Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal
dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang
Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10%
darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim
Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez
yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan
juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
Bermula Zaman Ayahnya
Bermula Zaman Ayahnya
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama
pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu
penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari
politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman
yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di
Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab
bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
Punca Kebangkitan : Ada sekumpulan kanak-kanak
seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding
sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT
MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang
berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap
kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan
tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya
meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu
lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk
dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka
berlakulah kebangkitan di Syria.
Bentuk Kezaliman Yang Berlaku Sepanjang Tempoh Saurah.
Bentuk Kezaliman Yang Berlaku Sepanjang Tempoh Saurah.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid
seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat
dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor
di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di
wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak
diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli
keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari
Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa
oleh tentera yang menangkapnya.Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan
telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak
disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang
terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad
dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum
Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal
Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi
Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak
ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#Rakyat Yang Keluar Berdemonstrasi Akan Mandi Dan Berwudhuk Kerana Mereka Yakin Tidak Akan Kembali Lagi…
Fatwa Ulama Tentang Saurah Di Syria
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali
As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar
mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan
menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ;
barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau
mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan
Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari
jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
Perkara Terbaru
Perkara Terbaru
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia
berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai
telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun
berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka
hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil
pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak
membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian
sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana
pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari
Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan
fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang
yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan
rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan
politik dan ekonomi ke atas Syria.
Kenapakah Kita Kuurang Mengetahui Dengan Jelas Isu Syria?
Kenapakah Kita Kuurang Mengetahui Dengan Jelas Isu Syria?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila
dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah
sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia
dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah
memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di
Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di
akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang
menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku
sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul
dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai
yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita
dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria
menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez
Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah
Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama
ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber
media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti
adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam
sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera
rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi
merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk
menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
Peranan Kita Selaku Seorang Muslim & Selaku Seorang Manusia
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi
kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang
berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu
hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”
Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ;
“Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
“Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang
kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ;
sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ;
adapun
buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda
yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
This is what happens to the mouth of a person who says the word
“Freedom” in Syria. O Allah.. please do help our brothers and sisters
there..ameen
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu
Abdullah.
p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa
sebenarnya yang berlaku di Syria.
Wallahu A’lam..