Teringat semasa kecil dahulu selalu
 dengan kisah Nabi Khidir yang diceritakan oleh orang-orang tua. Ketika 
itu aku sangkakan kisah Nabi Khidir sama seperti cerita dogeng Hang Tuah
 atau cerita dogeng Puteri Gunung Ledang. Sangkaan aku salah sebenarnya 
kisah Nabi Khidir telah difirmankan Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW 
dalam Surah Al Kahf ayat 60 – 82 untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam akhir zaman.
Menarik sungguh kisah Nabi Khidir seorang Nabi yang misteri yang dikatakan masih hidup abadi hingga sekarang. Berdasarkan wikipedia Nabi Khidir adalah anak cucu Nabi Adam yang taat beribadah dan ditangguhkan kematiannya. Mengikut Imam An Nawawi mengatakan bahawa Nabi Khidhr adalah seorang putera raja. Tidak banyak yang diceritakan dalam Al Quran melainkan dalam Surah Al Kahf ayat 60 – 82 yang mengisah kan Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s.
60. Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya
 ; “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua 
buah lautan atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”.
61. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka
 lalai akan ikannya lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut 
itu.
62. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada 
muridnya; “Bawalah ke mari makanan kita sesungguhnya kita telah merasa 
letih kerana perjalanan kita ini,”
63. Muridnya menjawab ; “Tahukah kamu ketika kita mencari tempat 
berlindung di batu tadi maka sesungguhnya aku terlupa (menceritakan 
tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk 
menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut 
dengan cara yang aneh sekali,”
64. Musa berkata; “Itulah (tempat) yang kita cari,” Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula.
65 Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.
66. Musa berkata kepada Khidir ; “Bolehkah aku mengikutmu supaya kamu
 mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah 
diajarkan kepada mu,”
67. Dia menjawab ; “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku.
68. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu,”
69. Musa berkata ; :inshaa Allah kamu akan mendapati aku sebagai 
seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan 
pun,”
70. Dia berkata ; “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu 
menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun sampai aku sendiri 
menerangkan kepadamu,”
71. Maka berjalanlah kedua-duanya hingga tatkala keduanya menaiki 
perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata ; “Mengapa kamu melubangi 
perahu itu yang akbibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” 
Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.
72. Dia (Khidir) berkata ; Bukankah aku telah berkata Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku,”
73. Musa berkata ; “Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku 
dan  janganglah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku,”
74. Maka berjalanlah kedua-duanya; hingga tatkala keduanya berjumpa 
dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata; “Mengapa 
kamu membunuh jiwa yang bersih bukan kerana dia membunuh orang lain? 
Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar,”
75. Khidir berkata; “Bukankah sudah ku katakan kepadamu bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku,”
76. Musa berkata; “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah
 (kali) ini maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu 
sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku,”
77. Maka keduanya berjalan hingga tatkala keduanya sampai kepada 
penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu 
tetapi penduduk negeri itu tidak mahu menjamu mereka, kemudian keduanya 
mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka 
Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata; “Jikalau kamu mau, niscaya 
kamu mengambil upah untuk itu,”
78. Khidir berkata; “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku 
akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak 
dapat sabar terhadapnya,”
79. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang 
bekerja di laut dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu kerana di 
hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.
80. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang 
mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya 
itu kepada kesesatan dan kekafiran.
81. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengantikan bagi mereka 
dengan anak laim yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih 
dalam kasih sayangnya (kepada ibubapanya).
82. Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di
 kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, 
sedang ayahnya adalah seorang yang soleh maka Tuhan-mu menghendaki agar 
supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya 
itu sebagai rahmat dari Tuhan-mu dan bukanlah aku melakukannya itu 
menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan 
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar terhadapnya,”
Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari pada kisah Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir. Bukan mudah kita nak bersabar untuk mempelajari sesuatu ilmu daripada mereka yang lebih faham. Sifat tidak sabar dan ingin berjaya dengan cepat sudah menjadi sebati dalam kehidupan kita tak kiralah dalam bidang apa sahaja yang kita ceburi. Seorang usahawan Islam jarang-jarang dapat bersabar marangkak dari awal tanpa banyak soalan mengikut didikan usahawan yang sudah berjaya.
sumber: http://denaihati.com 




 
 
 
 
 
 
 
