Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 
24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis 
Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.
Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 
1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 
1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah 
klasik India.
Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus 
Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga 
mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, 
Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.
Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada
 tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, 
beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial 
dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada 
kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.
Tidak dapat saya pastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam. Namun 
beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh 
beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati 
boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga 
menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara 
tentera AS.
Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga 
sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan 
kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.
Beliau telah dituduhkan sebagi seorang yang mengalami ketidakstabilan
 mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum 
kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah
 hospital mental yang terkenal.
Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah 
bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di
 hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam 
bahasa Jepun yang pertama.
Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik 
semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan 
nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.
Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di 
Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil
 daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.
Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus al’aala..


 
 
 
 
 
 
 
