30 April 2013



1. Apabila Yang Zahir Itu Benar-benar Imam Mahdi

A. Sabda Nabi SAW,
“Sesiapa yang mendustakan kedatangan Dajjal, maka kafirlah dia, dan sesiapa yang
mendustakan kedatangan Al-Mahdi, maka kafirlah dia.”
(Abu Bakar Al-Iskafi)

Imam Mahdi muncul dan memerintah seluruh dunia dengan penuh aman damai dan bahagia,
tidak ada lagi sebarang ketakutan, kekalutan, perpecahan, penyelewengan, kezaliman, maksiat dan
dosa. Namun begitu, masih ada orang-orang Islam sendiri yang menentang kemunculannya. Jika pada
masa itu masih ada lagi yang cuba-cuba menentangnya karena tidak meyakini bahwa yang muncul itu
benar-benar adalah Imam Mahdi, maka kafirlah dia, jika dia adalah orang yang beragama Islam. Jika
dia bukan beragama Islam, tidaklah menjadi persoalan bagi kita di sini.

2. Tempat Lahir Imam Mahdi
A. Sabda Nabi SAW,
“Tempat lahir Al-Mahdi adalah di Madinah, dan dia adalah salah seorang Ahlulbaitku, dan
tempat hijrahnya adalah Baitulmaqdis. Jambangnya nipis, kelopak matanya sentiasa bercelak,
giginya berjarak, ada tahi lalat pada pipinya dan di belikatnya ada cap kenabian. Dia akan
muncul di bawah Panji-panji Kenabian yang bertanda dan berwarna hitam, dan tidak pernah lagi
berkibar sejak kewafatan baginda SAW, lalu dikibarkan oleh Al-Mahdi. Allah akan
membantunya dengan tiga ribu malaikat, yang akan memukul muka dan punggung setiap orang
yang menentangnya, dan umurnya adalah tiga puluh atau empat puluh tahun.”

Imam Mahdi mula-mula muncul di kota suci Madinah. Di situlah beliau mula-mula dilihat
oleh orang ramai walaupun mereka tidak berapa peduli dengan keberadaannya di kalangan mereka.
Ramai yang menyangka bahwa orang yang mereka lihat itu hanyalah seorang lelaki biasa yang
kebetulan wajahnya menyerupai Imam Mahdi yang diceritakan oleh hadits-hadits. Hal ini boleh saja
berlaku disebabkan penduduk Madinah kebanyakannya sudah tidak lagi mempercayai hadits-hadits
mengenai Imam Mahdi menyebabkan kebanyakan mereka tidak berapa arif tentang hadits-hadits
mengenai Imam Mahdi.Hal ini berlaku karena mereka sekarang sedang berada di bawah pemerintahan yang bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kalangan mazhab Wahabi tidak mengambil kisah tentang Imam Mahdi, malah ramai yang beranggapan hadits mengenai Imam Mahdi adalah maudhuk dan dhaif. Sebab itulah apabila Imam Mahdi yang sebenar muncul, mereka buat tidak peduli saja mengenainya dan para pengikutnya walhal Imam Mahdi itu amatlah jauh berbeda daripada kebanyakan orang Arab yang terdapat di Madinah itu, terutama dari segi pakaiannya, perwatakannya, percakapannya dan
sebagainya lagi.

Satu maksud lagi ialah bahwa Imam Mahdi itu muncul di sebuah kota di Timur yang
disebutkan sebagai Madinah (kota raya atau bandar raya). Nama kota itu tidak disebutkan dalam
hadits ini dan tempatnya juga tidak disebutkan sama ada di negara Arab atau di Timur. Terpulanglah
kepada pendukung perjuangan Imam Mahdi untuk menafsirkan dengan tepat nama kota yang
dimaksudkan itu. Maksudnya ialah Imam Mahdi akan mula-mula heboh diperkatakan oleh orang
ramai di sebuah kota, yang tidak disebut namanya oleh hadits. Jika ini berlaku, maka insya-Allah akan benar-benar berlakulah bahwa Imam Mahdi itu akan muncul di kota berkenaan.

3. Imam Mahdi Muncul di Madinah
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi muncul di Madinah.”
Asar ini hanyalah bersifat menambahkan lagi kekukuhan kandungan hadits sebelum ini yang
telahpun menjelaskan tempat Imam Mahdi itu muncul. Yang dimaksudkan dengan muncul ini adalah
juga sama dengan maksud yang dibawa oleh hadits sebelumnya.


4. Imam Mahdi Keluar Dari Kampung Kurjah
B. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan keluar (dari persembunyiannya dan dapat dilihat umum) daripada Kampung
Kurjah.”

Kampung yang dimaksudkan itu adalah umum. Boleh jadi memang benar-benar muncul
pada kali pertamanya di kampung berkenaan. Kampung ini dikatakan terletak di tepi kota Madinah
dan pada hari ini sudah hampir lengang karena penduduknya sudah banyak yang berpindah ke dalam
kota Madinah itu sendiri. Ada pula yang berpindah ke tempat lain untuk mencari rezeki.
Maknanya, Imam Mahdi mula-mula muncul dari alam walinya itu ke alam nyata ini di sekitar
kampung berkenaan dan mula-mula dilihat orang di kawasan itu. Semasa mereka mula-mula melihat
Imam Mahdi dan para pengikutnya itu, mereka berasa amat hairan karena pakaian mereka nyata amat
jauh berbeda dengan orang Arab, wajah mereka juga berbeda daripada orang kebanyakan, lahjah
mereka juga berbeda daripada lahjah Arab yang lazim mereka gunakan, perawakan mereka tidak
kelihatan seperti benar-benar orang Arab tulen, gerombolan mereka juga amat aneh dilihat orang dan
amalan mereka juga jauh berbeda.Namun, semua ini masih tidak cukup untuk memperasankan orang-orang Arab bahwa yang mereka lihat itu adalah Imam Mahdi dan para pengikutnya. Maka orang-orang Madinah yang berasakan keanehan yang terdapat pada mereka ini, kemudian menghalau mereka agar keluar dari kampung mereka karena mereka ini adalah orang-orang asing yang tidak diketahui dari mana asalusulnya.

Imam Mahdi dan para pengikutnya segera berangkat ke Makkah dan di sana mereka tinggal
di sebuah rumah tidak jauh dari Bukit Safa. Kebetulan pula semasa mereka mahu berangkat itu,
kedengaran berita yang mengatakan bahwa kota Madinah akan diserang oleh sekumpulan askar yang
kuat, besar dan lengkap persenjataannya. Ini menambahkan lagi lekasnya Imam Mahdi dan
pengikutnya pergi ke Makkah.Sayangnya, semasa berada di Makkah, Imam Mahdi mendengar pula berita yang lebih menyayat hati iaitu para jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak berimam. Masing-masing bersembahyang bersendirian atau berimam secara kelompok-kelompok kecil saja karena imamnya diberitakan telah dibunuh oleh puak pemberontak dari mazhab Syiah. Hal ini amat menyedihkan Imam Mahdi dan para pengikutnya.

Terdengar pula berita yang mengatakan bahwa kota Madinah sudah hancur lebur
dimusnahkan oleh pasukan tentara yang besar jumlahnya tadi. Adapun matlamat mereka yang
sebenarnya adalah untuk mencari dan membunuh Imam Mahdi. Dikarenakan itu, hampir seluruh
penduduk kota Madinah dan kawasan-kawasan sekitarnya dibunuh oleh pasukan tentara yang amat
kuat ini. Darah mengalir di merata-rata tempat di kota Madinah, sedangkan bangunan-bangunannya
habis rata diruntuhkan. Kekejaman pasukan tentara ini berlarutan selama tiga hari tiga malam. Asap
hitam menyelubungi seluruh langit di kota Madinah ini sehingga kota suci umat Islam itu tidak dapat
dihuni lagi oleh manusia sampai bila-bila pun.Kemudian terdengar lagi berita yang mengatakan jemaah haji yang sedang melontar di Jamratul Aqabah dibunuh oleh kumpulan militan Syiah. Lebih tiga perempat daripada jemaah hajinya habis mati dibunuh mereka. Yang tinggal terpaksa melarikan diri ke Makkah dan berkumpul di Masjidil Haram.

