Islam agama paling berkembang dan mendapat perhatian kalangan masyarakat barat dewasa ini. Warga barat yang memeluk Islam semakin bertambah disamping peningkatan kadar kelahiran tinggi kalangan masyarakat Islam disana. Amerika, Perancis, German, Rusia, UK, Itali, Sepanyol dan lain-lain merekodkan pertambahan penganut Islam yang agak pesat. Islamfobia yang dicanangkan oleh Barat membawa kepada sebaliknya. Mengikut kajian sekitar 2050 kelak umat Islam akan menguasai dunia dari segi bilangan dan sebagainya.
Di barat suatu perkembangan menabjubkan dimana kalangan muallaf telah menjadi pendakwah bertaraf ilmuwan dan ulama. Mereka tersebut datang ke Negara Arab untuk menimba ilmu dengan masyayikh secara talaqi dan mengambil amalan tariqat Sufi. Manhaj Sunni menjadi pegangan ramai umat Islam di barat iaitu dari sudut akidah ASWJ, fiqh bermazhab dan tasawuf bertariqat. Kalangan sarjana muslim baru tersebut Berjaya menjadi ulama melalui proses tarbiah, pengajian dan keilmuan dan kini sebagai pendakwah dan ulama di sana.
Berikut beberapa muallaf muslim yang berjaya sebagai Daei, Sarjana dan Ulama':
Syekh Abdul Qadir as-Sufi (Ian Dallas)
Berasal dari Scotland lahir pada tahun 1930, memeluk
Islam pada tahun 1963 kira-kira 46 tahun lalu di Qarawiyyin, Maghribi. Beliau berkelana
ke Maghribi, Algeria, Tunisia bagi menuntut ilmu agama. Ilmuwan dalam bidang
ekonomi dan tokoh dalam memperjuangkan bagi kembalikan sistem matawang
berpaksikan dinar dan dirham. Mursyid dan gurunya ialah Syekh Muhamamd al-Habib
Syekh Hamid al-Bashir dan Syekh Fudul al-Huwairi. Antaranya muridnya terkenal
Syekh Dr Umar Fadillo. Syekh Abd Qadir
mursyid bagi tarekat Syazuliyah Darqawiyah Qadiriyah. Mempunyai murid yang
ramai diserata dunia. Menubuhkan Yayasan Murabitun dan membangunkan masjid Granada,
Sepanyol dan pusat pendidikan Dallas kolej di Afrika Selatan. Pernah mendapat
ijazah kehormat doktor falsafah USM, Malaysia pada tahun 2001. Sekarang beliau
menetap Di Cape Town Afrika Selatan.
Syekh Hamzah Yusuf (Mark Hanson)
Berasal dari Washington,
US. Memeluk Islam pada tahun 1977 ketika berumur 17 tahun di Santa Babra,
California. Berkelana menuntu ilmu di UAE, Madinah, Maghribi, Algeria dan Mauritania.
Antara gurunya Syekh Murabit al-Haj, Syekh Baba Salik, Syekh Muhammad Syaibani,
Syekh Ahmad al-Wali dan Syekh Muhammad al-Fatrati. Salik mengiku tarekat as-Syazuliyah.
Tahun 1966 menubuhkan Institut Zaytuna di California. Muslim berpengaruh di Amerika syarikat dan warga
Amerika pertama pernah mengajar di Universiti al-Qarawiyin, Maghribi.
Portal berkaitan :
www.zaytuna.orgSyekh Abdal Hakim Murad (Timothy)
Portal berkaitan:
Imam Zaid Shakir
Portal berkaitan:
Dr. Nuh Ha Men Kelley
Dr. Martin Van Bruinessen
Berasal
dari Schoonhoven,Belanda, lahir tahun 1946.
Sarjana di Universiti Utrecht, Belanda. Berkelana melakukan kajian
berkaitan bidang antropologi di Turki, Indonesia, Iran, Kurdis, Syria. 8
tahun berada di
Indonesia justeru fasih bahasa Melayu disamping bahasa Parsi, Turki,
Kurdis.
Pernah mengajar di IAIN, Yogjakarta. Memeluk Islam di Turki dan mendapat
bimbingan Tarekat Naqsyabandiyah pimpinan Syekh Muhamamd Nurullah Varol
di Cizre,
Turki.
Antara karya beliau dalam bahasa Melayu ;’ Kitab
Kuning: Tarekat dan Pesantren’ dan ‘ Tarekat Naqsyabandiyyah di Indonesia’.
Demikian beberapa
tokoh kurun ke-21 di barat (US dan eropah). Bahawasanya Islam agama alamiah. Sesiapa
sahaja boleh diangkat oleh Islam untuk berdakwah dan sebagai ulama. Manhaj ASWJ
dan kesufiaan menjadi pegangan para pendakwah tersebut. Dimana roh Islam dan
faham sahih agama dimana pendekatan khidmat agama mereka berhikmah dan sepakat
dengan kehendak agama sebagaimana Rasulullah SAW dan para pewarisnya.
No comments:
Post a Comment