Untuk menarik keyakinan rakyatnya dan mengukuhkan jati diri mereka, Korea Utara telah mengeluarkan beratus-ratus poster propaganda yang menunjukkan musuh ‘tradisi’ mereka, Amerika Syarikat berkelakuan ganas terhadap rakyat Korea Selatan. Idea propaganda seperti ini sudah lama digunakan samada di pihak Korea Utara atau Amerika Syarikat.
Korea Utara yang berpegang kepada idealogi Komunis Stalisme atau lebih mudah dikenali sebagai ‘Totalitarian’. Korea Utara diterajui oleh presiden yang mempunyai minda ketenteraan. Sehingga kini, Korea Utara dianggap antara empat negara ketenteraan terbesar di dunia.