5. Zahir Pada Bulan Muharam
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi dimunculkan pada bulan Muharam dan akan kedengaran suara yang menyeru dari
arah langit, “Ketahuilah bahwa hamba Allah yang terpilih (untuk menjadi pemimpin kamu
semua) adalah si fulan, iaitu al-Mahdi. Oleh itu, dengarlah (segala) perintahnya dan taatilah dia.”
(Abu Nuaim)

Bulan Muharam adalah bulan yang mulia dalam Islam. Pada bulan inilah Allah menjanjikan
kemenangan kepada para pejuang-Nya. Pada bulan inilah Allah SWT menurunkan kemenangan
kepada umat Islam sejak dari Nabi Adam AS lagi hinggalah kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW. Kemudian diteruskan lagi hingga ke akhir zaman iaitu pada zaman kita ini. Dan
pada bulan ini ada satu hari yang sangat istimewa, bukan saja bagi kita umat Islam, malah di
kalangan agama Yahudi juga. Hari yang sangat istimewa itu dipanggil Hari Asyura dalam bahasa
Melayu iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharam menurut kalendar Hijri. Pada hari itu kita
disunatkan berpuasa. Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari itu dan merayakannya dengan
penuh gembira.

Pada hari yang sangat istimewa itulah Allah SWT menjanjikan bahwa Imam Mahdi akan
dibaiat oleh sekalian umat Islam dari segenap penjuru dunia ini di Makkah, tanah suci-Nya. Di situlah
akan bermulanya sistem khalifah dalam Islam, yang berlaku untuk kali yang kedua dalam sejarah umat Islam. dan nyata bahwa sistem khalifah yang akan naik pada kali ini adalah lebih kuat, lebih bersih, lebih gagah, lebih gemilang, lebih luas dan lebih bersejarah jika dibandingkan dengan sistem khalifah pada masa dahulu, melainkan pada zaman Nabi SAW dan para Khulafa. Itulah kelebihan yang terdapat pada bulan Muharam yang mulia, terutamanya pada Hari Asyura.


6. Tahun Keluarnya Ialah Sekitar Tahun 1420 Hijrah
A. Kata tabiin RH,
“Umat manusia akan berkumpul (pada musim haji di Makkah dan Mina) pada tahun 1204.”
Ramai pengkaji hadits dan ulama zawahir hampir sepakat mengatakan bahwa asar tabiin ini
adalah maudhuk karena menurut pandangan zahirnya, pada tarikh atau tahun yang disebutkan itu
Imam Mahdi tidak juga muncul-muncul dan Panji-panji Hitam yang dikatakan itu tidak juga berkibar.
Timur yang dimaksudkan itu juga tidak dapat dipastikan oleh sesiapa pun. Hanya orang-orang Syiah
yang sempat berkokok seketika menyatakan bahwa Panji-panji Hitam sudah hampir pasti akan
berkibar dari arah timur Iran dan akan menuju ke kota Samarra di utara Iraq untuk membangkitkan
Imam Mahdi mereka yang sedang tidur lena di dalam guanya itu.

Sayangnya, Panji-panji Hitam yang dimaksudkan itu tidak juga berkibar sehingga ke hari ini
walaupun pemimpin revolusi Republik Islam Iran Syiah itu telah lama meninggal dunia. Peristiwa
yang dahulunya amat hangat diperkatakan, kini sudah semakin sejuk dan hampir basi semula. Timur
yang dimaksudkan oleh mereka itu juga tidak dapat dipastikan sehingga ke hari ini. Hanya dikatakan
timur Iran, tetapi tempatnya entah di mana. Pembawa Panji-panji Hitam itu juga tidak diketahui siapa
orangnya. Askar-askarnya juga entah siapa dan di mana. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang
dapat menjelaskan dengan tepat, termasuk kalangan ulama-ulama Syiah sendiri yang telah mencapai
taraf Ayatollah sekalipun.Kalangan puak Wahabi awal-awal lagi menyatakan asar ini maudhuk dan tidak boleh diterima. Selain Imam Mahdi tidak muncul pada tahun yang disebutkan, rawi-rawinya juga dikatakan adalah orang-orang yang tidak dapat dipercayai riwayat mereka. Mereka begitu lekas menghukumkan asar ini sebagai maudhuk tanpa mengambil kira pandangan pihak lain, termasuk ahli-ahli hadits yang telah mencapai taraf Huffaz dan kalangan ahli tasawuf yang rajin mengkaji hadits-hadits mengenai Imam Mahdi ini.Sebenarnya jika asar ini dinilai menurut penilaian ahli-ahli sufi, mereka tidak akan mengatakannya sebagai maudhuk. Ada beberapa sebab utama mengapa asar ini dianggap sebagai betul, walaupun tidak berlaku.

Kita memang mengetahui bahwa sumber ilmu bagi ahli-ahli sufi ialah kasyaf, laduni, ilham
dan firasat. Selain itu, berita-berita ghaib turut memainkan peranan yang besar. Limpahan ilmu
daripada guru mursyidnya juga adalah merupakan sumber utama mereka memperoleh ilmu yang tidak tercapai oleh orang awam. Sebahagian besar mereka memperoleh ilmu melalui pengalaman rohani mereka yang mampu menggapai ilmu yang berada di atas langit sana sama ada di atas langit pertama, di Sidratul Muntaha, di atas Arasy atau di atas Al-Mustawa. Tahap keupayaan mereka ini bergantung kepada taraf muqarrabin mereka pada sisi Allah SWT dan dibenarkan mengambil terus ilmu dari sana tanpa sebarang perantaraan malaikat.

Hal ini sebenarnya adalah suatu yang lazim berlaku di kalangan para Sahabat RA,
terutamanya sahabat-sahabat besar baginda SAW seperti Khalifah yang Berempat, Abu Hurairah,
Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Huzaifah dan sekian ramai lagi. Juga lazim berlaku di kalangan para tabiin
yang dirahmati oleh Allah, dan tidak ketinggalan di kalangan tabiit tabiin serta kalangan ulama
mujtahid awal dalam Islam. Begitu lazimnya hal ini berlaku di kalangan mereka sehingga mereka
menganggapnya sebagai suatu perkara biasa dan tidak diperbincangkan lagi.

Para mujaddid sejak zaman awal Islam lagi sehinggalah ke abad kelima belas ini turut
dibekalkan dengan keupayaan menggapai alam ghaib ini untuk mendapat sumber ilmu mereka.
Lihatlah bagaimana mereka menulis kitab-kitab yang sebegitu tebal dan hebat dalam masa yang amat
singkat, sedangkan sumber rujukannya tidak kita ketahui dan ilmunya merupaka sesuatu yang amat
baru. Bagi kita yang hidup pada hari ini, yang telah begitu jauh daripada zaman Kenabian, ilmu-ilmu
seperti ini amatlah pelik dan ganjil, kalau tidak pun akan dianggap sebagai sesuatu yang amat mustahil.Malah ada di kalangan umat Islam sendiri (termasuk yang mengaku dirinya pandai dalam bidang agama) yang menganggap hal ini pada hari ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh syarak.Bagi yang memperoleh ilmu dari alam atas ini, ada yang kekuatan rohaninya begitu teguh
sehingga mata hatinya dapat membaca dengan jelas setiap huruf yang tertulis di alam atas sana lalu
menyalinnya bulat-bulat menurut apa yang mata hati mereka lihat itu. Mereka ini nyata mendapat
nikmat yang begitu nyata dan melimpah-limpah, hasil hidayah Allah yang melimpah-limpah menyinari lubuk hati mereka.

Namun, ada juga yang kekuatan rohani mereka kurang teguh karena beberapa kekurangan
yang masih terdapat pada diri mereka. Hal ini tidaklah bermakna mereka itu bersalah atau tersalah.
Apa yang mereka cakapkan itu adalah menurut apa yang mereka peroleh, dan mereka
memperkatakannya menurut apa yang tersurat itu. Itu saja dan tidak lebih dari itu. Dalam pada
itupun, setiap ilmu yang mereka peroleh itu tidak semestinya berlaku menurut apa yang telah tersurat
di alam atas sana, karena lazim pula berlaku, apa-apa yang sudah tertulis di alam atas itu berubah pada saat-saat akhir dan hal ini hanya Allah SWT saja yang Maha mengetahui apa-apa yang ditakdirkan-Nya. Maknanya, apa-apa yang dibaca oleh mereka tadi, memang benar-benar tertulis di alam atas sana, dan benar pula semasa mereka mengucapkannya, tetapi Allah jua mengehendaki perubahan pada takdir-Nya pada saat-saat terakhir. Ada kalanya ditangguhkan-Nya dan ada kalanya dibatalkan-Nya terus, menurut kehendak-Nya jua. Dialah yang Maha Berkuasa dan Dialah yang Maha Berkehendak.

