Sejak berjaya menubuhkan negara Israel di atas tanah yang dirampas, 
gerakan Yahudi yang diberikan nafas baharu oleh Dr Theodore Herzyl tidak
 pernah merasa puas selagi semua matlamatnya yang terkandung dalam 
protokol Yahudi tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Kesemua agenda 
protocol tersebut menjurus kepada dominasi Zionis bagi menentukan arah 
dan masa depan masyarakat antarabangsa dari kawalan ekonomi, budaya dan 
geopolitik.
Sejak kemenangan besar Israel ke atas negara-negara Arab dalam Perang 6 hari yang dimulakan pada 5 Jun 1967, kekuatan suara negara-negara Islam semakin kehilangan dan saban hari regim yang memerintah berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dengan mencaturkan kuasa serta menimbulkan pelbagai kekacauan di seluruh rantau Timur Tengah.
|  | 
| Perang 6 Hari (The Six Day War | 
Peperangan tersebut telah menyebabkan 393 dari 416 buah pesawat pelbagai
 jenis milik Mesir, Jordan, Iraq dan Syria telah berjaya berjaya 
dimusnahkan oleh tentera Israel. Jordan pada ketika itu hanya mempunyai 
24 buah jet pejuang untuk melindungi keseluruhan jajahan takluknya 
termasuk Baitulmaqdis di Tebing Barat.
Serangan ke atas Mesir sebenarnya berpunca daripada dakwaan bahawa 
presiden Gamal Abdel Nasser telah menutup perjalanan laut di Selat Tiran
 yang terletak antara Teluk Aqaba dan Laut Merah serta menyemarakkan 
semangat anti-Yahudi menerusi siaran radio Mesir, Voice of the Arabs. 
Bagi mendapat sokongan masyarakat antarabangsa, Israel mula menggunakan 
alasan, peperangan itu sebenarnya dimulakan oleh Mesir apabila tentera 
darat menyerang.
     Pada masa itu, Mesir dianggarkan mempunyai kekuatan tentera melebihi 
200,000 orang dan 70,000 daripadanya dikerahkan untuk mengawal 
peperangan saudara yang sedang berlaku di Yaman Utara. Israel yang 
menyedari kedudukan tersebut, amat yakin bahawa tenteranya dapat 
melumpuhkan Mesir dengan mudahnya melakukan “serangan balas dari udara” 
dengan melakukan serangan pada 5 Jun 1967. Bagi mempertahankan negara, 
Mesir menggerakkan 950 buah kereta kebalnya ke Semenanjung Sinai.
Sebelum itu, Israel sudah menguasai sebahagian Tebing Barat apabila 
berjaya menyerang Jordan pada 13 November 1966. Ketika itu, Tebing Barat
 berada di bawah kekuasaan Jordan. Serangan Israel ke atas Tebing Barat 
dimulakan dengan menyerang Samua, yang terletak tidak jauh daripada 
Hebron.
|  | 
| Mosye Dayan | 
Atas ketidaktentuan politik Syria itulah Israel mengambil kesempatan 
meletakkan agen perisikannya untuk melaga-lagakan rakyat agar 
“menjatuhkan kerajaan”. Tanggungjawab tersebut kemudiannya diberikan 
kepada Eli Cohen untuk mendapat maklumat rahsia. Hasilnya, pihak 
berkuasa Syria berjaya menahan dan akhirnya membunuh Eli Cohen.
Bagaimanapun, usaha tersebut tidak terhenti malah Israel terus melatih 
dan menempatkan agennya yang turut terdiri rakyat tempatan. Misalnya, 
pada 16 Ogos 1966, Israel berjaya mempengaruhi seorang juruterbang 
kebanggaan Iraq untuk mendaratkan jet pejuang MiG 21 buatan Rusia ke Tel
 Aviv setelah Munir Redha yang sedang membuat latihan udara diarahkan 
memasuki ruang udara Israel.
