.
Yang benar,
Hamba Allah
Setia menanti awak.
Moral : Jika ingin bernikah, mulakanlah langkah, Gunakanlah jalan tengah... Jika sempurna persediaan diri, bertemulah pada wali, Itu lebih mulia dan terindah. Sesungguhnya islam itu indah, maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah~
- Artikel iluvislam.com
Hamba Allah
Setia menanti awak.
Moral : Jika ingin bernikah, mulakanlah langkah, Gunakanlah jalan tengah... Jika sempurna persediaan diri, bertemulah pada wali, Itu lebih mulia dan terindah. Sesungguhnya islam itu indah, maka jadikanlah islam itu sebagai cara hidup kita. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah~
- Artikel iluvislam.com