Apabila disebut bangsa Yahudi, maka tergambarlah sekumpulan manusia yang
hidup di banyak tempat di dunia dengan Israel sebagai negara mereka. Sebahagian besarnya menganut agama Yahudi, berketurunan Yahudi;
sebahagian kecil pula betutur bahasa Ibrani, sebagai bahasa rasmi
Israel, dan penentu agenda politik adalah mereka yang berfahaman
Zionisme.
Apabila berkata saja Yahudi, atau Jews dalam bahasa Inggeris, maka tergambarlah bahawa mereka adalah bangsa purba yang pernah memiliki kerajaan di bumi Palestin pada zaman silap.
Maka bagi orang Kristian, pandangan mereka terhadap Yahudi adalah bangsa
yang darinya muncul Jesus Christ tetapi telah mengkhianatinya.
Bagi orang Islam pula, orang Yahudi ini adalah bangsa yang darinya
muncul banyak nabi dan rasul, tetapi mereka telah menyelewengkan ajaran
sebenar.
Malah
dalam sirah Rasulullah s.a.w sendiri, orang Yahudi yang pada mulanya
menjadi sekutu kepada baginda tetapi akhirnya mengkhianatinya.
Tetapi hakikatnya Yahudi pada zaman ini adalah berbeza daripada yang
dahulu. Pastinya bangsa Yahudi zaman silam sudah lama pupus kerana
generasi mereka sudah tiada.
Apa yang dikatakan Yahudi hari ini adalah ciptaan zaman pra-moden dan
moden, yang berbeza sama sekali dengan Yahudi zaman firaun, atau zaman
Rasulullah s.a.w walaupun nama bangsa ini serupa.
Walaupun terdapat kumpulan-kumpulan kecik yang mengamalkan agama Yahudi,
tetapi mereka sebagai bangsa sudah tiada ketika zaman Rom Kristian dan
kemudian Islam.
Pada zaman itu, orang Yahudi ini ditindas dan dipinggirkan, lebih teruk
di kawasan Kristian berbanding Islam. Maka banyak yang menganut agama
Kristian dan Islam hingga hilanglah apa yang disebut sebagai bangsa
Yahudi walaupun orang Yahudi wujud di sana sini di Eropah dan Timur
Tengah.
Yahudi sebagai bangsa muncul pada zaman pramoden dan moden apabila
Eropah Kristian mewujudkan ghetto atau penempatan-penempatan Yahudi di
kota-kota mereka.
Mereka dipaksa tinggal dalam penempatan-penempatan ini kerana Eropah
Kristian menghalang orang Yahudi diserap ke dalam masyarakat Kristian.
Akibatnya, muncul jati diri Yahudi di ghetto yang sempit dan terbelakang
ini, dan perbezaan mereka dengan masyarakat setempat memungkinkan
wujudnya bangsa itu.
Bayangkan kalaulah mereka tidak diasingkan daripada masyarakat Eropah,
jati diri Yahudi ini mungkin pupus atau lenyap walaupun akan ada
sebahagian kecil ini terus menganut agama itu.
Daripada penindasan-penindasan ini jugalah lahir fahaman Zionisme yang
memperjuangkan sebuah negara khusus untuk Yahudi. Layanan buruk Kristian
terhadap merekalah yang mendorong kepada wujudnya Zionisme.
Begitu juga dengan penubuhan negara Israel. Akibat kekejaman Jerman
melalui Holocaust memungkinkan penubuhan Israel di bumi Palestin.
Maka negara Israel ini tiada kaitan dengan kerajaan Israel zaman purba.
Seperti mana tiada fahaman Zionisme pada zaman silam. Nama saja serupa,
tetapi ia adalah entiti berbeza.
Dengan wujudnya Israel, Yahudi sebagai banhsa dikukuhkan dengan kesemua
orang yang dianggap dari bangsa itu, baik di Eropah mahupun Amerika
dianggap sebagai suatu entiti. Ia merupakan entiti yang diada-adakan,
yang sebenarnya tidak berasas pada hak dalam sejarah.
Justeru, kewujudan Israel adalah bukan soal agama tetapi lebih berupa
etika dan moral. Mereka merampas tanah, wilayah dan bumi Palestin.
Jati diri bangsa Yahudi moden juga bukanlah pada agama. Banyak orang
Yahudi adalah atheis, baik di Amerika, Eropah dan Israel sendiri. Dari
segi keturunan pula, banyak yang berasal dari Rusia di mana nenek moyang
mereka memeluk agama Yahudi tetapi bukanlah daripada keturunan bangsa
silam itu.