Oh indahnya cinta,
Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa
dirinya agung,
Anugerah yang merupakan lengkapan azali untuk sebuah
kehidupan.
Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar
mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.
Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.
Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan.
Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.
Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga
kerana telah ditetapkan oleh Nya.
Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan
ukhwah,
dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya.
Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada
hakikat sebenar makna sebuah cinta.
Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan
alunan-alunan rentak kemungkaran.
Semuanya berlaku kerana kita belum punya
Cinta Yang Maha Esa.
Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia,
juga
bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan.
Tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang
ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.
Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling
indah
yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.
Muliakan cinta yang
kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah
untuk menjadi sokongan di kala
melalui jalan-jalan kehidupan.
Jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta.
Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta.
Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempunyai
harga yang paling
tinggi nilainya di sisi Allah.
Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan.
Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia,
percayalah bahawa cinta yang lebih
agung dari
cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta,
kita
luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah.
Dialah
adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takkan abaikan semua hamba-hambaNya.
No comments:
Post a Comment