Rome: Polis Itali semalam menangkap ketua paling kanan kumpulan mafia Camorra selepas menggali tempat persembunyiannya di bawah tanah berhampiran Naples, semalam. Ia sekali gus mengakhiri gerakan memburunya selama 16 tahun.
Michele Zagaria, 53, yang dianggap pemimpin suku Casalesi, sebelum ini
dijatuhi beberapa hukuman penjara seumur hidup dalam perbicaraan tanpa
kehadirannya kerana terlibat dalam pembunuhan, memeras ugut dan
penyeludupan dadah.
Zagaria yang dikenali sebagai ‘Muka Herot’ kerana ciri wajahnya yang tidak sama, bersembunyi dalam kubu yang mempunyai siling tebal diperbuat daripada konkrit di bawah sebuah rumah di bandar Casapesenna, 30 kilometer ke utara Naples.
“Anda menang. Negara menang,” Zagaria dilapor berkata kepada penyiasat antimafia selepas dia ditangkap.
Ketua pendakwa raya antimafia Naples, Catello Maresca memberitahu Zagaria ketika menangkapnya: “Semua sudah berakhir.”
Zagaria adalah antara 11 penjenayah yang paling dikehendaki dan paling berbahaya di Itali, mengikut senarai yang disediakan Kementerian Dalam Negeri negara itu.
Waran tangkap peringkat antarabangsa dikeluarkan terhadapnya sejak 2000.
“Penangkapan ketua Camorra, Michele Zagaria adalah kejayaan paling penting yang akan memberikan tamparan hebat kepada suku Casalesi,” kata Laura Garavini, anggota Parlimen dari Parti Demokratik.
Pendakwa raya Itali kelmarin menangkap 47 orang dalam operasi yang mensasarkan suku Casalesi, termasuk seorang anggota Parlimen. – AFP
sumber: hmetro.com.my