Sinopsis
Filem
"Aku Tak Bodoh" berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun
yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain,
Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu
menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh
melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan
urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.
Bapanya
seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu
terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin
tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy
pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha
mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang
paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya
pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga
mengalami situasi yang kritikal.
Disebabkan
pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan
kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya
seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy
mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah
tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula
hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya
dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari
kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap
pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan
kembali hubungan kekeluargaan mereka.
Cara download dengan IDM
Buka video yang ingin anda download dan tunggu beberapa saat hingga muncul Download this video
Klik download this video > start download untuk download.
Klik download this video > start download untuk download.