Karena itulah perkara ini perlu benar-benar difahami dan dimengertikan baik-baik, jangan
sampai kita menjadi seorang pengutuk terhadap apa-apa yang telah Allah SWT tuliskan pada takdir-
Nya, tetapi diubah pada qadar-Nya. Jika ilmu dan pengalaman kita tidak pernah sampai ke tahap
ilmu-ilmu berkenaan dan hanya memahami sesuatu menurut yang lahir saja daripadanya, maka
lebih baiklah kita mendiamkan diri saja, ditakuti kelak kita menjadi pengutuk terhadap takdir Tuhan
secara tidak disengajakan dan seterusnya menjadi penyebab Tuhan memurkai kita pula. Semua ini
boleh berlaku tanpa kita sedari, akibat kelancangan kita sendiri yang suka mempertikaikan itu dan ini
tanpa ilmu yang benar-benar yakin dan hakiki.Atas alasan itu pulalah penulis berkeyakinan bahwa apa yang disebutkan oleh tabiin RH itu adalah benar, yakni benar semasa beliau menyebutkannya dan benar pula periwayatannya, walaupun disangsikan oleh orang lain. Hal ini tidak dapat dielakkan karena masing-masing mereka mempunyai kefahaman yang berbeda, ilmu yang berbeda, keyakinan yang berbeda pula dan tanggapan mereka terhadap rawi dan sanadnya juga berbeda. Namun, takdir Allah mengatasi segala-galanya. Memang pada tahun itu tidak dimunculkan Imam Mahdi yang muntazar itu tetapi Allah SWT tundakannya sehingga ke saat-saat akhir, iaitu selepas tahun 1420 Hijrah. Wallahu A’alam.

7. Tahun Keluarnya Ialah Sekitar Tahun 2000 Masihi
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan muncul pada tahun 200.”
Salah satu keistimewaan tabiin RH adalah dapat membaca dengan jelas apa yang tertulis pada
ruang Arasy yang maha besar dan luas itu. Keupayaan ini sebenarnya tidak mampu dimiliki oleh
sebarang-barang orang melainkan orang yang telah mencapai taraf muqarrabin, iaitu muqarrabin di
kalangan wali-wali Allah. Bukan semua wali Allah dikurniai dengan kelebihan ini. Dan nyata pula
bahwa para tabiin adalah antara golongan yang mendapat kelebihan yang sangat istimewa ini. Karena
itu mereka dapat menyebutkan sesuatu perkara dengan hampir tepat seperti yang Allah SWT
kehendaki, sesuai dengan apa yang tertulis di atas perpustakaan Arasy yang luas itu.
Apa yang disebutkan dengan angka 200 itu hanyalah kiasan semata-mata iaitu untuk
menunjukkan bahwa angka sebenarnya ialah dua ribu. Dan tidak disebutkan tahun itu sama ada
Hijriah atau Masihiah. Hal ini dilihat seperti disengajakan oleh beliau, untuk menyembunyikan sesuatu yang tidak patut diketahui oleh orang awam dahulu dengan tepat seperti apa yang tertulis di atas Arasy itu. Bukan pula maknanya mereka itu telah menipu orang atau cuba menyembunyikan sesuatu yang patut diberitahu. Maksud sebenarnya bahwa soal ini adalah salah satu soal yang rahsia yang sepatutnya hanya Allah SWT saja yang tahu dengan tepat, dan mereka diberitakan dengan sesuatu yang tidak boleh diketahui oleh orang ramai.

Soal kiamat ini adalah antara rahsia yang sepatutnya hanya diketahui oleh Allah SWT saja,
bukan oleh kita semua. Namun, untuk memuaskan hati orang ramai yang bertanya, maka Allah SWT
berikan mereka suatu jawapan yang samar-samar yang sebenarnya patut dikaji semula oleh mereka
yang mahu mencari kebenaran dalam soal ini. Kita yang hidup pada zaman ini sudah dikecualikan
daripada hukum itu karena memang kita ini hidup pada masa yang tepat dengan peristiwa besar itu
berlaku. Maka tidak salahlah jika rahsia Allah SWT itu dibukakan kepada orang ramai, karena kita
telah sedia maklum akan hal itu dan mudah pula menerimanya jika diberitahu. Hanya orang-orang
yang keras hatinya saja yang tidak akan mahu menerima kebenaran, walaupun kebenaran itu sudah
terbentang terang di hadapan kedua-dua biji matanya.

8. Munculnya Selepas Tahun ’97 Masihi
A. Kata tabiin RH,
“Orang biasa akan menjadi Amir (di sebuah negara di Timur atau di luar Hijaz). Kemudian
masalah-masalahnya akan muncul pada tahun 95 atau pada tahun 97 (bukan) Hijrah. Lantas
al-Mahdi muncul sebagai pemimpin mereka (tidak lama selepas itu).”
Tahun yang dinyatakan itu adalah menurut tahun Masihi dan hanya disebutkan sebagai tahun
95 dan 97 saja. Hal ini memang dengan mudah mendapat hukum maudhuk oleh para pengkaji
hadits, termasuk yang hidup pada akhir zaman ini. Padahal kita seakan-akan tidak sedar bahwa orang
yang meriwayatkan hadits itu adalah orang-orang yang bukan tandingan kita akan ketinggian ilmunya.

Mereka adalah orang-orang yang amat soleh, bertaraf wali, bertaraf ulama mujtahid dan mendalam
ilmunya dalam segala selok-belok agama, bukan macam kita yang ilmunya hanyalah tebuk sana sikit,
tebuk sini sikit. Selepas itu mengaku sudah alim dan bijak. Orang yang ilmunya kita jadikan sandaran
itu juga ilmunya dan takwanya tidaklah lebih tinggi daripada ulama yang kita rendah-rendahkan
ilmunya. Namanya saja pun tidaklah lebih terkenal daripada ulama mujtahid yang kita perlekehkan
itu.

Dan memang pada sekitar tahun 95 dan 97 dahulu, di negara kita berlaku berbagai-bagai
peristiwa besar yang sangat menggoncangkan dan membawa erti yang cukup besar pula. Yang
dikatakan masalah-masalah itu adalah masalah berkaitan dengan politik dalam negara di sebelah
Timur ini, tidak terhad di negara kita semata-mata. Juga masalah yang berkaitan dengan isu agama
dan ekonomi. Tidak perlulah disebutkan apa masalahnya itu karena kita semua lebih arif tentang itu.
Selepas permasalahan-permasalahan itu timbul, dan tidak berjaya diselesaikan, maka
muncullah Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpin manusia di sebelah Timur, yang bukan saja
dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul itu dengan baik, malah dapat pula menyelesaikan
masalah-masalah lain yang timbul di negara-negara luar dari lingkungan Timur itu sendiri. Ini
termasuklah di Asia Barat, di Afrika dan di selatan Eropah. Orang biasa yang dimaksudkan oleh
tabiin itu adalah seorang yang sebelumnya adalah orang awam menjadi pemimpin menggantikan
sultan-sultan dan raja-raja, yang kuasanya melebihi daripada sultan-sultan dan raja-raja itu sendiri.
Orang inilah yang membawa masalah-masalah itu ke Timur, yang merebak ke negara-negara lain dan
tidak berjaya diselesaikannya dengan baik. Akhirnya dia akan menyerahkan kekuasaannya kepada
Pemuda Bani Tamim, sebagai tanda dia menyerah kalah dan mengakui kelebihan yang ada pada
Pemuda Bani Tamim itu.


9. Imam Mahdi Muncul Pada Akhir Zaman
A. Seorang tabiin, Salmah bin Zufar RH meriwayatkan bahwa pada suatu hari orang ramai sedang
berbincang mengenai kemunculan Al-Mahdi di hadapan Huzaifah RA. Kata Huzaifah RA,
“Kalaulah Al-Mahdi itu zahir ketika kamu masih dekat dengan zaman kenabian, dan ketika
sahabat-sahabat baginda SAW masih hidup di kalangan kamu, maka kamu benar-benar
beruntung. Tetapi tidaklah demikian halnya. Al-Mahdi tidak akan zahir sehinggalah manusia
dikelilingi oleh penindasan dan kekejaman, dan tidak seorang pun yang lebih dikasihi dan
diharapkan (oleh mereka) melebihi daripadanya.”

