P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak
Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri
bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal
dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien
pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.
Bapa P.Ramlee
Ibu P.Ramlee
P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School
sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi ,
P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni ,
terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni
muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah
tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.
Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.
Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan. Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai.
Video dari rakaman History Channel ini amat baik untuk ditonton dan kita hayati bersama sukarnya kehidupan seorang P Ramlee ketika masih hidup dan hanya diagungkan selepas dirinya tiada lagi di dunia ini.
Begitu juga kata-kata P.Ramlee yang berharap agar warisan bangsa terus menjaga muzik asli telah membuat aku rasa terbelakang dengan pendapatnya.
Aku amat malu bila wujud sikap hasad dengki daripada prodesur filem tempatan dan pelakon di Singapura yang merupakan bangsa sendiri semasa nama Tan Sri di kemuncak.
Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
Gambar - gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah