1. Warga Jerman pertama yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru daripada tentera Jepun semasa pencerobohan Jepun ke atas China pada 1937. (Jerman dan Jepun adalah antara negara utama yang membentuk pakatan Paksi selain Itali)
Sebaliknya berlaku kepada
2.         Warga Amerika Syarikat pertama
 yang terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh 
peluru daripada tentera Rusia semasa pencerobohan Rusia ke atas Finland 
pada 1940. (Amerika Syarikat dan Rusia adalah antara negara utama yang 
membentuk pakatan Berikat selain Britain)
3.         Tentera Infantri Amerika Syarikat divisyen ke-45 menggunakan simbol swastika pada bahu mereka.
Sebaliknya berlaku kepada
4.         Kereta api peribadi Aldolf Hitler digelar dengan gelaran ‘Amerika’.
Yang pelik 
5.         Hiroyoshi Nishizawa adalah 
seorang juruterbang yang mempunyai reputasi paling cemerlang semasa 
Perang Dunia Kedua. Beliau telah menembak jatuh lebih 87 buah pesawat 
musuh. Lain-lain sumber menyatakan beliau menembak jatuh lebih 100 
pesawat musuh. Namun, beliau akhirnya maut semasa menjadi penumpang 
kepada pesawat kargo yang ditembak musuh.
6.         Apabila tentera Berikat dapat 
menyeberangi sungai Rhine, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk 
memberi satu ‘tayangan’ unik- kencing di sungai Rhine.! Daripada pangkat
 prebet sehingga kepada Winston Churchill dan Jeneral Patton, kesemua 
mereka pernah melakukannya.
7.         U.S Army mempunyai unit kapal perang yang melebihi daripada yang dimiliki U.S Navy semasa Perang Dunia Kedua.
 
8.         Seramai 84 orang Jeneral 
Jerman telah dipenjara dan dihukum gantung oleh Aldolf Hitler kerana 
disyaki sebagai agen dan perisik. Ia termasuklah seorang Jeneral Jerman 
Nazi paling berjasa, Erwin Rommel yang digelar Desert Fox kerana kelicikan beliau merancang strategi perang.
9. Salah satu cara tentera Jepun memusnahkan kereta kebal musuh adalah dengan menanam kelongsong-kelongsong artileri berat di dalam tanah dengan muncungnya menghadap ke langit. Apabila kereta kebal mendekati kelongsong-kelongsong yang ditanam, tentera Jepun akan mengetuk dengan kuat muncung kelongsong tersebut. Selepas itu, ‘kebooommmm’.!
10.      Kebanyakkan tentera Waffen 
SS(Tentera infantri Jerman) bukan berketurunan Jerman. Kebanyakkan 
mereka adalah warga Bosnia, Chenchen, Turki, India, Korea dan banyak 
lagi.
Yang Agak Pelik
11.      Jerman hanya mengistiyharkan perang secara rasmi kepada satu-satunya negara iaitu Amerika Syarikat.
12.      Jerman kehilangan 136 Jeneral. Secara purata mereka kehilangan seorang Jeneral untuk jangka masa dua minggu.
13.      Di kalangan tentera Jerman Nazi 
yang ditangkap semasa pendaratan besar-besaran di Normandy adalah 
berpuluh-puluh tentera Jerman Nazi warga Korea(mereka adalah tentera 
Korea). Tentera Korea telah dipaksa berperang untuk Jepun sehingga 
mereka ditangkap oleh tentera Rusia dan dipaksa berperang untuk Rusia 
sehingga mereka ditangkap oleh tentera Jerman dan dipaksa berperang 
untuk Jerman sehingga mereka ditangkap oleh tentera Amerika Syarikat.
14.      ME-264 milik Jerman mampu untuk 
mengebom bandar New York sehingga menjadi padang jarak padang terkukur. 
Namun, Jerman tidak menggunakannya sebaik mungkin.
15.      U-Boat boleh dianggap kubur yang
 bergerak di lautan. 40,000 orang tentera Jerman berkhidmat di dalam 
kapal selam U-Boat. Namun, 30,000 orang gagal pulang ke tanah tumpah 
darah mereka. Mereka diistiyharkan mati dan hilang semasa berkhidmat.
16.      Calvin Graham adalah tentera 
Amerika Syarikat paling muda iaitu 12 tahun. Malah ia adalah rekod bagi 
tentera paling muda berkhidmat sepanjang Perang Dunia Kedua. Namun, 
Graham terpaksa pulang ke kampung dan dikenakan Dishonorable Discharge setelah beliau didapati menipu berkenaan usianya. Beliau menyatakan usianya adalah 19 tahun.
| Calvin Graham | 
17.      Sebanyak 433 buah pingat Medal of Honour telah
 diberikan kepada tentera-tentera Amerika Syarikat yang paling berjasa 
semasa Perang Dunia Kedua. Namun 219 orang daripada mereka menerimanya 
setelah mereka maut dalam pertempuran.
18.      Jerman kehilangan 110 orang komander Divisyen semasa Perang Dunia Kedua.
19.      Tentera Amerika Syarikat yang mempunyai pangkat paling tinggi terbunuh adalah Lt. Jeneral Lesley J. McNair. Beliau dibunuh oleh tentera Amerika sendiri, US Army Air Corp semasa operasi Cobra di Normandy.
20.      Beberapa orang tentera udara 
daripada kesemua negara yang berperang akan mengalami masalah untuk 
kentut dan akhirnya membawa maut. Kenapa?cuba kaji sendiri.

 
 
 
 
 
 
 
