Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh 
ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan 
sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.
Salah satu ciri mata wang atau duit ia mestilah sesuatu barang yang 
kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan
 sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar 
dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti 
wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya 
hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak.
Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. 
Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan
 kebanyakan ciri penting sebagai wang. Berikut ini adalah sejarah dan 
maklumat 9 mata wang dunia yang agak pelik dan unik.
Pernah digunakan sebagai wang semasa darurat di Jerman semasa pemulihan 
selepas Perang Dunia I. Kerana darurat, wang dicetak juga daripada 
kerajang aluminium, kain sutera dan kad dari sisa-sisa perang. Pengumpul
 akan sanggup untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk wang pelik 
ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi duit syiling 
pada masa itu.
8. Wang Dengan Ancaman Hukuman Mati (Amerika, ketika masih dijajah Inggeris)
US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap
 sebagai safe heaven currency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang 
ini telah banyak berpengalaman dalam memerangi para pemalsu wang. Pada 
masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang 
kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah 
terlalu rumit seperti sekarang
7. Wang Kumpulan Baucer (Vietnam)
Jika kita fikir wang yang boleh membeli segala-galanya, ia tidak. Wang 
Vietnam pada tahun 70-an berfungsi sebagai koleksi baucar yang hanya 
boleh digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan.
6. Mata Wang Berbentuk Komoditi
Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai bayaran. 
Sebenarnya, kata "salary" (gaji) berasal dari bahasa Latin "salarium" 
iaitu wang yang telah dibayar kepada perajurit Rom untuk membeli garam.
Garam juga juga digunakan sebagai alat tukar (mata wang) utama di gurun 
Sahara selama berabad-abad lamanya, dan digunakan secara meluas di 
seluruh Afrika Timur. Biasanya, seseorang pada masa itu akan menjilat 
garam satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan memutuskan 
untuk membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.
5. Wang Pecahan Terbesar Di Dunia (Hungari)
Inilah pecahan mata wang pemegang rekod sehingga kini. Dicetak oleh 
Hungary pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,000 
pengo. Ya! Seratus juta trilion pengo dengan kadar ketika itu hanya 
sekitar 20 US cent. Ini disebabkan Hungary mengalai hyperinflasi akibat 
kesan dari Peperangan Dunia Kedua.
4. Modifikasi Wang Kerana Rampasan Kuasa (Zaire)
Ketika rejim Joseph Mobutu dirampas kuasa pada tahun 1997 di Zaire (yang
 kini bernama The Democratic Republic of the Congo) Pemerintahan yang 
baru ketika itu terlalu sibuk untuk merekabentuk dan mencetak wang baru 
kerana jumlah wang ketika itu terhad
3. Kulit Tupai  Sebagai Mata Wang (Rusia)
Beberapa kurun yang lalu, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan 
di Russia. Bahkan beberapa bahagian dari tupai mati ini seperti telinga,
 hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai "duit baki".
2. Syiling Perak Dengan Bonus Air Suci (Kepulauan Palau)
Jika di wang kertas USD ada "In God We Trust", negara kepulauan Palau 
selangkah lebih maju. Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak 
dengan gambar perawan suci dan memasukkan bonus botol kecil mengandungi 
beberapa titis air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis. 
Negara ini pernah juga memasukkan mutiara, bahkan batu meteor pada duit 
syilingnya
1. Wang Dari Batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)
Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui 
"wang" terbesar dan teraneh di dunia: batu rai (semacam batu kapur). 
Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8 tan.
Tahukah anda? Penilaian nominal dari batu ini ditaksirkan bukan hanya 
berdasarkan saiz, tapi juga ditaksirkan berdasarkan pengorbanan 
menbawanya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yang terbunuh kerana 
pengorbanan tersebut. Kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan 
terbaring di luar rumah pemiliknya, bahkan kadang-kadang di dalam hutan.
 Walaupun terbaring di mana sahaja, orang pasti mengetahui siapa 
pemiliknya. Apabila berlaku pertukaran pemilikan, akan dilakukan dalam 
upacara tertentu.
Sumber:waazin.blogspot.com



 
 
 
 
 
 
 
