Anda pernah kena ngorat? Bila kita tengah chatting ke,atau tengah
berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan
berani untok bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet-sweet talker ini
dia tak cakap direct. Untok tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan
beberapa ayat untok menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.
Tetapi para wanita,harus berhati-hati! Sebab wanita mudah terpedaya
dengan mukadimah ini. Ada yang dah tau trik trik ayat lelaki yang nak
mengorat dia. Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri
daripada insan insan yang bermulot manis ini. Maka pada hari ini,aku
akan memberi sedikit idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada
dingorat.
Soalan: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan
fizikal dan rohani saya untok
menentukan mana yang baik dan mana yang
buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk.
Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.
Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga
ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya
menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.
Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat
meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke
kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau
wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan
kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari.
Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.
Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara.
Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi
awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam
Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah
suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi
awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.
Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah
cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua
makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya.
Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan
kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa
sangat berdosa. Astaghfirullah!
Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa
saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan
kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat
di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.
Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur
untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita
terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada
awak.
Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan
untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah.
Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah
saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini
caranya.
Soalan: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang bontot aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa
keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh
berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan
bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.
Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya.
Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana
saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima
ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai
mengingat perintah Allah.
By: Dodol Manis