3 May 2013


     Saya bukanlah orang yang sangat arif tentang pengurusan kewangan, tetapi sebagai insan yang pernah melalui kesukaran sewaktu dahulu, saya sangat-sangat menggalakkan anda semua menabung demi masa depan. Jangan terlalu memaksa diri untuk menabung, tetapi jadikan tabiat ini sebagai suatu amalan murni yang perlu diterapkan kepada anak-anak sedari kecil. Saya percaya ramai di antara kita yang kurang arif atau tidak tahu menguruskan kewangan sendiri termasuk juga saya.

Apa yang saya nak kongsikan adalah mengenai tabungan untuk anak-anak atau umumnya memanggil tabungan pendidikan. Hari ini merupakan hari 20 Syawal di bulan Syawal yang mulia ini di tahun 1432H. Pasti ramai ibu bapa yang teruja membilang duit raya anak masing-masing kan? masakan tidak jika duit raya mencecah ribuan ringgit, persoalannya adakah ibubapa menguruskan wang anak-anak dengan baik? Mengikut kajian, masih ramai ibubapa yang belum membuat tabungan untuk anak secara tetap, dengan kata lain fixed deposit, potongan gaji dan sebagainya. Alangkah beruntungnya anak-anak yang mempunyai ibubapa yang pandai menguruskan wang untuk mereka. Jika anda masih belum berbuat demikian, masih belum terlambat untuk melakukannya bak kat pepatah "Better late than Never".

Tabungan sendiri atau melalui Insurans Kewangan/Takaful? 
Persoalan ini perlu diteliti dan saya fikir jawapan sudah ada di benak ibubapa sendiri. Ke-2 kaedah ini ada baik dan buruknya, jika ada wang lebih anda buat 2-2 sekali, baguskan? Ada kelebihan jika menabung melalui syarikat Takaful/Insurans seperti perlindungan percuma, kad perubatan, biasiswa, jaminan simpanan, anugerah kecemerlangan dan sebagainya. Tetapi jika anda susah mendisiplinkan diri untuk menyimpan secara tetap, maka simpanan biasa adalah lebih baik. Anda juga tidak boleh mengeluarkan wang sesuka hati jka menabung melalui syarikat Insurans/Takaful, ini bagi memastikan anak anda mendapat dana pendidikan yang mencukupi.

Jika anda buat simpanan di bank dan mula menabung sejak anak masih bayi;

RM80 (sebulan) x 12 x 17 tahun = RM16,320 + dividen
Jumlah ini yang dapat sekiranya anda panjang umur dan sihat selama 17 tahun. Jika tidak?....

Jika anda buat simpanan di Takaful dan mula menabung sejak anak masih bayi;

RM80 (sebulan) x 12 x 17 tahun = RM16,305 + keuntungan
Jumlah ini yang dapat sekiranya anda panjang umur ataupun tidak kerana Takaful memberikan jaminan simpanan. (Kiraan berdasarkan anak di bawah 1 tahun dan pembayar 30 tahun)

Walaubagaimanapun ini sangat bergantung kepada disiplin dan kemampuan ibubapa itu sendiri. Lebih anda simpan lebih la yang anda peroleh nanti.



RECENT POSTS

Top Popular Posts