Rasanya ramai diantara kita yang mengenali satu nama – Mike Tyson yakni insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi sebagai seorang HambaNya yang lemah, jiwanya nyata tersentuh sehingga menitiskan airmata di Masjid Nabawi tatkala menziarahi melihat makam junjungan kita, Rasulullah SAW.
Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh
perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah
Munawwarah, pada 2 Julai 2010.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada
(CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti
yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan
melaksanakan rukun Islam yang ke -5.
Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika,
30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan
tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di
Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah
dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik
Abdul Aziz.
Alhamdullillah.. semoga beliau dan kita semua terus diberikan hidayah dan ditunjukkan jalan yang benar… amin…