Kepintaran agen perisikan Israel, terutamanya Mossad memerangkap 
juruterbang terbaik dari pasukan tentera Iraq itu kerana pada masa 
tersebut Tel Aviv amat memerlukan pesawat yang dikatakan tercanggih 
buatan Rusia sebagai bahan kajian anggota tenteranya.
Dalam waktu yang sama, kebimbangan negara-negara Barat terhadap 
penyemarakan ideologi komunis menerusi label “hantu merah” sedang 
memuncak, maka dengan merampas pesawat terbaharu buatan Rusian itu 
mereka akan memahami aspek-aspek teknikalnya.
Ia kemudiannya membolehkan pihak tentera mengenalpasti usaha untuk 
melumpuhkan serangan udara daripada pihak yang menggunakan pesawat dari 
jenis tersebut. Dalam masa yang sama, oleh kerana tentera udara Mesir 
dan Syria memiliki banyak pesawat jenis itu, dengan memilikinya pesawat 
tersebut, tentera udara Israel boleh membuat pintasan apabila diketahui 
berlakunya serangan udara dengan jenis pesawat yang sama.
Berdasarkan pendedahan bekas anggota Mossad, Munir Redfa yang sudah pun 
beristeri pada mula dipengaruhi oleh seorang wanita cantik dalam 
beberapa pertemuan singkat sehinggalah membawa keduanya peluang 
menghabiskan cuti bersama di London. Hubungan sulit yang terjalin itu 
akhirnya berjaya melemahkan jatiditi Munir apabila ditawarkan 
perlindungan dan kemewahan jika berjaya menerbangkan pesawat tersebut di
 Tel Aviv.
Pasukan tentera Israel juga merupakan anggota yang berpengalaman dalam 
beberapa peperangan kerana sebahagian pegawainya pernah berkhidmat dalam
 pasukan Britain semasa Perang Dunia II manakala tentera Arab tidak 
mempunyai kelebihan tersebut. Meskipun pada tahun 1948 dan 1956, Israel 
melancarkan serangan ke atas jiran Arabnya, keupayaan tentera udara 
negara-negara Arab tidaklah begitu berpengalaman dan dengan mudah boleh 
diatasi oleh Israel.
Setelah berpecahnya Palestin kepada dua kumpulan utama ialah Fatah dan 
Hamas, Israel menjadi semakin mudah menakluki lebih banyak kawasan dan 
melakukan pelbagai tekanan dalam usaha menghapuskan etnik di atas “tanah
 yang dijanjikan” itu. Pada tahun 2006, dalam pilihan raya Palestin, 
HAMAS telah berjaya dan diberikan hak untuk memerintah Gaza manakala 
pihak berkuasa Palestin tetap dipegang oleh kumpulan Fatah yang pernah 
diasaskan oleh Yasser Arafat. Oleh kerana telah wujudnya perjanjian 
antara Israel-Palestin semasa Yasser Arafat dipaksa untuk menandatangani
 “gencatan senjata”, hanya Fatah sahaja parti politik yang sah dan boleh
 diterima oleh Israel. Kemenangan HAMAS telah menyebabkan Israel 
menyerang Gaza dan seterusnya mengepong dari pelbagai penjuru termasuk 
mendesak Mesir agar mengawal sempadan dengan Gaza, terutama di Rafah.
Mesir yang dipimpin oleh Anwar Sadat akhirnya bersetuju untuk menandatangani perjanjian Kem David yang diusahakan oleh Jimmy Carter, akhirnya terperangkap dengan arahan Amerika Syarikat yang bersetuju memberikan bantuan kewangan dan kemudahan pensenjataan kepada Mesir. Mesir kemudiannya tidak lagi memusuhi Israel sebaliknya terus menyokong sebarang usaha untuk menyiksa penduduk Palestin.
Atas sebab Israel tidak boleh mengiktiraf kemenangan HAMAS, pada akhir 
tahun 2006 serangan telah dilakukan sehingga menyebabkan lebih ramai 
penduduk Gaza mengalami kecederaan serius dan seterusnya kehidupan 
mereka menjadi semakin sukar. Secara membabi-buta askar Israel membunuh 
dan mengebom kawasan yang didiami oleh rakyat Gaza sepanjang peperangan 
selama 22 hari yang berakhir pada pertengahan Januari 2007. Gaza 
keseluruhannya terkepung dan membangkitkan kemarahan masyarakat 
antarabangsa yang lebih meluas.
