Alhamdulillah dengan izin ALLAH Ta'ala seorang hamba ALLAH telah berjaya
 mentranslasikan siri The Arrivals yang telah mencetuskan kontroversi di
 seluruh dunia ini. Siri asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Sebanyak 14 siri The Arrivals ini adalah siri yang saya berani katakan 
WAJIB ditonton oleh setiap orang. Penyampaiannya begitu berkesan dan 
kebenarannya jelas dengan bukti-bukti yang dipaparkan. Hinggakan ada 
golongan bukan muslim yang menonton siri ini, kini telah pun kembali 
menganut agama fitrah iaitu Islam.
Secara generalnya siri ini 
berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh 
Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang 
menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada 
gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka 
tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .
Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan
 oleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir
 zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai 
bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang 
menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan 
telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan 
Dajjal ini. Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan 
duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini. Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya
 boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini. Dan 
siri yang saya tampilkan di posting kali ini adalah dalam versi Malaysia
 yang telah ditranslasikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi baru ada sebanyak
 13 siri saja. Nantikan lagi siri yang akan datang dan boleh ditonton di
 YouTube. Semoga usaha murni hamba ALLAH ini diredhoi-Nya dan diganjar 
pahala.
Kata Rasulullah Saw,
 "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan 
Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang 
Dajjal."
Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)
Marilah
 sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala 
memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita 
hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH 
Ta'ala. Wallahua'lam bissawab.
Laa haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim..



 
 
 
 
 
 
 
