19 April 2013


       Sejak berjaya menubuhkan negara Israel di atas tanah yang dirampas, gerakan Yahudi yang diberikan nafas baharu oleh Dr Theodore Herzyl tidak pernah merasa puas selagi semua matlamatnya yang terkandung dalam protokol Yahudi tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Kesemua agenda protocol tersebut menjurus kepada dominasi Zionis bagi menentukan arah dan masa depan masyarakat antarabangsa dari kawalan ekonomi, budaya dan geopolitik.

Sejak kemenangan besar Israel ke atas negara-negara Arab dalam Perang 6 hari yang dimulakan pada 5 Jun 1967, kekuatan suara negara-negara Islam semakin kehilangan dan saban hari regim yang memerintah berusaha untuk mengukuhkan kedudukan dengan mencaturkan kuasa serta menimbulkan pelbagai kekacauan di seluruh rantau Timur Tengah.
Perang 6 Hari (The Six Day War
Dalam Perang Enam hari itu, negara-negara Arab– Mesir, Syria, Jordan, Arab Saudi, Libya dan Iraq—dan negara-negara bukan Arab—Pakistan turut bergabung untuk melawan Israel. Perang enam hari itu bermula apabila juruterbang Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Mesir dan Jordan dalam misi Operation Moked dan kemudiannya disusuli dengan serangan darat bagi melumpuhkan kekuatan tentera Mesir dan Jordan. Ketika itu, Mesir dan Jordan dikatakan mempunyai pasukan tentera yang kuat di Timur Tengah.
Peperangan tersebut telah menyebabkan 393 dari 416 buah pesawat pelbagai jenis milik Mesir, Jordan, Iraq dan Syria telah berjaya berjaya dimusnahkan oleh tentera Israel. Jordan pada ketika itu hanya mempunyai 24 buah jet pejuang untuk melindungi keseluruhan jajahan takluknya termasuk Baitulmaqdis di Tebing Barat.
Serangan ke atas Mesir sebenarnya berpunca daripada dakwaan bahawa presiden Gamal Abdel Nasser telah menutup perjalanan laut di Selat Tiran yang terletak antara Teluk Aqaba dan Laut Merah serta menyemarakkan semangat anti-Yahudi menerusi siaran radio Mesir, Voice of the Arabs. Bagi mendapat sokongan masyarakat antarabangsa, Israel mula menggunakan alasan, peperangan itu sebenarnya dimulakan oleh Mesir apabila tentera darat menyerang.
Operation Moked telah melumpuhkan pelbagai pesawat negara-negara Arab.
Sumber gambar: The Israeli Air For
     Pada masa itu, Mesir dianggarkan mempunyai kekuatan tentera melebihi 200,000 orang dan 70,000 daripadanya dikerahkan untuk mengawal peperangan saudara yang sedang berlaku di Yaman Utara. Israel yang menyedari kedudukan tersebut, amat yakin bahawa tenteranya dapat melumpuhkan Mesir dengan mudahnya melakukan “serangan balas dari udara” dengan melakukan serangan pada 5 Jun 1967. Bagi mempertahankan negara, Mesir menggerakkan 950 buah kereta kebalnya ke Semenanjung Sinai.
Sebelum itu, Israel sudah menguasai sebahagian Tebing Barat apabila berjaya menyerang Jordan pada 13 November 1966. Ketika itu, Tebing Barat berada di bawah kekuasaan Jordan. Serangan Israel ke atas Tebing Barat dimulakan dengan menyerang Samua, yang terletak tidak jauh daripada Hebron.
Mosye Dayan
Memetik ucapan Mosye Dayan, Menteri Pertahanan Israel yang terkenal dengan imej “mata satu”, penulis buku Six Days: How the 1967 War Shaped the Middle East, Jeremy Bowen menjelaskan, serangan itu sebenarnya sudah mendapat restu lebih awal daripada Amerika Syarikat. Menteri Pertahanan Israel mengesahkan bahawa sebelum Perang 6 Hari, hasil tindak-tanduk dan provokasi Israel, berlaku pertempuran dengan Syria. Syria pada waktu itu berada dalam kedudukan politik yang tidak kuat di mana antara tahun 1950-1966, sejumlah sembilan kali rampasan kuasa terjadi.
