Showing posts with label Kīsαh Nαbī | Rαsul Dαn Sαhαbαt. Show all posts
Showing posts with label Kīsαh Nαbī | Rαsul Dαn Sαhαbαt. Show all posts

1 May 2013


      Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.


       Orang yang arif bijaksana akan mengambil pelajaran dari peristiwa sejarah dimasa lalu. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa sesiapa yang memperoleh kekuasaan dengan cara yang salah, iaitu dengan cara menipu, zalim, mengikut hawa nafsu, meskipun pada mulanya dia berjaya tetapi akhirnya dia akan menerima segala akibat perbuatannya sendiri, contohnya sungguh banyak dalam sejarah dunia.


       Abdul Rahman Bin Auf bin Abdul Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayyi Al Quraisyi Az Zuhri lahir 10 tahun selepas tahun gajah dan membesar sebagai seorang pemuda yang teguh peribadi dan memiliki karismatik yang berkualiti.

       Peperangan Yarmouk adalah pertempuran yang berlaku antara tentera Islam dan tentera Rom Byzantine di Jordan. Ketika itu, 41’000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70’000 battalion Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri.

      Allah S.w.t berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (Surah Al-Baqarah: 30)  
Terdapat perbezaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahawa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerosakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahawa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahawa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, kerana ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini.  


        Mukjizat Nabi Muhammad  adalah kemampuan luar biasa yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam , mukjizat terjadi hanya kerana izin Allah, diantara mukjizat Nabi Muhammad adalah Isra dan Mi'raj dalam tidak sampai satu hari . Selain itu, Nabi Muhammad Saw juga pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Makkah , wahyu Al-Qur'an , dll.


     ‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.

27 April 2013


       Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh a.s. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan."


     "Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercocok tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.


      Bangunan-bangunan yang dipahat pada batu-batu besar ini dibuat oleh kaum Tsamud, ummat Nabi Shalih, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Quran: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami telah mengutus) saudara mereka, Shalih. Ia berkata,

“Hai kaumku, sembahlah Allah, tidak ada Tuhan bagi kalian selain-Nya... Kalian dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kalian pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kalian merajalela di muka bumi membuat kerosakan.” (Surat Al-A’raaf ayat 73-74).


Ini adalah spesis burung hud-hud yang masih  wujud hingga kini.
      Banyak kisah ditampilkan di dalam Al Quran memiliki pengajaran yang relevan sepanjang zaman dengan kehidupan sosial kita. Al Quran telah menampilkan sejumlah tokoh-tokoh tauladan dan tokoh-tokoh pengajaran agar dijadikan renungan tentang akibatnya kepada masyarakat. Ada kisah pembela kebenaran yang terdiri dari Para Nabi, Rasul dan orang-orang yang soleh, ada juga tokoh pelopor kezaliman seperti Firaun, Tsamud, ‘Ad, dan Abrahah.


      Seekor semut yang pernah berbicara dengan Nabi Sulaiman dan kisah ini terkandung dalam Al Quran. Semut tesebut juga merupakan satu diantara 10 haiwan pertama yang akan memasuki syurga. Berikut ialah sedikit penerangan dari kisah semut tersebut.

Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

     Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

26 April 2013


Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman

       Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah S.W.T sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

     Pernahkan anda mendengar akan kisah “Antara Burung Dan Cicak”, kisah yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim. Hari ini ingin dikongsikan kisah yang boleh kita jadikan iktibar dan dibuat peringatan bersama-sama.

       Teringat semasa kecil dahulu selalu dengan kisah Nabi Khidir yang diceritakan oleh orang-orang tua. Ketika itu aku sangkakan kisah Nabi Khidir sama seperti cerita dogeng Hang Tuah atau cerita dogeng Puteri Gunung Ledang. Sangkaan aku salah sebenarnya kisah Nabi Khidir telah difirmankan Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW dalam Surah Al Kahf ayat 60 – 82 untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam akhir zaman.

20 April 2013



      Tatkala Allah hendak menciptakan bentuk Nabi Adam a.s, Dia mencampur air, tanah, api dan wap dalam penciptaannya, lalu bertajalli kepada campuran tersebut dengan sifat dan zatNya, serta digenggam dengan kekuasaannya, lalu campuran itu dibawa ke alam malakut dan dicampur dengan wangi-wangian syurga serta disirami dengan bahrul uluhiyah.

25 March 2013



"Orang seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus disasarkan sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin," 

     Demikian keterangan Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

24 March 2013


Gambar Nabi Khidir a.s.

Takziah kepada keluarga Rasulullah S.a.w

    Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:


     Empat Nabi yang masih hidup dan tetap diberi rezeki dari khazanah Allah SWT. Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah SWT.

RECENT POSTS

Top Popular Posts