29 March 2013

        Palestin adalah bumi barakah. Di sini lahir beratus-ratus orang Nabi dan Rasul. Di sini juga lahir beberapa orang ulama dan wali agung. Antara paling terkenal adalah Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie rh. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafie yang diamalkan secara majoriti oleh Ahli Sunnah wa Jamaah.
Bumi Palestin memang ditakdirkan sebagai bumi yang penuh rahmat. Bumi ini bukan sahaja mulia bagi umat Islam tetapi juga kepada penganut Yahudi dan Kristian. Umat Islam menganggap Palestin sebagai tempat berakah kerana di sini terletaknya Masjidil Aqsa yang pernah menjadi Kiblat kepada umat Islam sebelum berkiblatkan Kaabah.
Penganut Kristian pula menganggap Palestin sebagai tempat yang mulia kerana di sini lahirnya Jesus Christ iaitu nabi agung penganut Kristian. Beberapa tempat di Palestin juga menempatkan makam beberapa Nabi dan Rasul mereka. Satu ketika dahulu, penganut Kristian sering datang berziarah ke Palestin bagi melihat sendiri suasana tempat kelahiran Jesus Christ.

Penganut Yahudi lebih ekstrem dalam memuliakan Palestin. Mereka menganggap ia adalah ‘Tanah yang Dijanjikan’. Istilah Tanah yang Dijanjikan sudah mula digunakan sejak Kerasulan Nabi Musa as. Di bumi Palestin dahulu, kerajaan umat Yahudi seperti Kerajaan Judea pernah diasaskan. Mereka mendominasi bumi Palestin beberapa lama namun lama-kelamaan mereka semakin lemah dan merudum selepas pencerobohan Nabuchadnezzar daripada Mesopotamia.
Kini, Palestin masih lagi dianggap bumi barakah. Bumi ini menjadi tumpah darah para syuhada sejak beberapa lama. Daripada Perang Salib sehingga ke konflik Arab-Israel, bumi Palestin disimbah dan disirami dengan darah sang syahid. Jika dilihat di dalam peta, Palestin adalah sebuah negara yang kecil namun, dek kerana sejarah dan patriotik, bumi Palestin sangat diimpikan oleh tiga penganut agama paling besar di dunia. Moga Palestin akan terus barakah dan menjadi bumi umat Islam satu hari nanti.

Tempat dipercayai makam Nabi Isa as oleh penganut Kristian.
Tempat dipercayai makam Nabi Isa as oleh penganut Kristian.
Kaum Badwi di Palestin
Kaum Badwi di Palestin
Taman Gethsemane yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat di mana Nabi Isa as ditangkap dan dihukum salib. Manakala umat Islam percaya Taman Gethsemane adalah tempat terakhir Nabi Isa as sebelum diangkat ke langit.