Memang Sayidina Huzaifah RA adalah orang yang amat arif tentang Imam Mahdi di
kalangan Sahabat RA. Namun beliau sendiri mengakui bahwa Imam Mahdi itu tidak akan muncul
pada zaman beliau, yakni para Sahabat, masih hidup. Beliau mengakui bahwa Imam Mahdi itu hanya
akan muncul pada penghujung umur dunia ini. Tidak ada orang lain yang lebih dikasihi dan
diharapkan oleh sekalian manusia (yang beriman) melainkan beliaulah saja. Tidak ada orang lain
yang cinta kasih mereka tercurah melebihi daripada beliau.

Imam Mahdi inilah satu-satunya manusia yang berupaya menegakkan sebuah kerajaan
utopia seperti yang amat diidam-idamkan oleh Plato. Bagi Plato, kerajaan utopia itu adalah sebuah
kerajaan yang serba lengkap, moden, hebat dan adil. Malangnya khayalan beliau itu hanyalah tinggal
khayalan beliau. Dan Imam Mahdi sebenarnya mampu mendirikan sebuah kerajaan yang melebihi
daripada apa yang mampu akal Plato fikir dan bayangkan. Dengan bantuan Allah, Imam Mahdi
mampu berbuat apa yang sekali-kali tidak akan terjangkau oleh fikiran Plato yang panjang itu. Karena terlalu memuja akal, Plato teraba-raba dan tersesat daripada jalan yang benar, sedangkan Imam Mahdi sentiasa di dalam limpahan cahaya petunjuk Ilahi.

10. Bagaimana Imam Mahdi Boleh Ditemui?
A. Kata tabiin RH,
“Tanda-tanda pada hari (mula-mula pembaiatan) itu adalah adanya tangan yang menjulur dari
langit yang dapat dilihat oleh (semua) umat manusia.”

Ketika manusia sedang sibuk memperkatakan tentang Imam Mahdi yang bakal muncul itu,
maka keluarlah dari atas langit suatu tangan yang amat besar, cantik dan jelas yang menunjuk ke arah
Imam Mahdi. Tangan besar itu dapat dilihat oleh sekalian manusia tanpa ragu-ragu. Tangan itu
menunjukkan tempat Imam Mahdi sedang berada dan terdengar suara dari arah tangan itu yang
menyuruh manusia pergi mendapatkan Imam Mahdi dengan segera dan terus berbaiat kepadanya.
Sesiapa yang enggan pergi mendapatkan Imam Mahdi yang sedang ditunjukkan oleh tangan itu
arahnya, akan dipukul belakang mereka oleh malaikat-malaikat petugas yang mencari manusia yang
enggan pergi berbaiat kepada Imam Mahdi. Akhirnya semua orang akan keluar dan bergegas
mendapatkan Imam Mahdi untuk menyerahkan baiat mereka kepadanya.

11. Usia Imam Mahdi Ketika Dilantik
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi diutus ketika beliau berumur antara 30 hingga 40 tahun.”
Umur yang disebutkan itu adalah relatif, tidak semestinya umur Imam Mahdi itu benar-benar
30 atau 40 tahun atau tepat-tepat 40 tahun sewaktu dilantik sebagai Imam Mahdi. Boleh jadi rupanya
dimudakan oleh Allah SWT seperti orang yang baru berusia antara 30 hingga 40 tahun. Hal ini boleh
dimengertikan dengan mudah jika kita benar-benar memahami kekuasaan Allah SWT ke atas
makhluk-Nya.

Kita umpamakan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia nanti akan tetap kelihatan seperti
orang yang baru berusia 33 tahun, iaitu seperti keadaannya semasa diangkat ke langit dahulu,
sedangkan usia sebenarnya sudah melebihi dua ribu tahun. Nabi Isa AS tetap dikatakan sebagai orang
yang berusia 33 tahun, bukannya seorang yang berusia 2000 tahun. Itu lebihlah hebatnya jika
dibandingkan dengan Imam Mahdi.Begitu pula dengan Ashabul Kahfi dan anjing mereka, Qitmir, yang akan dibangunkan semula nanti akan tetap kelihatan seperti orang yang muda dan baru berusia dua puluh tahun lebih, sama seperti keadaan sewaktu mereka mula-mula ditidurkan dahulu. Kita pun tahu, usia mereka sudah melebihi 1,500 tahun jika dilihat menurut jangka masa sejarah purba. Keadaan mereka masih seperti orang muda yang gagah dan sihat.

Begitu juga Nabi Ilyas AS yang akan muncul semula nanti, wajah dan tubuhnya tetap
kelihatan seperti orang muda, iaitu sama dengan keadaannya sewaktu beliau dighaibkan oleh Allah
SWT dari alam nyata ini. Kita juga tahu bahwa usia beliau jauh melebihi dua ribu tahun, karena
beliau diutus ke dunia ini lebih awal daripada Nabi Isa AS. Selain itu, Nabi Khidir AS juga akan
dimunculkan dalam keadaan seperti seorang muda belia yang cergas dan segak, tidak kelihatan seperti orang tua yang berumur empat ribu tahun, karena beliau lahir ke dunia ini lebih awal daripada Nabi Musa AS. Seperti yang dicatat oleh sejarah, Nabi Musa AS keluar ke dunia ini lebih daripada empat ribu tahun seperti yang disebutkan oleh riwayat yang sahih-sahih.Berdasarkan itu, apa yang diandaikan terhadap Imam Mahdi itu sendiri sebenarnya adalah sesuatu yang amat mudah untuk diterima dan diakui. Jelasnya, angka tiga puluh dan empat puluh tahun itu adalah sesuatu yang amat relatif dan tidak semestinya menggambarkan itulah yang sebenarnya dan itulah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah lagi keadaannya. Jika didapati berbeda, maka kita pun lekas-lekas menghukumnya sebagai batil dan karut.

12. Imam Mahdi Adalah Imam Yang Sempurna
A. Kata Sayidina Ali KMW, Nabi SAW bersabda,
“Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah dari kaum keluargaku. Allah akan
menyempurnakannya dalam satu malam saja.”
(Ibnu Majah)

Hadits ini diterima oleh semua pihak tetapi dengan tafsiran yang agak selari, dan tepat
menurut matan yang tersurat. Tidak lebih dan tidak kurang. Hal ini benar dari satu segi tetapi jika
dinilai dari segi logik akal dan keadaan yang sebenar, keadaannya tidaklah demikian. Bukanlah
maknanya penulis mahu melawan sabda Nabi SAW itu dengan cuba menyebutkan sesuatu yang
berlawanan daripada maksud yang sedia difahami. Bukan juga bermaksud penulis melebihkan akal
dalam soal ini sehingga kelihatan mengetepikan begitu saja matan hadits yang mulia ini.
Antara yang lazim dimaksudkan oleh kita berdasarkan hadits ini ialah beliau akan
dilengkapkan segala-galanya sebagai Imam Mahdi hanya dalam masa satu malam, dan pada pagi
besoknya beliau akan dilantik sebagai Imam Mahdi oleh orang ramai. Maknanya, sebelum itu, beliau
hanyalah seorang awam yang tidak dikenali oleh orang ramai, atau jika dikenali pun, hanyalah sebagai orang biasa saja. Makna yang sebeginilah yang sebenarnya perlu diperbetulkan supaya tidak
berlarutan lagi membelenggu pemahaman kita.
Maksud satu malam saja dalam hadits ini ialah melengkapkan segala hal yang berkaitan
dengan persediaan rohani sebagai seorang yang paling bertakwa kepada Allah, bukan sebagai seorang
pemimpin. Yang paling penting bagi seseorang itu ialah iman yang cukup tinggi dan mantap. Hal ini
tidak boleh berlaku dalam satu malam saja, iaitu bagi seorang yang bakal menjadi pemimpin
terbesar umat ini. Jika hal seperti ini dikaitkan dengan seorang wali Allah yang bertaraf biasa, atau
berwatak nabi, bukan berwatak rasul, maka hal ini dibolehkan saja.Tetapi ini tida boleh berlaku kepada Imam Mahdi karena beliau adalah seorang pemimpin yang amat dikasihi oleh sekalian umat Islam, beliau amat adil dan membawa keberkatan yang tidak terhinggakan. Maka proses mendidiknya menjadi seorang Imam yang sempurna perlu bermula sejak awal lagi, seawal beliau masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Walaupun disebutkan hanya satu malam saja, yang dikehendaki dengan maksud itu ialah proses menjadikannya sebagai ketua bagi sekalian wali yang paling bertakwa. Ini dikarenakan semua wali adalah orang yang telah mencapai taraf takwa yang sebenar. Maknanya, Imam Mahdi adalah orang yang paling bertakwa di antara sekalian wali yang amat bertakwa. Pada tahap ini, menjadikannya sebagai Imam yang sempurna belum bermula lagi.

