Ramallah – Latifah Darwis 85 tahun, hasrat satu-satunya adalah
menjenguk anaknya Rafei Karajah yang ditahan di penjara Israel sejak
tahun 1985. Rafei menjalani hukuman penjara seumur hidup. Namun,
kelmarin Selasa 07/11 Latifah Darwis yang sudah berusia lanjut itu
meninggal dunia, mimpi bertemu anaknya tidak pernah dipenuhi.
Tidak ada seorang pun kerabat Rafei Karajah dibenarkan melawatnya di
penjara sejak 20 Mei 1985. Sejak tahun itu pula, ibunya selalu cuba
berkunjung namun tidak pernah dibenarkan pihak Israel.
Wanita tua itu juga telah memintah bantuan dari semua kumpulan hak asasi manusia, tetapi semua tanpa hasil.
Latifa kemudian jatuh sakit dan menghabiskan lebih dari satu dekad (10 tahun) menderita pelbagai jenis penyakit serius.
Israel beralasan, tidak mengizinkan Latifa melawat Rafei kerana tidak mempunyai bukti kuat bahawa ia merupakan ibu kandungnya.
“Israel tidak mengakui Latifa dan berkeras bahawa nama keluarga ibu
tidak sepadan dengan nama tahanan,” kata Amani Srahna, seorang pengurus
di Persatuan Tahanan Palestin kepada Gulf News.
Impian Rafei untuk dikunjungi keluarganya sekarang sudah hilang,
kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia semua, walaupun ia masih
mempunyai seorang saudara yang kini tinggal di Amerika.
Para tahanan Palestin di penjara-penjara Israel dilaporkan akan
mengadakan sesi majlis untuk Latifa Darwis, diantaranya diadakan di
Penjara Ashkelon di mana Rafei ditahan.
Kini, selain Rafei masih banyak tahanan Palestin di penjara-penjara
Israel yang juga tidak mendapat kunjungan dari sanak keluarganya kerana
ditegah oleh peraturan negara penjajah Israel.