Lokasi kolam air purba di mana Mariam ibu Nabi Isa as pernah singgah untuk mengambil air bagi kegunaan harian.
Lokasi kolam air purba di mana Mariam ibu Nabi Isa as pernah singgah untuk mengambil air bagi kegunaan harian.
Kebun barli di Bethlehem, Palestin
Kebun barli di Bethlehem, Palestin
Kaum Badwi.
Kaum Badwi.
Pemandangan Tasik Galilee di Palestin
Pemandangan Tasik Galilee di Palestin
Gadis Palestin di Nazareth.
Gadis Palestin di Nazareth.
Gereja Nativity di mana Nabi Isa dipercayai dilahirkan.
Gereja Nativity di mana Nabi Isa dipercayai dilahirkan.
Bukit di mana dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat penyeksaan Jesus.
Bukit di mana dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat penyeksaan Jesus.
Nelayan di Tasik Galilee.
Nelayan di Tasik Galilee.
Berendam di Laut Mati
Berendam di Laut Mati
Kolam Nabi Ilisya'
Kolam Nabi Ilisya’
Pemandangan di Gideon. Dipercayai oleh penganut Kristian sebagai kawasan pertempuran Armegeddon di hari Kiamat.
Pemandangan di Gideon. Dipercayai oleh penganut Kristian sebagai kawasan pertempuran Armegeddon di hari Kiamat.
Pemandangan di Gunung Giboa
Pemandangan di Gunung Giboa
Bukit Samaria
Bukit Samaria
Telaga Yusuf
Telaga Yusuf
Pemandangan menarik di Palestin
Pemandangan menarik di Palestin
Pintu Barat di Masjidil Aqsa
Pintu Barat di Masjidil Aqsa
Kampung Nain yang berlatarbelakangkan Gunung Tabor
Kampung Nain yang berlatar belakangkan Gunung Tabor
Keadaan Masyarakat Palestin.
Keadaan Masyarakat Palestin.
Pemandangan Bethsaida di persisiran tasik Galilee. Bethsaida sering disebut di dalam New Tastament sebagai tempat Jesus Christ bersyarah dan melakukan beberapa mukjizat.
Pemandangan Bethsaida di persisiran tasik Galilee. Bethsaida sering disebut di dalam New Tastament sebagai tempat Jesus Christ bersyarah dan melakukan beberapa mukjizat.
Makam seorang Rasul di Kedron, Palestin
Makam seorang Rasul di Kedron, Palestin
Makam Lazarus of Bethany iaitu individu yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai orang yang dibangkitkan oleh Jesus Christ selama 4 hari
Makam Lazarus of Bethany iaitu individu yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai orang yang dibangkitkan oleh Jesus Christ selama 4 hari
Makam Absalom iaitu anak lelaki Solomon atau Nabi Sulaiman as
Makam Absalom iaitu anak lelaki Solomon atau Nabi Sulaiman a.s
Pemandangan kota Tiberias iaitu salah satu bandar nelayan bagi bangsa Yahudi satu ketika dahulu
Pemandangan Kota Tiberias iaitu salah satu bandar nelayan bagi bangsa Yahudi satu ketika dahulu..
Suasana musim luruh di En Shemesh.
Suasana musim luruh di En Shemesh.
Sungai di Jordan-Palestin. Sumber utama masyarakat Palestin
Sungai di Jordan-Palestin. Sumber utama masyarakat Palestin
Kolam purba Hezekiah. Hezekiah adalah salah seorang pemimpin bangsa Yahudi yang beriman yang mana bertanggungjawab memusnahkan kepercayaan penyembahan berhala oleh umat Yahudi. Nabi Isaiah dan dan Nabi Micah dibangkit semasa pemerintahannya.

Kolam purba Siloam. Kolam ini dipercayai menjadi lokasi di mana Jesus Christ mengubati seorang pesakit buta.
Kolam purba Siloam. Kolam ini dipercayai menjadi lokasi di mana Jesus Christ mengubati seorang pesakit buta.
Rumah musim panas di Caesera Philippi
Rumah musim panas di Caesera Philippi
Laut Mati
Laut Mati
Runtuhan rumah purba
Runtuhan rumah purba
Jambatan purba Rom di sempadan Palestin-Damsyik
Jambatan purba Rom di sempadan Palestin - Damsyik
Jalan di sekitar bandar Jericho. Kelihatan seorang Samaritan. Samaritan adalah gelaran kepada penganut ajaran Samaritanisme iaitu ajaran yang mirip ajaran Yahudi. Kebanyakan bangsa Samaritan adalah susur galur daripada Levant iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub as.
Jalan di sekitar bandar Jericho. Kelihatan seorang Samaritan. Samaritan adalah gelaran kepada penganut ajaran Samaritanisme iaitu ajaran yang mirip ajaran Yahudi. Kebanyakan bangsa Samaritan adalah susur galur daripada Levant iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub a.s.
Masjid Machpelah iaitu tempat di mana Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakob ditempatkan.
Masjid Machpelah iaitu tempat di mana Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakob ditempatkan.
Dataran Dothan di mana dipercayai Nabi Yusuf dijual sebagai hamba.
Dataran Dothan di mana dipercayai Nabi Yusuf dijual sebagai hamba.

RECENT POSTS

Top Popular Posts