Makna lain bagi perkataan Imam yang sempurna ialah Imam Mahdi itu adalah seorang Imam
yang bersih, tidak mempunyai sebarang dosa sejak kecil lagi hinggalah ke saat beliau dilantik ke
jawatan Imam Mahdi itu. Imam Mahdi sangat adil dalam pemerintahannya dan keadilan
pemerintahannya itu dikatakan sebagai amat sempurna karena seorang pemerintah yang tidak adil,
dikatakan sebagai imam yang tidak sempurna. Imam Mahdi juga adalah seorang imam yang terakhir
bagi umat ini dari kalangan umat ini, dan dengan berakhirnya pemerintahan beliau, maka
sempurnalah agama Islam ini bagi umat ini dan dengan itu, Imam Mahdi dikatakan sebagai
penyempurna bagi segala Imam. Jika ada pemerintah selepasnya pun, tidaklah lagi seperti beliau,
biarpun hampir sama. Karena itu, disebutlah Imam Mahdi itu sebagai Imam yang sempurna.
Maksud lain bagi ayat satu malam saja dalam hadits itu adalah menurut ukuran malam bagi
alam wali-wali. Ini dikarenakan alam wali-wali itu mempunyai ukuran masanya yang tersendiri. Siang dan malam di alam wali-wali ini adalah jauh lebih panjang daripada siang dan malam bagi alam kita yang kita alami ini. Alam wali-wali mempunyai cuacanya sendiri, pentadbirannya sendiri, tanamtanamannya sendiri, wilayahnya sendiri. Alamnya memang ada di atas dunia ini tetapi tidak
terpengaruh oleh suasana dan segala yang berlaku di dunia kita ini. Alam mereka ini adalah alam yang asing bagi kita orang ramai, suatu alam yang hanya dapat dicapai oleh orang-orang yang telah suci hatinya, suci pemikirannya, suci niatnya, suci ikhlasnya, suci akidahnya dan sangat-sangat hampir hatinya dengan Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

Perlu diketahui pula bahwa tidak semua wali dapat memasuki alam wali ini. Ada wali yang
tidak pernah tahu dan tidak pernah pula memasuki alam wali ini. Hanya wali-wali yang tertentu saja
yang dibolehkan berada di sana dan berapa lama mereka dibenarkan berada di sana. Secara
kebiasaannya, sehari di alam wali-wali bersamaan dengan seminggu di alam kita ini. Cara mencapainya juga berbeda-beda. Ada wali yang terpaksa berjalan jauh sebelum sampai ke alam ini dan ada pula wali yang dengan mudah dapat memasuki alam ini iaitu dengan hanya berjalan selangkah saja. Ada yang dibenarkan memasukinya sekali seumur hidup, ada pula yang dibenarkan berada di sana banyak kali dan ada pula yang duduk diam di sana dalam tempoh yang sangat lama, iaitu selama mana dibenar dan dikehendaki oleh Allah SWT.

Sehubungan itu, Imam Mahdi tidaklah disempurnakan dalam masa semalam menurut ukuran
malam kita yang biasa kita fahami ini, melainkan semalam menurut ukuran alam wali-wali, iaitu kirakira seminggu. Seminggu menurut ukuran kita ini juga tidaklah sama karena semalaman bagi alam wali ini mampu dihidupkan seolah-olah kita beribadat selama setahun penuh, atau bekerja setahun penuh. Begitulah secara ringkas saja disebutkan di sini apa yang patut diketahui oleh kita dengan maksud satu malam saja itu.

13. Imam Mahdi Dibaiat Secara Umum di Masjidil Haram
A. Sabda Nabi SAW,
“Berlaku perselisihan ketika kematian seorang khalifah (raja atau pemimpin di sebuah negara).
Al-Mahdi yang merupakan penduduk Madinah melarikan diri ke Makkah. Kemudian (dia)
didatangi oleh penduduk Makkah dan (dia cuba) diusir, tetapi dia enggan (lari dari Makkah).
Lantas penduduk Makkah membaiatnya di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.”
(Abu Daud)

Antara tanda Imam Mahdi muncul ialah kematian (atau penurunan kuasa) seorang
pemerintah. Orang ini adalah pemimpin di salah sebuah negara di Timur. Jika tidak, masakan
disebutkan oleh hadits karena yang sebenarnya Timur memainkan peranan yang amat besar dalam
proses kebangkitan semula Islam di seluruh dunia. Oleh itu, setiap apa yang berlaku di dunia sebelah
sana, turut diambil berat oleh baginda SAW sendiri. Walaupun hanya disebutkan secara umum,
maksudnya dapat difahami oleh pendukung pejuang kebenaran yang juga merupakan pengikutpengikut kanan Imam Mahdi.

Selepas itu Imam Mahdi pun dibaiat oleh orang ramai di Makkah. Selepas pembaiatannya itu,
maka secara sedikit demi sedikit Imam Mahdi menjadi pemerintah bagi sekalian manusia di seluruh
dunia. Sistem pemerintahan Islam yang sebenar juga akan naik, bersama-sama dengan naiknya Imam
Mahdi sebagai pemerintah manusia.

14. Tempat Umat Islam Membaiat Imam Mahdi


A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim yang mana pelaksanaannya
(berlaku penuh aman dan singkat) tidak sampai membangkitkan orang yang sedang tidur dan
tidak pula sampai menumpahkan (walaupun setitik) darah.”
B. Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Orang ramai akan membaiat al-Mahdi antara Rukun dan Maqam Ibrahim.”
(Ibnu Tawus)

Kenapa mesti di Masjidil Haram di Makkah dan di suatu tempat di antara Hajarul Aswad
dengan Maqam Ibrahim? Jawapannya adalah karena di situlah tempat yang paling mulia bagi umat
Islam di seluruh dunia. Menurut riwayat yang masyhur, di sekitar Masjidil Haram itu terdapat kira-kira tiga ratus makam rasul-rasul terdahulu, yang semuanya wafat di sana. Di antara Maqam Ibrahim dengan Hajarul Aswad itu saja terdapat kira-kira tujuh puluh makam nabi-nabi terdahulu.
Karena kemuliaan itulah Allah SWT jadikan tempat itu sebagai tempat titik permulaan
naiknya Islam sebagai kuasa baru dunia, menggantikan sistem kufur dari Barat itu, yang ternyata
bukan menjadi sistem pilihan yang baik bagi umat manusia. Dengan naiknya Islam sebagai kuasa baru yang memerintah dunia, maka Allah akan membela nasib sekalian mukminin yang selama ini cukup lama menderita. Mereka dikatakan menderita karena terpaksa bersusah payah mengelakkan diri, pemikiran, rohani, harta benda, agama dan keluarga daripada dipengaruhi oleh sistem hidup yang tidak pernah diredhai oleh Allah itu.

15. Baiat Pertama Adalah di Masjidil Haram
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang
(tentara) yang mengikuti Perang Badar. Kemudian datang sekumpulan orang dari Iraq dan Wali
Abdal daripada penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan
(tentara as-Sufyani) dari Syam yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah.
Semuanya binasa kecuali si pembawa berita saja.” Dalam satu riwayat lain diterangkan
jumlahnya (yang terselamat itu) adalah dua orang. Salah seorang daripadanya menyampaikan
berita tersebut kepada al-Mahdi, manakala yang lain menyampaikan berita tersebut kepada as-
Sufyani. Menurut satu riwayat lain pula, kedua-duanya menyampaikan berita tersebut kepada as-
Sufyani. (Abu Daud
& Al-Hakim)

Hadits ini menjelaskan kepada kita tentang peristiwa yang akan berlaku sebaik saja Imam
Mahdi dibaiat oleh kumpulan umat Islam yang mendatanginya. Perkara ini telah diterangkan dengan
panjang lebar pada bahagian sebelum ini. Maka di sini tidak perlu lagilah diterangkan.

16. Bilangan yang Membaiatnya
A. Sabda Nabi SAW,
“Tiga ratus empat belas orang, yang di antaranya adalah perempuan (solehah, bertaraf wali)
bergabung dengan al-Mahdi. (Mereka) bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan
menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh setiap orang. Lalu (al-Mahdi itu)
memerintah (dunia) selama tujuh tahun. Setelah itu, tidak ada lagi kebaikan di muka bumi ini
yang melebihi kebaikan pada masa pemerintahan al-Mahdi.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah al-
Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh
kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan
Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah
sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh
Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentara
dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah mengutus
kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.”

