Tembok Besar China diyakini oleh pakar sejarah dunia bahawa ia dibina pada kurun kedua oleh Maharaja pertama China, Shih Huang Di. Shih Huang Di mengerah kudrat rakyat baginda secara kuku besi sehingga ramai yang terkorban sepanjang pembinaannya. Walaubagaimanapun, tiada bukti yang tepat untuk memberitahu di manakah lokasi permulaan projek tersebut berada. Tambah menyukarkan, kesan tembok yang dibina oleh Maharaja Shih Huang Di sudah terhapus ditelan zaman.
Projek ini dipercayai dibina secara mega 
menjelang pemerintahan Dinasti Ming. Beberapa bahagian tembok yang rosak
 dan terhakis, dipelihara dan dibina semula. Bahagian yang terputus, 
disambung untuk membentuk rangkaian tembok yang dapat kita lihat hari 
ini.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan 
bahawa tembok besar ini dibina merentasi Tanah Besar China daripada 
Barat ke Timur. Tembok Besar China turut mempunyai beberapa cabang yang 
merentasi Tanah Besar China. Terdapat beberapa cabang yang memasuki 
pendalaman Mongolia.
Titik hujung Tembok Besar China: Shanhai Pass
Tembok hujung ini dibina oleh panglima 
Dinasti Ming, Xu Da pada 1381. Kemudian, Qi Jiguang membina pusat 
pertahanan bertembok lengkap dengan tentera bersenjata. Tembok yang 
dijolok dengan gelaran ‘Old Dragon’s Head’ ini mengadap Laut Bohai di 
Lautan Pasifik. Ia terletak 300 kilometer daripada Beijing.
Permulaan Tembok Besar China: Jiayuguan Pass
Struktur ini dipercayai dibina pada tahun
 1372 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Struktur diperkuatkan untuk 
menahan asakan daripada tentera Timurlane. Miskipun demikian, Timurlane 
tidak pernah menjejakkan kaki ke Jiayuguan Pass kerana beliau meninggal 
dunia sejurus sebelum rancangan penggempuran Tembok Besar China 
dilakukan.
Jiayuguan Pass berada di sebelah Barat 
China. Ia dibina berhampiran dengan oasis di sebuah kawasan yang tandus 
di China. Struktur ini amat penting dalam sejarah China kerana pesalah 
politik yang dibuang negeri akan melalui tembok ini dan tidak akan 
kembali lagi.
Terdapat lagenda yang berkisar sewaktu pembinaan Jiayuguan Pass. Menurut lagenda tersebut, seorang komander yang bertanggungjawab terhadap pembinaan ini menanyakan kepada arkitek, Yi Kaizhan yang membina struktur ini tentang jumlah sebenar batu bata yang diperlukan.
Arkitek yang sememangnya pakar dan mahir 
dalam selok belok pembinaan ini memberikan jumlah sebanyak 99,999 biji 
batu bata. Komander yang ragu-ragu tentang jumlah tersebut memaksa Yi 
Kaizhan menambah satu lagi biji batu bata. Walaubagaimanapun, selepas 
siap satu biji batu bata tersisa dan batu bata tersebut diletakkan di 
menara di Jiayuguan pass. Pantang larang menyebut bahawa jika batu bata 
tersebut dialihkan, maka menara Jiayuguan Pass akan roboh.