6 May 2013

  10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

 1-    Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

 2-    Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah
         kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang 
         tidak  berfaedah.
 3-     Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.

 4-     Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan
          sebarang kebaikan.

 5-     Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang
          dan mantap.

 6-     Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal
          yang lain selain kesungguhan.

 7-     Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan
          kebodohan dan menyakitkan.

 8-     Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan
         yang baik.

 9-     Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta
         daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.

10-    Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang 
         lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah
         dalam waktu sesingkat-singkatnya.


 



RECENT POSTS

Top Popular Posts