Gerhana bulan separa telah berlaku pada 26 April 2013 dan dapat dilihat di Malaysia mulai jam         2 pagi. 
Firman Allah,  
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan 
siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari 
dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu 
sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah
 kepada Allah." (Fussilat: 37)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam 
bersabda,
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara 
tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian 
seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah 
kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. 
Bukhari) 
Nabi saw bersabda, 
"Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari 
dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat 
al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah)
Solat sunat gerhana lebih utama dilakukan secara berjamaah di masjid, namun boleh juga dilakukan secara bersendirian di rumah.
Waktu solat ialah apabila ternyata gerhana telah berlaku dan berakhir apabila hilang gerhana.
Niat Solat Sunat Gerhana:  “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat  biasa.
Yang akmal (sempurna) dilakukan  dengan dua kali  qiyam/berdiri/baca fatihah dan dua kali ruku',  pada setiap rakaat.
Ringkasan cara solat sunat gerhana:
1. Takbiratul Ihram dan berniat.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah.
5. Ruku’.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.
7. Ruku'.
7. Ruku'.
8. Iktidal.
9. Sujud..
10. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud.
12. Berdiri rakaat kedua.
Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca mana-mana surah.
3. Ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah.
5. Ruku'.
5. Ruku'.
6. Iktidal.
7. Sujud..
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

 
 
 
 
 
 
 
