Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Sejarah keluarganya juga ada hubung kait dengan ilmu Islam, dengan datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith.
Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri r.a.
Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah s.a.w di dalam kitabnya al-Muwattha’. Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e sebagai:
“Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan kitab Imam Malik ini.”
Sifat Peribadi
Imam Malik juga sangat terkenal dengan
 kecerdasan akal fikirannya yang tinggi  sehinggakan mampu menghafal 
al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau  juga terkenal dengan sifat 
mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian  yang bersih, kemas serta 
bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan  agama supaya menjadi orang
 yang pembersih. Walau bagaimanapun, beliau  yang terkenal dengan 
keramahan dan bergaul dengan semua lapisan  masyarakat merupaka seorang 
yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila  perlu dan menganggap benda 
yang akan diucapkan adalah perkara-perkara  yang berfaedah sahaja. 
Beliau juga seorang hartawan yang tidak kedekut  membelanjakan hartanya 
ke jalan Allah. Sebagai contoh, beliau pernah  membantu Imam as-Syafie 
sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau  seorang yang sangat 
menghormati hadis-hadis Rasulullah sendiri dan diri  baginda sendiri 
walaupun baginda telah wafat. 
Beliau
 juga tidak  pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah 
sebagai tanda  menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. 
Beliau pernah  dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang belakang 
kerana mengeluarkan  fatwa yang tidak disukai oleh khalifah iaitu isteri
 yang ditalak secara  paksa tidak jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa
 tabahnya beliau.  Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula 
menunjukkan kewarakan  beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau
 mengenai ilmu ialah  orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha 
mencarinya, bukan ilmu  yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah 
merungut apabila memberi  pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau 
akan bersusah-payah memberi  kefaham kepada anak-anak muridnya tentang 
sesuatu masalah ilmu. 
  
 Imam
 Malik menulis kitabnya Al-Muwwaththo' selama 40 tahun. Selama kurun  
waktu tersebut, kitab itu ditunjukkan ke sekitar 75 orang ulama fiqh  
Madinah.
Imam
 Malik menulis kitabnya Al-Muwwaththo' selama 40 tahun. Selama kurun  
waktu tersebut, kitab itu ditunjukkan ke sekitar 75 orang ulama fiqh  
Madinah. 
"Di muka bumi ini, tidak ada satu kitab pun - sesudah Kitab Allah - yg lebih shahih daripada kitab Malik.
 Karangan Kitab Al-Muwwatho Serta Nasihatnya
 Imam
 Malik menulis kitabnya Al-Muwwaththo' selama 40 tahun. Selama kurun  
waktu tersebut, kitab itu ditunjukkan ke sekitar 75 orang ulama fiqh  
Madinah.
Imam
 Malik menulis kitabnya Al-Muwwaththo' selama 40 tahun. Selama kurun  
waktu tersebut, kitab itu ditunjukkan ke sekitar 75 orang ulama fiqh  
Madinah. 
Asy Syafi'i berkomentar tentang Al Muwwaththo' Malik :
"Di muka bumi ini, tidak ada satu kitab pun - sesudah Kitab Allah - yg lebih shahih daripada kitab Malik.
Al Muwwaththo' memuat 6000 hadis musnad (sanad bersambung sampai ke Nabi SAW/ Marfu'), 222 hadis mursal (sanad hanya sampai sahabat), 613 hadis mauquf (sanad hanya sampai tabi'ien), dan 285 makalah Tabi'ien.
Wallaahu a'lam bishshowab
(Ditulis ulang dari kata pengantar kitab Al-Muwwaththo')
Fatwa dan nasihat besar dari beliau agar berpegang teguh pada Sunnah Nabi antara lain :
" Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah terkadang benar. Oleh karena itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah maka ambillah, dan bila tidak sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah."
" Siapapun boleh diambil dan ditolak perkataannya, kecuali Nabi shallalhu'alaihi wasallam sendiri."
- Ketika ditanya tentang Allah bersemayam di 'arsy beliau menjelaskan "Al-Istiwau makluumun, wakaifiyahu majhuulun, wal imanu bihi waajibun, wa sualu 'anhu bid'atun.
(Al-Istiwa adalah sudah dimaklumi maknanya. Adapun kaifiyahnya tidak dikenali. Mengimaninya adalah wajib dan Mempertanyakannya adalah bid'ah).
- Beliau termasuk bahagian dari sanad-sanad emas hadits-hadits Al-Imam Bukhary selain Imam Nafi'.
- Al-Imam Syafi'i murid besar beliau sebagai perhargaan yang tinggi kepada Imam Malik , beliau mengatakan "
Imam Malik adalah bahagian dari hujjah Allah di muka bumi"
- Kemudian mengenai Kitab Al-Muwatha' telah banyak disyarahkan oleh para 'ulama generasi berikutnya.
Dan yang paling mu'tabar adalah Tanwirul Hawalik karya Al-Hafidz As-Suyuthi . Yang di dalamnya hadits-haditsnya, ditakhrij kembali oleh Al-Hafidz Ibnu Abdil Bar.
Beliau Imam Malik ra. memberikan nasihat"
Rasulullah shallahu'alaihiwasallam telah wafat dan sesungguhnya urusan (agama) ini telah selesai dan sempurna.. Maka sesungguhnya bahawa kamu mengikuti akan dasar-dasar Rasulullah shallahu'alaihiwasallam dan janganlah kamu mengikuti pikiran orang, kerana sesungguhnya bila pikiran (pendapat) orang diikuti , datang orang lain yang lebih kuat pikirannya daripada kamu, lalu kamu mengikuti pikirannya, maka tiap-tiap kali datang seseorang yang mengalahkan kamu, kamu mengikuti kepadanya.
Aku memandang demikian ini tidaklah sempurna"
Bila tidak mendapatkan kejelasannya, barulah kita bertanya pada ahlinya.
Kemudian fatwa beliau yang lain yang merupakan cemeti bagi para pembuat dan pelaku bid'ah dalam urusan agama adalah "
Barangsiapa mengada-adakan satu bid'ah di dalam islam, yang ia memandang bid'ah itu baik/hasanah, maka sesungguhnya ia telah menyangka bahwa Muhammad telah berkhianat akan risalah Allah, karena sesungguhnya Allah telah berfirman
" Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu" Maka apa-apa yang tidak jadi agama pada hari itu, tidaklah menjadi agama pada hari ini" 
 
Imam Malik Dihukum Oleh Gabenor
Imam
 Malik pernah dihukum oleh gabenor  Kota Madinah pada tahun 147H/764M 
kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa  hukum talaq yang cuba 
dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak  sah. Kerajaan Abbasid 
ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa  semua penduduk perlu taat
 kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan  akan terjatuh talaq ke 
atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih  taatkan ulama’ daripada 
pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam  Malik untuk mengesahkan
 fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah  mengeluarkan fatwa menyatakan 
bahawa talaq sedemikian tidak sah (tidak  jatuh talaqnya).
Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.
|  | 
| Di sinilah terletak makam Imam Malik r.h. | 
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijrah). 
Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).
Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).

 
 
 
 
 
 
 