Antara urutan peristiwa yang membawa kepada pembaiatan Imam Mahdi itu nanti dijelaskan
dengan terang dalam hadits ini yang antara lain seperti dinyatakan ini,
 1. Mula-mula sekali oleh golongan Ikhwan yang dipimpin sendiri oleh At-Tamimi.
2. Diikuti oleh golongan Wali Abdal.
3. Diikuti oleh golongan Wali Nujabak.
4. Diikuti oleh tujuh pasukan yang diketuai oleh tujuh pemimpin.
5. Diikuti oleh sekumpulan jemaah haji yang terselamat daripada pembunuhan di Mina.
6. Diikuti oleh sekumpulan penduduk Makkah yang memang mencari-carinya.
7. Diikuti oleh golongan Asoib dari Timur, juga dipimpin oleh At-Tamimi.
8. Diikuti oleh 5,000 tentara dari Khurasan (gabungan tentara Al-Haris Harras dan Al-
Hasyimi).
9. Diikuti oleh tiga ribu malaikat yang sentiasa mengiringinya.
10. Diikuti oleh golongan Ashabul Kahfi.
11. Diikuti oleh Nabi Ilyas AS dan Khidir AS.
12. Diikuti oleh Wali-wali Ghaib yang selama ini bersembunyi.

17. Jemaah Haji Turut Membaiatnya
A. Kata sahabat RA,
“Orang ramai pergi menunaikan haji. Mereka lalu berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun
(yang memimpin mereka bersembahyang). Lalu di Mina, berlaku pemberontakan dan mereka
(yang sedang berhaji) dibunuh di sana sehingga darahnya mengalir daripada (Jamratul) Aqabah.
Mereka lalu meminta pertolongan daripada seorang yang dihormati. Mereka mendatanginya yang
mana pada ketika itu dia sedang menyandarkan mukanya di Kaabah sambil menangis. Mereka
berkata kepadanya, “Ke sinilah supaya kami (dapat) membaiat kepadamu.” Dia menjawab,
“Celaka kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu ingkari dan berapa banyak
darah yang telah kamu alirkan?” Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua
menemuinya, maka berbaiatlah kepadanya. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi di bumi dan al-
Mahdi di langit.”

Disebutkan bahwa Imam Mahdi itu dicari dan dibaiat oleh orang ramai, bukan dia yang
meminta orang ramai membaiatnya. Jika dia meminta orang ramai membaiatnya, maka itu bukanlah
Imam Mahdi karena Imam Mahdi tidak pernah meminta orang melantiknya sebagai pemimpin
mereka. Sebaliknya merekalah yang mencarinya ke sana ke mari dan memintanya menjadi pemimpin
mereka. Itulah yang sebetulnya sifat-sifat Imam Mahdi tulen. Orang Allah tidak pernah meminta
simpati orang kepadanya tetapi Allahlah yang menggerakkan hati orang ramai untuk memilihnya
sebagai pemimpin mereka.Itulah kaedah pelantikan pemimpin dalam Islam. pemimpin yang dilantik tidak pernah menyorongkan muka kepada orang ramai agar mereka memilihnya sebagai pemimpin. Pemimpin sejati dalam Islam dilantik sebagai pemimpin atas kerelaan orang ramai tanpa dia meminta agar dipilih ke jawatan itu. Namun kaedah ini pada hari ini dianggap sebagai suatu yang sangat mustahil berlaku.

Kenapa anggapan demikian dirasakan benar? Salah satu sebab utamanya adalah karena orang yang
menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin manusia itu adalah orang-orang yang bukan
merupakan Orang Allah. Hanya orang Allah saja yang akan dilantik oleh orang ramai tanpa dipinta.
Lihatlah bagaimana para Khulafa dahulu dilantik ke jawatan khalifah. Mereka tidak pernah
meminta orang ramai memilih mereka sebagai pemimpin manusia, jauh sekalilah daripada pergi
berkempen ke sana ke mari, jauh sekalilah juga daripada mencerca lawan-lawan politiknya, lagi
jauhlah daripada memohon simpati dan menabur janji-janji manis yang entah ditunaikan entahkan
tidak itu. Mereka dipilih atas kerelaan orang ramai sedangkan mereka tidak keluar rumah pun untuk
tujuan itu. Mereka juga tidak bersembahyang hajat agar mereka dilantik sebagai pemimpin dan tidak
pernah berdoa agar dilantik sebagai pemimpin. Itulah politik Islam yang sebenarnya dan itulah punca
naiknya Islam sebagai kuasa dunia yang terunggul. Pemerintahan mereka amat diberkati oleh Allah
SWT.

Apabila ini berlaku, maka datanglah pertolongan Allah kepada umat Islam satu persatu
selepas itu, datang kepada mereka dari langit seperti turunnya manik-manik tasbih yang terputus
daripada benang. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bentuk turunnya
pertolongan Tuhan kepada mereka. Mereka ini pula setelah tahu bahwa pertolongan Allah turun
kepada mereka, tidak pula bangga tetapi semakin banyak bersyukur dan semakin giat lagi bertasbih
kepada Allah. Sifat mereka ini digambarkan oleh Al-Quran sendiri seperti yang terdapat dalam
keseluruhan Surah An-Nasr.

Dengan cara ini negara Islam akan terbentuk dengan sendiri, tidak mempunyai sempadan
politik dan geografi dan tidak mempunyai batasan yang nyata. Semuanya sama dan semuanya
mendapat perlindungan yang sepatutnya dan mendapat perhatian yang sama berat oleh pemerintah
mereka. Tidak wujud dalam Islam istilah parti pembangkang karena dalam politik Islam yang
mengamalkan sistem berkhalifah, setiap pembangkang adalah penderhaka yang wajib diperangi
sampai mereka bertaubat. Jika tidak bertaubat, wajib pula dibunuh dan darah mereka halal
ditumpahkan. Hal ini pernah berlaku semasa Sayidina Abu Bakar RA memerintah, dalam peristiwa
yang amat dikenali iaitu Ar-Riddah. Itulah bentuk pembangkang dalam Islam. Tidak akan ada dua
pihak yang boleh memerintah sesebuah negara Islam. jika ini berlaku, menurut hadits, pemimpin yang kemudian itulah yang wajib dibunuh dan diperangi.

18. Orang Syam Turut Membaiatnya
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi melangkah menuju satu pasukan (yang sama banyak dengan tentara) Badar (dan)
daripada penduduk Syam. Oleh penduduk Syam itu, dia dibawa keluar ke (dalam) kota
Makkah, tepatnya dari sebuah rumah dekat Safa. Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat.
Kemudian mereka bersembahyang dua rakaat bersama-sama di sisi Maqam Ibrahim, lalu naik ke
atas mimbar untuk berkhutbah.”
Baiat ini adalah baiat oleh golongan penduduk Makkah yang baru mengetahui letaknya
rumah Imam Mahdi dan para pengikutnya iaitu di sekitar Bukit Safa. Penjelasan telah diberikan dalam bahagian sebelum ini dan tidak akan dipanjangkan lagi di sini.

19. Imam Mahdi Dibawa Keluar dari Rumahnya ke Baitullah
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi didatangi oleh orang ramai di rumahnya. Ketika itu manusia sedang dilanda
penumpahan darah (di Mina dan Aqabah). Dia dipanggil, “Ke marilah!” Dia menolak sehingga
diancam akan dibunuh. Ketika diancam akan dibunuh, dia bangkit untuk menyelamatkan umat
manusia. Setelah itu tidak ada lagi penumpahan darah.”
B. Imam Az-Zuhri RH berkata,
“Daripada anak cucu Fatimah, Al-Mahdi akan dipaksa keluar dari Makkah dan dibaiat
sedangkan dia tidak menyukainya.”