Akibat kesukaran hidup dan mendapatkan ubat-ubatan, maka lebih ramai 
masyarakat antarabangsa memulakan gerakan menghulurkan bantuan 
kemanusiaan tetapi tetap dihalang oleh Israel. Manakala Amerika Syarikat
 terus memainkan peranannya untuk melumpuhkan lebih banyak negara-negara
 Islam yang mempunyai kekuatan minyak dan ketenteraan dengan melibatkan 
peperangan yang lebih besar.
|  | 
| Shah Iran | 
Pada tahun 1979, tercetus Revolusi Islam Iran sehingga menyebabkan Shah 
Iran terpaksa melarikan diri dan dalam masa yang sama, Amerika Syarikat 
merasakan pengaruhnya di Timur Tengah terancam. Berbekalkan data dan 
maklumat risikan Mossad, Amerika Syarikat menyusun semula strategi untuk
 menjatuhkan lebih banyak pemimpin Islam, termasuklah menuduh Iraq, yang
 ketika itu dilihat sebagai kuasa tentera darat yang paling kuat di 
bawah Saddam Hussein dilemparkan tuduhan terlibat dengan aksi keganasan 
di samping mempunyai “senjata pemusnah besar-besaran.”
Dengan menggunakan dasar “memerangi keganasan” pada tahun 2003, Amerika 
Syarikat menyerang Iraq dan akhirnya berjaya membunuh Saddam Hussein. 
Apabila kekuatan Iraq berjaya dilumpuhkan, Amerika Syarikat kini sekali 
lagi berbekalkan maklumat risikan Israel melemparkan tuduhan bahawa Iran
 sedang membangunkan persenjataan nuklear.
|  | 
| Peristiwa 9/11 - Angkara Osama? | 
Pada tahun 2009, Israel kembali melakukan provokasi dengan menghasut 
dari dalam di beberapa buah negara Islam ekoran bangkitnya kekecewaan 
rakyat terhadap pemerintahan yang begitu lama. Akibat meletusnya 
kebangkitan rakyat Tunisia yang marahkan pihak berkuasa tempatan setelah
 kematian Bouzizi, seorang anak muda yang membakar diri akibat 
dikecewakan dan diejek kerana gagal membayar denda setelah kereta sorong
 yang digunakan untuk berniaga sayur-sayuran dan buah-buah dirampas, 
negara-negara Islam terus terjangkit dengan revolusi berdarah.
Mesir menjadi negara Islam kedua yang melebarkan kebangkitan rakyat, 
tetapi pengaruh dan peranan Israel dalam mengasut rakyat belum jelas 
berbanding dengan apa yang berlaku di Libya sehingga menyebabkan 
terkorbannya Muammar Gadafi pada bulan Ogos 2011. Bagaimanapun, selepas 
kejatuhan pemimpin-pemimpin Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat yang 
rasa tertekan kerana kedua buah negara itu merupakan “tangan kanannya” 
dalam menjamin keselamatan Israel mula menukar bentuk.
Dalam pergolakan politik di Tunisia dan Mesir, Amerika Syarikat 
memberikan sokongan kepada kumpulan penentang dengan berjanji akan 
meneruskan bantuan sebagaimana dilakukan sebelumnya, manakala di Libya, 
Amerika Syarikat secara langsung membantu pihak pemberontak untuk 
membunuh Gadafi dengan mengambil keputusan mengetuai serangan udara 
sebaik sahaja Gadafi bertindak ke atas penunjuk perasaan.
|  | 
| Presiden Bashar al-Assad | 
Bashar al-Assad merupakan pemimpin yang tidak mahu tunduk kepada 
percaturan politik yang dirancang oleh Israel seperti juga yang 
ditentang oleh Iran menerusi pemimpinnya, Mahmud Ahmadenijad. Oleh 
kerana Barrack Obama takut peluang kemenangan untuk kali kedua sebagai 
Presiden Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada bulan November 
2012, serangan ke atas Syria dan Iran terpaksa ditangguhkan dan 
membiarkan Israel meneruskan percaturannya.
