Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran 
mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi 
dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan
 dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat. 
Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh 
keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk 
menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila
 diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai 
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu 
Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya 
Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya ia mengalir tetapi dengan seringya ia menitik 
Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan 
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…  
Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna 
Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu 
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup 
dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan 
air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau 
pandang dan dengar, simpan…buat pedoman 
Jangan berbangga dengan pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian 
Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari 
segala batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih 
halus dari sutera
Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging 
daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging 
Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan 
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali 
Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan 
membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang 
pernah mengalaminya 
Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk 
Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja 
Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang 
Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri 
Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu 
Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati 
1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya 
tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan 
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana
 wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi 
lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan 
Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia 
Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. 
Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu 
Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian 
Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu 
perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan 
belanja yang kecil 
Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja 
Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia 
Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila 
beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat 
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya 
Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah
 pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka 
bekerja sama di antara satu sama lain. 
Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia 
Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan 
Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang 
suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya 
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan 
Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan 
kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu 
Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman 
Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, 
berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan 
Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan 
Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas 
Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau 
selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan 
Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi 
dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang 
yang mengikut ke mana sahaja kita pergi 
Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu 
jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut 
Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat 
Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya 
Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya 
semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup 
memeberi erti yang nyata 
Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas degan buah 
Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu 
jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi 
pelajaran 
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi
 teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu 
Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah 
kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali 
Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan 
dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah 
martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa 
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata 
adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah 
perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa 
diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda 
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri 
dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. 
Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur
 kesalahan yang dilakukan oleh orang lain 
Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan 
agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan 
atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. 
Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan 
Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan 
perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan 
perempuan cantik atas dasar akhlaknya 
Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian 
rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah
 kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa 
yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan 
Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam 
yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat 
Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang
 amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan 
terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya 
Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang 
paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih 
terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah 
Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik.
 Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh 
dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang 
benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat 
Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya 
Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi 
senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan 
Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah 
Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran 
Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat 
Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu 
sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan 
berpanjangan 
Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta 
sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama 
ialah orang yang tidak mempunyai hutang 
Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. 
Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang 
berhak menyelesaikannya 
Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan 
Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami 
kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan 
kegembiraan pula belum berputik 
Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala 
esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat
 pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi 
dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok 
yang merupakan suatu penyeksaan
Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata 
sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang 
punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan 
Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga 
ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan 
tetap kekal 
Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar 
belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus
 dimakan dikhuatiri beracun 
Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran.
 Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan
 kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan 
Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, 
menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. 
Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias 
berpanjangan 
Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata 
kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun 
Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan 
akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi 
dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan 
Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa 
pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu 
abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran 
Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain 
Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya 
Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran 
Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat 
Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, 
tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat 
Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan 
Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan 
di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari
 kayu kayu keimanan yang kukuh 
Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup 
Hati si si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan 
jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya 
dengan secukupnya 
Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila 
ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan 
jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca 
bala. 
Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu 
Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu 
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat 
Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi 
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi 
wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira 
Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup 
Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang.
 Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan 
berhasil 
Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan..









 
 
 
 
 
 
 