Ungkapan tabiin ini adalah merupakan penjelasan saja kepada apa yang telah disebutkan
sebelum ini. Maka seperti biasa, apabila sesuatu perkara itu disebutkan banyak kali, maka mustahil
pula perkara itu batil dan maudhuk. Penjelasan yang berulang-ulang juga menunjukkan bahwa
peristiwa itu akan benar-benar berlaku suatu masa nanti, iaitu di kota suci Makkah. Bersama-samalah
kita menantikan kemunculannya. Sambil menantikan kemunculannya itu, bersama-samalah kita
memperkemaskan ibadat kita, baik yang lahir mahupun yang bersifat kerohanian dan hati kita kepada
Allah SWT.Perlu diingat bahwa berdasarkan ungkapan tabiin ini, kita diwajibkan mencari pemimpin
yang ditunjuk oleh Allah apabila tiba masanya, iaitu pada awal setiap kurun Hijrah. Penduduk Makkah yang disebutkan itu sebenarnya adalah wakil saja bagi setiap orang Islam di seluruh dunia yang mencari Imam Mahdi, iaitu pemimpin yang telah ditunjuk dan ditentukan oleh Allah untuk masa mereka. Selain penduduk Makkah, tujuh kumpulan orang ramai yang datang dari pelbagai tempat yang jauh juga menunjukkan bahwa mereka berusaha mencari pemimpin yang dijanjikan itu untuk mereka, agar dapat dilantik segera sebagai pemimpin seluruh umat Islam.

Itulah bentuk pemilihan dalam Islam yang pada hari ini, ungkapan tabiin ini amat rahsia dan
masih lagi tidak dapat difahami oleh mereka walaupun mereka mengkaji ungkapan ini sejak sekian
lama, dan mengetahui maksud zahir daripadanya sejak dahulu lagi. Dalam uraian yang mereka
berikan, masih tidak ada lagi seorang pun yang sanggup menghuraikannya dengan tepat seperti yang
dikehendaki oleh maksud tersirat ungkapan itu. Karena itulah juga maka umat Islam masih lagi
teraba-raba mencari sistem yang betul untuk diikut dan masih lagi teraba-raba mencari siapa dia
pemimpin yang harus dilantik untuk memimpin mereka. Akhirnya umat Islam terus-menerus
diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang penuh mengelilingi mereka.

20. Imam Mahdi Muncul dengan Membawa Bendera Rasulullah SAW
A. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi akan keluar dengan membawa bendera yang sama seperti bendera Nabi SAW iaitu
tanpa jahitan, berwarna hitam dan lebar, yang mana bendera ini tidak pernah berkibar lagi
setelah wafat Nabi SAW, sehinggalah saat kemunculan al-Mahdi.”
B. Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi akan keluar daripada Makkah dengan membawa bendera Rasulullah SAW.”
C. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan membawa bendera Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali.”
D. Kata tabiin RH,
“Pertama kali bendera yang akan dikibarkan oleh al-Mahdi adalah ketika perjalanannya menuju
pembaiatannya di Turki.”
E. Kata Qatadah RH, sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan keluar dari Makkah menuju ke Madinah. Orang ramai akan memaksanya
keluar lalu dia dibaiat antara Rukun dengan Maqam sedangkan dia tidak menyukainya.”
(Nuaim bin Hammad)

Bendera Hitam yang dimaksudkan itu adalah bendera kepunyaan Rasulullah SAW dahulu.
Bendera itu bukan sebarang bendera dan bukan pula calang-calang bendera. Bendera ini adalah
lambang kekuasaan Islam ke atas seluruh dunia. Bendera ini adalah juga lambang kekuatan rohani
para pengikutnya, yang jumlahnya tidak ramai. Bendera ini juga adalah lambang tegaknya sunnah di
atas segala kebatilan dan khurafat yang sebelumnya amat bermaharaja lela. Dengan adanya bendera
Rasulullah SAW ini, nasib umat Islam di seluruh dunia amatlah terbela dan digeruni oleh mana-mana
lawan pun. Bendera ini adalah lambang kekuasaan Islam, yang apabila bendera ini ditegakkan, maka
akan musnah dan robohlah segala kekuasaan yang bukan Islam di tangan pemegang bendera ini, iaitu
Imam Mahdi.

21. Pembawa Bendera Imam Mahdi
A. Kata tabiin RH,
“Yang akan membawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usianya. Dia
berjanggut nipis dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu akan
hancur dan menjadi rata (sehinggalah mereka) sampai ke bandar Ilyak (sebuah bandar di
Baitulmaqdis).”
Pemegang Panji-panji Hitam yang dimaksudkan itu adalah Syuaib bin Saleh. Namun, Syuaib
bin Saleh tidaklah sentiasa membawa Panji-panji Hitam itu di tangannya, karena beliau adalah seorang pemimpin yang ditaati oleh setiap orang bawahannya. Maka akan ada seorang lelaki lain yang akan ditugaskan membawa Panji-panji itu yang di bawah pimpinan beliau. Orang itu adalah salah seorang kanan Pemuda Bani Tamim yang masih muda, berjanggut nipis dan kulitnya kuning, iaitu benar-benar orang dari bangsa Timur. Dia inilah yang ditugaskan membawa Panji-panji berkenaan untuk pasukannya dan dia adalah seorang yang mempunyai keramat, iaitu bertaraf wali Allah. Antara keramat terbesarnya ialah mampu meratakan gunung untuk memudahkan pasukannya melaluinya. Boleh jadi juga yang dimaksudkan itu adalah keramat pemimpin mereka iaitu Pemuda Bani Tamim, sedangkan pemuda pembawa bendera tadi hanyalah sebagai perintis jalan bagi kumpulannya itu. Dengan keramat pemimpin besar mereka, gunung dan bukit mampu diratakan untuk memudahkan laluan mereka. Hal ini tidaklah sukar bagi Allah karena Dia adalah Maha Berkuasa melakukan apa saja menurut kehendak-Nya.


22. Diangkat Sebagai Amir di al-Qahtani
A. Sabda Nabi SAW,
“Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat sebagai Amir di al-Qahtani.
Demi Zat yang mengutusku dengan benar, bahwa dia (sungguh-sungguh) tidak (akan) ada yang
(dapat) mengalahkannya.”
(Abu Nuaim & at-Tabrani)

Al-Qahtani yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah Malaysia pada hari ini. Ada beberapa
hadits yang turut menyebutkan nama Al-Qahtani, dan setiap satunya mempunyai tafsiran yang
berbeda-beda pula. Dalam hadits ini, yang dimaksudkan dengan Al-Qahtani adalah benar-benar
Malaysia, menurut ilmu kita pada hari ini. Maksud itu tidak akan tersilap lagi karena sudah disebutkan (dalam bentuk isyarat) oleh Nabi SAW mengenainya dalam beberapa buah hadits yang lain. Hal ini tambah diyakini karena sehingga kini, tidak terdapat lagi mana-mana tempat pun yang benar-benar dapat ditunjuk sebagai Al-Qahtani, iaitu kawasan Timur seperti yang dikehendaki oleh hadits-hadits.

23. Ada Suara Malaikat di Atas Kepalanya
A. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan muncul dan dia selalu mengenakan serban di atas kepalanya dan di atas
serbannya itu ada suara yang menyeru, “Inilah dia al-Mahdi, Khalifah Allah, maka
ikutlah dia.”
B. Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan muncul yang (antara tandanya ialah) di atas kepalanya ada malaikat yang
menyeru, “Ini adalah al-Mahdi, untuk itu, ikutilah dia.”

Pada hari ini sistem baiat sudah terlalu lama tidak dipakai lagi oleh umat Islam sehingga
mereka sudah tidak tahu lagi bagaimana hendak membaiat Imam Mahdi, walaupun Imam Mahdi itu
sudahpun muncul di depan mata. Maka untuk memudahkan baiat itu berlangsung, maka Allah
menugaskan beberapa malaikat yang akan mengajar manusia apa-apa perkataan yang akan digunakan
untuk baiat.

Hadits ini juga menjelaskan bahwa akan muncul terlalu ramai Mahdi palsu sehingga manusia
sudah tidak lagi yakin kepada Imam Mahdi yang sebenar sewaktu beliau mula-mula keluar. Untuk
meyakinkan manusia bahwa Imam Mahdi yang muncul itu adalah benar-benar Imam Mahdi, dan
bukannya Mahdi palsu, maka akan terdengar suara malaikat di atas kepalanya yang menyatakan
bahwa Imam Mahdi yang ini adalah sebenar-benar Imam Mahdi, bukan lagi Mahdi palsu yang harus
ditolak oleh umat Islam.Itulah kesannya apabila sudah terlalu ramai Mahdi palsu sehingga apabila Imam Mahdi yang sebenar muncul pun, orang ramai masih lagi ragu-ragu dan tidak meyakininya. Mereka juga masih menganggap Imam Mahdi yang muncul pada kali ini pun adalah Mahdi palsu juga, sama seperti Mahdi-mahdi yang terdahulu daripadanya. Hanya dengan bantuan malaikat yang dapat didengar suaranya itu, barulah ramai yang meyakininya sebagai Imam Mahdi yang sebenar-benarnya, bukan lagi Imam Mahdi palsu seperti dahulu.

