‘Nabi’ adalah manusia yang diberikan wahyu oleh Allah SWT kepadanya dengan membawa syariat untuk diamalkan dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya. Manakala ‘Rasul’ adalah manusia yang diberikan wahyu kepadanya untuk diamalkan dan diperintahkan untuk menyampaikannya. Setiap rasul adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
“Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan.”   (QS. Al Ahzab : 45)
Manakala Junjungan besar kita, Muhamaad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah nabi dan rasul terakhir umat manusia.
Firman Allah SWT : 
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Muhammad itu 
sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi 
Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah Allah Maha 
mengetahui segala sesuatu.”  (QS. Al Ahzab : 40)
Sejak kecil kita seringkali mendengar dan
 diceritakan kisah 25 nabi dan rasul. Semua kisah 25 nabi itu 
secara umumnya sudah kita ketahui, namun kita tidak dimaklumkan bilakah 
mereka itu hidup, usia, tahun kejadian dan peristiwa serta keterangan di
 bumi negara manakah kisah mereka berlaku.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ
“Dan 
Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di 
antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada 
(pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  (QS. Ghafir : 78)
Jumlah nabi dan Rasul bukan hanya setakat
 25 orang saja tapi lebih dari itu. iaitu ada 124,000 orang, sebagaimana
 disebutkan  di dalam hadis berikut :
Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)”  (HR At-Tarmizi r.a.)
Firman Allah SWT:
وَكَمْ أَرْسَلْنَا مِن نَّبِيٍّ فِي الْأَوَّلِينَ ﴿٦﴾
 “Berapa banyaknya nabi-nabi yang telah Kami utus kepada umat-umat yang terdahulu.”  (QS. Az Zukhruf : 6) 
Bila Dan Di Mana Kehidupan Para Nabi?
Nama 25 orang itu hanyalah yang nama 
mereka disebutkan  secara istimewa di dalam Al-Quranul Karim. Terdapat 
beberapa catatan, rajah dan analisa oleh para pengkaji sejarah tentang 
anggaran masa hidup para nabi, lokasi di mana mereka tinggal dan 
beberapa keterangan lain yang dicungkil berdasarkan keterangan, baik 
dari Al-Quranul Karim, As-Sunah An-Nabawiyah ataupun fakta-fakta 
sejarah.
Berikut adalah  senarai para nabi dan biodata peribadi mereka masing-masing :
1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda  hidup pada 5872-4942
 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon 
disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan
 kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu 
dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di 
sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 
kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 
anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari 
keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda  hidup sekitar tahun 
4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di 
Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam 
Al-Quran.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin 
Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada
 tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk 
Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama
 Baginda disebutkan  sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 
anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda 
wafat di Makkah.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin 
Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada 
tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad 
yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali
 dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda  wafat di Timur Hadhramaut, 
Negeri Yaman.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari 
keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  Baginda  hidup pada tahun 
2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda 
 ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama 
Baginda disebutkan  sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di 
Madain Shalih, Makkah. 
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari 
keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di 
Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda 
disebutkan  sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, 
Hebron, Palestin.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur 
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 
1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda 
 ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, 
Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 27 kali dalam 
Al-Quran. Baginda mempunyai  2 anak perempuan dan  Baginda  meninggal di
 Desa Shafrah di Syam, Palestin.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur 
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 
1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda 
 tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan 
sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai  12 anak. Baginda 
meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur 
dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 
1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda 
ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil 
Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. 
di dalam Al-Quran mempunyai  2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, 
Palestina. 
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin 
Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat
 menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada 
Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam 
Al-Quran dan mempunyai  12 anak. Baginda  wafat di Alkhalil Hebron, 
Palestina.
11. Nabi Yusuf 
Nabi Yusuf bin Ya’qub 
bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1745-1635 
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan 
berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda 
disebutkan  sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak lelaki
 dan 1 anak perempuan. Baginda  wafat di Nablus Palestina.
12. Nabi Syu’aib 
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin 
Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1600-1490 SM 
dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan 
berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda 
disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Madyan.
13. Nabi Ayyub 
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari 
keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1540-1420 SM. 
Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan 
berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama 
Baginda disebutkan  sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  26 
anak. Baginda  wafat di Huran di Syam.
14. Nabi Zulkifli 
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari 
keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 
1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda 
ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & 
sekitarnya. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. 
Mempunyai  2 anak. Baginda  wafat di Damaskus Syiria.
15. Nabi Musa 
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub 
bin Ishak. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1527-1408 SM dan 
diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah 
kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda 
disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak. 
Baginda  wafat di Tanah Tih.
16. Nabi Harun 
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub
 bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan 
diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah 
kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda 
disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
17. Nabi Daud 
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari 
keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 
1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda 
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda 
disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  1 anak dan 
meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
18. Nabi Sulaiman 
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid
 dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda   hidup pada 
tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda 
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda 
disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Rahbaam
 Baitul Maqdis, Palestin.
19. Nabi Ilyas 
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari 
keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 
910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda 
 ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. 
Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda 
 tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
20. Nabi Ilyasa’ 
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan 
Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda  Baginda hidup pada tahun 885-795 
SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda  ditugaskan 
berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. 
Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda 
 wafat di Palestin.
21. Nabi Yunus 
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan 
Bunyamin bin Ya’qub. Baginda  Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 
820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa 
di Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. 
Baginda  wafat di Ninawa di Iraq.
22. Nabi Zakaria 
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari 
keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda   Baginda  hidup 
pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda 
 ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda 
disebutkan  sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda  mempunyai  
seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
23. Nabi Yahya 
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim
 dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda   Baginda  
hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. 
Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama 
Baginda disebutkan  sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di 
Damsyik, Syiria.
24. Nabi Isa 
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari 
keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda   hidup pada 
tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda 
ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda 
disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda  juga tidak wafat
 melainkan diangkat ke sisi Allah.
25. Nabi Muhammad 
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul 
Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda  Dianggarkan Baginda
 hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. 
Baginda  ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. 
Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali 
di dalam Al-Quran. Baginda  mempunyai  7 orang anak dan wafat di 
Madinah.
Firman Allah SWT :
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
 “Bukanlah
 Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang 
sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul 
Allah dan kesudahan (penutup)  segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”  (QS. Al Ahzab : 40)
Demikianlah sejarah ringkas 25 nabi dan rasul. Semoga boleh menjadi rujukan yang bermanfaat.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

 
 
 
 
 
 
 
