Selama ini kita mengenal telaga Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada penjelasan ilmiah secara saintifik disebaliknya. Cabang ilmu geologi dalam mempelajari tentang air adalah hydrogeologi.
Bermula
dengan kisah Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yang mencari air untuk
anaknya, sumur (punca air) ini kemudiannya tidak mempunyai ceritanya
lagi sehinggakan sumur ini dikhabarkan hilang.
Sumur
Zam-zam yang kita lihat sekarang ini adalah sumur yang digali oleh
Abdul Muthalib iaitu datuk kepada Nabi Muhammad. Sumur Zam-zam ini
dikategorikan sebagai sumur yang digali (Dug Water Well).
Sumur ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Pada kedalaman 13.5 meter ketas, sumur ini menembusi lapisan alluvium
Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat
berliang. Lapisan ini mengandungi batu berpasir hasil transportasi dari
tempat lain. Mungkin dahulu mempunyai lembah yang dialiri sungai,
tetapi sudah kering pada zaman sekarang. Atau mungkin tempat tersebut
merupakan satu dataran rendah hasil runtuhan atau pengumpulan hasil
pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.
Dibawah
lapisan alluvium Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m)
lapisan yang telap air (permeable). Lapisan yang telap air inilah yang
merupakan tempat utama keluarnya air-air di sumur Zam-zam.
Dalam kedalaman 17 meter ke bawah, sumur ini menembus lapisan batuan keras yang berupa batuan beku diorit. Batuan beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di sini, tetapi sangat banyak dijumpai di Semenanjung Arab. Pada bahagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air.
Dari
ujikaji pengepaman sumur ini mampu mengalirkan air sebesar 11 - 18.5
liter/saat, 660 liter/minit atau 40 000 liter/jam. Ini menunjukkan
celah-celah atau rekahan ini mengeluarkan air yang cukup banyak. Ada
celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan kepangjangan 75
cm dan ketinggian 30 cm. Ada juga beberapa rekahan kecil memanjang ke
arah Shaffa dan Marwa. Kajian juga menemui terdapat celah sumur dibawah tempat Thawaf.
Kota Makkah terletak di tengah-tengah lembah. Menurut SGS (Saudi Geological Survey),
luas lembah yang membekalkan air ini adalah seluas 60 Km2 sahaja dan
ini tidaklah terlalu luas untuk dijadikan sebagai tempat penadah air
hujan.
Sumur
ini secara hydrologi hanyalah sumur biasa dan memerlukan perawatan dan
penjagaan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualiti kebersihan air
dan bekalan air supaya dapat memenuhi keperluan para jamaah haji di
Makkah.
Gambar diatas menunjukkan lokasi sumur Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bahagian tengah diantara bukit-bukit disekitarnya. Luas kawasan takungan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk memerangkap air hujan yang sangat jarang berlaku di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat teliti dan rapi.
Sumur
Zamzam ini hanyalah seperti sumur yang biasa. Tidak terlalu istimewa
dibanding sumur-sumur gali lain secara teologinya. Namun kerana sumur
ini mempunyai makna dalam agama, maka ianya perlu dijaga. Banyak yang
menaruh harapan pada air sumur ini kerana sumur ini dipercayai membawa
berkah. Ada yang menyatakan sumur ini juga boleh kering kalau tidak
dijaga. Terdapat kisah yang menyatakan sumur ini dijumpai kembali oleh
Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad SAW) setelah hilang selama 4000
tahun.
Dahulu diatas sumur ini terdapat sebuah bangunan dengan keluasan 8.3m x 10.7m = 88.8m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini dirobohkan untuk memperluas tempat tawaf. Tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 paip air disediakan (220 paip untuk laki-laki dan 130 paip untuk perempuan). Ruang masuk lelaki dan perempuan dipisahkan.