24. Perkataan Untuk Pembaiatan
A. Kata tabiin RH,
“Di atas kepada al-Mahdi tertulis kata-kata yang digunakan untuk (melafazkan) baiat.”
Selain suara malaikat yang menyatakan kebenaran Imam Mahdi yang muncul ini, tertera ayatayat
yang akan digunakan untuk membaiat Imam Mahdi itu. Manusia akan membaiat Imam Mahdi
menurut ayat yang dilihat itu.

25. Malaikat Menjaga Imam Mahdi
A. Kata sahabat RA,
“Allah menugaskan malaikat seramai 3,000 untuk mengawal al-Mahdi sambil memukul orang
yang memusuhi dan menentang al-Mahdi.”
B. Dari Huzaifah RA katanya, Nabi SAW bersabda,
“Kalaulah tidak tinggal umur dunia melainkan sehari saja lagi, pasti akan dipanjangkan oileh
Allah hari itu sehingga didatangkan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang berdiri
malaikat di antara dua tangannya dan dia akan mengembangkan agama Islam.”

Imam Mahdi adalah seorang pemimpin umat yang sentiasa mendapat bimbingan, bantuan
dan petunjuk daripada Allah SWT sepanjang masa. Pemimpin beginilah yang sepatutnya setiap umat
Islam berlumba-lumba mencari dan melantiknya sebagai pemimpin. Jika tidak berbuat demikian,
maka kita sendirilah yang akan rugi nanti. Allah tidak akan rugi apa-apa dan Jadual-Nya tetap akan
berlaku juga. Kita tahu atau tidak, kita faham atau tidak, kita mahu atau tidak, Jadual-Nya tetap akan
berlaku juga, walau dengan apa cara sekalipun.

Selain itu, Allah SWT akan menugaskan seramai tiga ribu atau empat ribu malaikat untuk
menjaga, mengawasi, membantu dan membimbing Imam Mahdi. Mereka ini adalah petugas-petugas
yang amat taat, tidak pernah tidur, tidak pernah lalai dan tetap menjalankan tugas apabila diperlukan.
Mereka tidak pernah meminta upah terhadap apa-apa tugas yang mereka jalankan dan tidak pernah
dapat ditipu oleh mana-mana orang pun.Penugasan malaikat untuk membantu Imam Mahdi ini adalah juga merupakan suatu lambang bahwa Imam Mahdi itu benar-benar Orang Allah. Hanya orang Allah saja yang layak mendapatbantuan-Nya yang diturunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan keistimewaan Imam Mahdi ialah beliau diserahi dengan tiga ribu atau empat ribu malaikat yang ditugaskan untuk menuruti segala perintahnya.Dengan bantuan malaikat inilah juga, umat Islam akan dimenangkan setiap kali mereka menentang musuh mereka iaitu orang-orang kafir yang melawan. Malaikat adalah makhluk yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa dan kekuatan mereka adalah amat besar, sebesar yang dikehendaki oleh Allah. Maka mustahil kekuatan malaikat dapat dikalahkan oleh manusia biasa, apatah lagi yang melawannya itu adalah orang-orang kafir yang memusuhi Islam.

26. Umat Nabi Muhammad SAW yang Paling Bahagia
A. Kata sahabat RA,
“Sebahagia-bahagia umat pada masa al-Mahdi adalah bangsa Kufah.”
Penunjukan Kufah sebagai tempat dalam asar ini bukanlah menunjukkan benar-benar Kufah
yang teretak di negara Iraq sekarang ini. Kufah yang dimaksudkan adalah bangsa Timur, iaitu bangsa
Melayu. Penunjukan Kufah ini adalah kias saja karena pada masa dahulu, Kufah itu dianggap sudah
terletak di timur Tanah Arab. Jadi, kiasan yang paling hampir dan sesuai disebutkan pada masa itu
adalah Kufah. Lagipun Kufah pada masa itu adalah kota pusat perdagangan yang bertaraf
antarabangsa. Jadi memang terkenal kota Kufah ini dan mudah pula untuk diterima oleh akal pada
masa itu.

Disebutkan bahwa merekalah bangsa yang paling bahagia di dunia ini apabila Imam Mahdi
muncul kelak. Ini dikarenakan oleh beberapa faktor yang antaranya adalah,
1. Dari bangsa Melayu itulah lahirnya Imam Mahdi itu sendiri.
2. Dari bangsa Melayu itu jugalah lahirnya Pemuda Bani Tamim.
3. Dari bangsa itu jugalah lahirnya golongan Ikhwan yang setaraf dengan Sahabat RA.
4. Dari bangsa Melayu itulah lahirnya golongan Asoib, yang datang dari Timur.
5. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim akan memerintah dunia ini dengan
menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Pada masa itu,
seluruh manusia akan bertutur dalam bahasa Melayu dan Arab.
6. Di negara Melayu itulah terletaknya pusat pemerintahan Imam Mahdi, yang dari
situlah Imam Mahdi akan memerintah seluruh dunia ini dengan hukum-hukum
Islam yang sebenar.
7. Dan nama hampir dua pertiga benua Asia akan dinamakan menurut nama negara
mereka iaitu akan disebut dengan nama Malaysia Raya.
8. Di sanalah Imam Mahdi meninggal dunia dan dimakamkan (yang disebutkan sebagai
Madinah).


27. Pasukan Tentara Dari Syam
A. Sabda Nabi SAW,
“Setelah (Imam Mahdi) dibaiat (di Makkah), datanglah pasukan perang dari Syam tetapi
pasukan ini terbenam ke dalam bumi di Padang (al-Baidak) dekat Zul Hulaifah.”
Hadits ini telah dihuraikan maksudnya dengan panjang lebar pada bahagian-bahagian sebelum
ini. Hadits ini adalah bersifat menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan oleh baginda SAW
atau mengulang-ulang semula pernyataan yang pernah dibuat. Apabila sesuatu perkara itu diulangulang sebut, maka perkara yang disebutkan itu adalah perkara besar dan penting, terutama bagi kita yang hidup pada masa ini.


28. Maksud Sebenar Imam Mahdi
A. Abdullah bin Umar RA mendengar ada seorang Arab menyebutkan di hadapannya bahwa Al-
Mahdi itu adalah Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian. Abdullah RA (menjelaskan dengan) berkata,
“Itu bukanlah seperti yang kamu kata. Al-Mahdi adalah orang yang Nabi Isa AS
bersembahyang di belakangnya.”
(Ibnu Tawus)

Sayidina Abdullah bin Umar RA adalah salah seorang sahabat besar yang sangat alim dan
mendalam ilmunya terhadap setiap persoalan agama Islam, juga sangat peka terhadap setiap
perubahan yang berlaku pada zamannya. Oleh itu, beliau dengan mudah dan tegas menjelaskan
bahwa orang yang bergelar Imam Mahdi adalah orang yang lebih hebat keperibadian dan
pemerintahannya daripada Sayidina Muawiyah bin Abi Sufian sehingga Nabi Isa AS yang bertaraf
rasul Ulul Azmi itupun bersembahyang di belakangnya sebagai makmum. Nabi Ilyas AS yang juga
seorang rasul itupun turut menjadi makmum kepada Imam Mahdi. Khidir AS juga tidak pernah
menjadi imam sembahyang kepada Imam Mahdi, sebaliknya hanya menjadi salah seorang makmum
saja kepada Imam Mahdi. Orang yang mampu mencapai tahap sedemikian hebat itu, barulah dapat
dikira sebagai Imam Mahdi. Kelebihan Imam Mahdi yang satu ini tidak mampu dicapai oleh sesiapa
pun, termasuk kalangan Sahabat Rasulullah SAW sendiri, seperti Sayidina Muawiyah bin Abi Sufian
RA.

Secara tidak langsung juga Sayidina Abdullah bin Umar RA menjelaskan maksud sebenar
Imam Mahdi iaitu apabila dia memerintah, seluruh pemimpin lain, sama ada yang Islam mahupun
yang tidak Islam, akan tunduk semuanya di bawah pemerintahan beliau. Malah orang-orang yang
bertaraf rasul dan Ulul Azmi pun hanya boleh menjadi makmum kepada beliau. Itulah maksud
sebenar Imam Mahdi yang dikehendaki oleh baginda Rasululllah SAW dalam sekian banyak hadits
yang menceritakan mengenainya.





RECENT POSTS

Top Popular Posts