27 April 2013


      Bangunan-bangunan yang dipahat pada batu-batu besar ini dibuat oleh kaum Tsamud, ummat Nabi Shalih, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Quran: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami telah mengutus) saudara mereka, Shalih. Ia berkata,

“Hai kaumku, sembahlah Allah, tidak ada Tuhan bagi kalian selain-Nya... Kalian dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kalian pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kalian merajalela di muka bumi membuat kerosakan.” (Surat Al-A’raaf ayat 73-74).
ukiran dan ornamennya sangat halus, indah dan menakjubkan. Wilayah kekuasaan kaum Tsamud membentang hingga ke kawasan Petra (Jordan). Bezanya, Petra sudah dijadikan komoditi pelancongan utama Jordan selain Laut Mati.


Sementara Mada’en Shaleh (perkampungan Nabi Shaleh), terletak di sebelah utara daratan Arab Saudi, 380 km dari kota suci Madinah Al-Munawwarah. Ia masih menjadi perdebatan antara kepentingan pelancongan Saudi yang mulai mengangkat Mada'en Saleh sebagai komoditi pelancongan, dengan para ulama yang berpendapat bahawa tempat tersebut adalah tapak peninggalan 'kaum terlaknat', sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.


Pada ayat lain kaum Tsamud disebut sebagai Ashabul-Hijri (penduduk kota Al-Hijr iaitu kawasan pergunungan yang terletak antara Madinah dan Syria):
"Dan sesungguhnya penduduk (kota) Al-Hijr telah mendustakan para rasul, dan Kami telah mendatangkan kepada mereka (tanda-tanda) kekuasaan Kami, tetapi mereka selalu berpaling darinya. Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung batu (yang didiami) dengan aman." (Surat Al-Hijr ayat 80-82).

Kaum Tsamud adalah kaum yang mengingkari ajaran Nabi Shalih. Mereka mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala, bahkan mereka menyembelih unta betina yang merupakan mu’jizat Nabi Shalih, lalu mencabar kedatangan azab buat mereka.

Cabaran itu dijawab Allah dengan menimpakan bencana gempa bumi ke atas mereka.
“Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.” (Surat Al-A’raaf ayat 78).
Pada ayat lain dikatakan, Allah juga mengirimkan bencana petir yang dahsyat:
"Dan adapun kaum Tsamud maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) dari petunjuk itu, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan." (Surat Fushilat ayat 17)

Betapa gahnya senibina dan pertukangan kaum Tsamud walaupun masanya adalah 3,000 tahun yang lampau. Tetapi sayang, kehebatan itu hanya dijuruskan kepada duniawi semata-mata, tanpa menumpukan kepada kerohanian dan keTuhanan.


Bagaimana dengan negara kita sekarang ini jika mahu bandingkan dari segi kehebatan senibina? Adakah kita mahu mengejar kemajuan dan di dalam masa yang sama mengabaikan kerohanian umat dan menolak Hukum Allah dan terus menjalankan Hukum buatan manusia iaitu Hukum British?





RECENT POSTS

Top Popular Posts