29 March 2013

 
     Tembok Besar China diyakini oleh pakar sejarah dunia bahawa ia dibina pada kurun kedua oleh Maharaja pertama China, Shih Huang Di. Shih Huang Di mengerah kudrat rakyat baginda secara kuku besi sehingga ramai yang terkorban sepanjang pembinaannya. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang tepat untuk memberitahu di manakah lokasi permulaan projek tersebut berada. Tambah menyukarkan, kesan tembok yang dibina oleh Maharaja Shih Huang Di sudah terhapus ditelan zaman.
Projek ini dipercayai dibina secara mega menjelang pemerintahan Dinasti Ming. Beberapa bahagian tembok yang rosak dan terhakis, dipelihara dan dibina semula. Bahagian yang terputus, disambung untuk membentuk rangkaian tembok yang dapat kita lihat hari ini.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa tembok besar ini dibina merentasi Tanah Besar China daripada Barat ke Timur. Tembok Besar China turut mempunyai beberapa cabang yang merentasi Tanah Besar China. Terdapat beberapa cabang yang memasuki pendalaman Mongolia.

Titik hujung Tembok Besar China: Shanhai Pass
Tembok hujung ini dibina oleh panglima Dinasti Ming, Xu Da pada 1381. Kemudian, Qi Jiguang membina pusat pertahanan bertembok lengkap dengan tentera bersenjata. Tembok yang dijolok dengan gelaran ‘Old Dragon’s Head’ ini mengadap Laut Bohai di Lautan Pasifik. Ia terletak 300 kilometer daripada Beijing.


 


Permulaan Tembok Besar China: Jiayuguan Pass
Struktur ini dipercayai dibina pada tahun 1372 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Struktur diperkuatkan untuk menahan asakan daripada tentera Timurlane. Miskipun demikian, Timurlane tidak pernah menjejakkan kaki ke Jiayuguan Pass kerana beliau meninggal dunia sejurus sebelum rancangan penggempuran Tembok Besar China dilakukan.
Jiayuguan Pass berada di sebelah Barat China. Ia dibina berhampiran dengan oasis di sebuah kawasan yang tandus di China. Struktur ini amat penting dalam sejarah China kerana pesalah politik yang dibuang negeri akan melalui tembok ini dan tidak akan kembali lagi.
 

 

Terdapat lagenda yang berkisar sewaktu pembinaan Jiayuguan Pass. Menurut lagenda tersebut, seorang komander yang bertanggungjawab terhadap pembinaan ini menanyakan kepada arkitek, Yi Kaizhan yang membina struktur ini tentang jumlah sebenar batu bata yang diperlukan.
Arkitek yang sememangnya pakar dan mahir dalam selok belok pembinaan ini memberikan jumlah sebanyak 99,999 biji batu bata. Komander yang ragu-ragu tentang jumlah tersebut memaksa Yi Kaizhan menambah satu lagi biji batu bata. Walaubagaimanapun, selepas siap satu biji batu bata tersisa dan batu bata tersebut diletakkan di menara di Jiayuguan pass. Pantang larang menyebut bahawa jika batu bata tersebut dialihkan, maka menara Jiayuguan Pass akan roboh.



 



RECENT POSTS

Top Popular Posts