Syria merupakan sekutu Iran dan payung kepada pergerakan HAMAS dan 
Hizbullah. Kedua buah pertubuhan tersebut merupakan anti-Israel manakala
 Iran yang lantang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat, Israel terus 
menggunakan lobinya dengan melontarkan pelbagai dakwaan dan gertakan. 
Dalam usaha memujuk Israel agar tidak menyerang “Syria dan Iran” dalam 
tempoh sebelum pilihan raya presiden, Barrack Obama menghulurkan 
pelbagai bantuan termasuk senjata canggih dan kewangan untuk membina 
kekuatan, yang kemungkinannya akan membolehkan pengundi Islam 
memilihnya.
|  | 
| Percaturan di Timur Tengah ada kaitannya dengan Israel dan New World Order. | 
Kini, Basar al-Assad dan Mahmud Ahmadinejad dilihat sebagai dua pemimpin
 yang paling lantang menentang Israel manakala Muammar Gadafi sudah 
berjaya dibunuh. Tujuan utama para pelobi Yahudi ini ialah untuk 
menguasi minyak yang terdapat di negara-negara Arab dan Afrika Utara, 
dengan menguasai kesemua telaga minyak itu, maka mudahlah Israel 
menyusus “world order” yang pernah mereka cadangan “perjuangan suci” 
sejak tertubuhnya negara Israel.
  
Pada tahun 2014, Amerika Syarikat dengan rasminya meletakkan sasarannya 
sebagai pengeluar minyak utama dunia berbanding pada masa kini 
dimonopoli oleh sebahagian besarnya negara-negara Arab. Kemungkinan yang
 berlaku ialah Amerika Syarikat menguasai telaga minyak Iraq manakala 
Arab Saudi sudah dikuasainya, dengan berjayanya menyerang Iraq selepas 
tahun 2012, dan Libya kembali tenang, pelobi-pelobi Yahudi akan 
menguasai pula pengeluaran minyak di Timur Tengah, maka lengkapkan 
agenda mereka.
Oleh sebab pergantungan dunia terhadap minyak semakin meningkat, Amerika
 Syarikat dijangka akan berjaya memperlahankan pertumbuhan ekonomi di 
China dan India. Kebangkitan negara-negara Amerika Selatan, yang sedang 
dilihat sebagai kawasan pertumbuhan baharu dapat juga diperlahankan 
dengan cara mengawal harga minyak. Apabila harga minyak melambung 
tinggi, maka negara-negara itu akhirnya terpaksa mengalah kerana 
terpaksa menampung kos pengeluaran barangan yang lebih besar. Inilah 
sebenarnya usaha Amerika Syarikat dan Israel, yang terus ingin 
menentukan “world order”.
|  | 
| Prof. Michel Chossudovsky, dari Centre for Research on Globalization | 
Jika Syria dapat dikuasai dan Bashar al-Assad disingkirkan, maka 
cita-cita untuk melihat HAMAS, Hizbullah dan Iran tertekan sepenuhnya 
adalah teramat mudah. Atas situasi politik, media yang dikuasai Zionis 
akan terus melaporkan tindakan pemimpin Syria melakukan kekejaman ke 
atas pemberontak dengan menggunakan tentera manakala di Iran, Israel 
terus menghasut kelompok yang bermusuhan bangkit menentang presiden yang
 terus lantang mengkritik Israel dan Amerika Syarikat. Selagi ada 
pemimpin Islam yang berani, maka selagi itulah Israel tidak akan berdiam
 diri dan melancarkan provokasi, mereka mahu “new world order” itu 
berada dalam pengaruh Zionis Antarabangsa.



 
 
 
 
 
 
 