Sekarang
bangunan diatas sumur Zam-Zam itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat
masuk ke ruang bawah tanah ini pun sudah ditutup. Ruang untuk melakukan
ibadah Tawaf menjadi lebih luas. Tetapi kita masih dapat melihat tanda
dimana sumur itu berada. Sumur itu terletak kira-kira 20 meter di
sebelah timur Ka’bah.
Pemantauan Dan Pemeliharaan Sumur Zamzam
Jumlah
jamaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya sekitar 400,000 orang
dalam setahun. Angka ini terus meningkat menjadi lebih dari sejuta
jamaah setahun pada tahun 1990-an. Dan sekarang ini sudah lebih dari 2.2
juta. Pemeliharaan sumur ini amatlah perlu jika dilihat dengan
peningkatan jemaah yang mendadak.
Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat berdiam diri dan pasrah membiarkan sumur ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah maju sekarang ini secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurus sumur Zamzam ini. Kita seharusnya bukan sekadar percaya 100% dengan menyerahkan kepada Allah sebagai penjaga, namun kita mesti yakin manusia juga perlu memelihara berkah sumur ini.
Pada
tahun 1971, kajian hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan
bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Kajian ini dibuat setelah
seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar oleh air
sisa kumbahan dan berbahaya untuk diminum. Tariq Hussain ragu terhadap
spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan
Sumur Zam-zam, kerana Makkah terletak 75 Kilometer dari pesisir pantai.
Sebagai langkah berhati-hati, pemerintah Arab Saudi telah memodenkan
Sumur Zamzam supaya terjamin kebersihannya.
Badan penyelidikan sumur Zamzam yang berada dibawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk:
- Memantau dan memelihara sumur supaya tidak kering.
- Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim kerana mempengaruhi kandungan air.
- Mengatur saliran air dari kawasan takungan air (recharge area).
- Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualitinya
- Menaik tarafkan pam dan dan tangki-tangki penadah.
- Mengoptimumkan bekalan air Zam-zam
Perkembangan Perawatan Sumur Zamzam
Pada
zaman dulu, zam zam diambil dengan gayung atau timba. Selepas itu
dibina pam air pada tahun 1373 H/1953 M. Pam ini menyalurkan air dari
sumur ke tempat takungan air.
Ujian
pam (pumping test) telah dilakukan pada sumur ini, pada pengepaman
8000 liter/saat selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air
sumur dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan
kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu pengepaman dihentikan dan
permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan sumur hanya
dalam tempoh 11 minit setelah pam dihentikan.
Banyak
projek yang telah dijalankan oleh pemerintah Saudi untuk memelihara
sumur ini seperti membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994).
Sekarang ini telah dibangunkan saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke
tangki pengepaman yang berkapasiti 15,000 m3, bersambung dengan tangki
lain di bahagian atas Masjidil Haram untuk kegunaan para jemaah. Selain
itu air Zam-zam juga dibawa ke tempat-tempat lain menggunakan lori
tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.
Sekarang, sumur ini dilengkapi dengan pam listrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump).
Kandungan Mineral
Tidak
seperti air mineral yang lain, air Zam zam in amat unik dengan
unsurnya mengandungi elemen-elemen semulajadi sebanyak 2000 mg perliter
berbanding dengan air mineral semulajadi yang mengandungi elemen
semulajadi tidak lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen yang
terkandng di dalam air Zam zam seperti:
- Positif ion seperti sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).
- Negatif ion seperti sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).
Molekul Air Zam Zam
Kandungan
elemen-elemen kimia inilah yang menjadikan rasa air Zamzam sangat
berlainan dari air mineral yang lain dan dapat memberikan khasiat dan
tenaga kepada manusia. Air yang dibekalkan kepada jemaah disekitar
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi merupakan air yang sudah diproses
sehingga terasa lazat dan segar diminum. Ada juga yang telah disejukkan
dan dipanaskan. Namun prosesnya higienisasi ini tidak menggunakan
proses yang dapat mengubah rasa dan kandungan air ini. Video di atas
menunjukkan betapa benarnya fakta yang kita rungkai di atas.
Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com
Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com