Atas ketidaktentuan politik Syria itulah Israel mengambil kesempatan meletakkan agen perisikannya untuk melaga-lagakan rakyat agar “menjatuhkan kerajaan”. Tanggungjawab tersebut kemudiannya diberikan kepada Eli Cohen untuk mendapat maklumat rahsia. Hasilnya, pihak berkuasa Syria berjaya menahan dan akhirnya membunuh Eli Cohen.
Bagaimanapun, usaha tersebut tidak terhenti malah Israel terus melatih dan menempatkan agennya yang turut terdiri rakyat tempatan. Misalnya, pada 16 Ogos 1966, Israel berjaya mempengaruhi seorang juruterbang kebanggaan Iraq untuk mendaratkan jet pejuang MiG 21 buatan Rusia ke Tel Aviv setelah Munir Redha yang sedang membuat latihan udara diarahkan memasuki ruang udara Israel.
Kepintaran agen perisikan Israel, terutamanya Mossad memerangkap juruterbang terbaik dari pasukan tentera Iraq itu kerana pada masa tersebut Tel Aviv amat memerlukan pesawat yang dikatakan tercanggih buatan Rusia sebagai bahan kajian anggota tenteranya.
Dalam waktu yang sama, kebimbangan negara-negara Barat terhadap penyemarakan ideologi komunis menerusi label “hantu merah” sedang memuncak, maka dengan merampas pesawat terbaharu buatan Rusian itu mereka akan memahami aspek-aspek teknikalnya.
Ia kemudiannya membolehkan pihak tentera mengenalpasti usaha untuk melumpuhkan serangan udara daripada pihak yang menggunakan pesawat dari jenis tersebut. Dalam masa yang sama, oleh kerana tentera udara Mesir dan Syria memiliki banyak pesawat jenis itu, dengan memilikinya pesawat tersebut, tentera udara Israel boleh membuat pintasan apabila diketahui berlakunya serangan udara dengan jenis pesawat yang sama.
Berdasarkan pendedahan bekas anggota Mossad, Munir Redfa yang sudah pun beristeri pada mula dipengaruhi oleh seorang wanita cantik dalam beberapa pertemuan singkat sehinggalah membawa keduanya peluang menghabiskan cuti bersama di London. Hubungan sulit yang terjalin itu akhirnya berjaya melemahkan jatiditi Munir apabila ditawarkan perlindungan dan kemewahan jika berjaya menerbangkan pesawat tersebut di Tel Aviv.
Pasukan tentera Israel juga merupakan anggota yang berpengalaman dalam beberapa peperangan kerana sebahagian pegawainya pernah berkhidmat dalam pasukan Britain semasa Perang Dunia II manakala tentera Arab tidak mempunyai kelebihan tersebut. Meskipun pada tahun 1948 dan 1956, Israel melancarkan serangan ke atas jiran Arabnya, keupayaan tentera udara negara-negara Arab tidaklah begitu berpengalaman dan dengan mudah boleh diatasi oleh Israel.
Setelah berpecahnya Palestin kepada dua kumpulan utama ialah Fatah dan Hamas, Israel menjadi semakin mudah menakluki lebih banyak kawasan dan melakukan pelbagai tekanan dalam usaha menghapuskan etnik di atas “tanah yang dijanjikan” itu. Pada tahun 2006, dalam pilihan raya Palestin, HAMAS telah berjaya dan diberikan hak untuk memerintah Gaza manakala pihak berkuasa Palestin tetap dipegang oleh kumpulan Fatah yang pernah diasaskan oleh Yasser Arafat. Oleh kerana telah wujudnya perjanjian antara Israel-Palestin semasa Yasser Arafat dipaksa untuk menandatangani “gencatan senjata”, hanya Fatah sahaja parti politik yang sah dan boleh diterima oleh Israel. Kemenangan HAMAS telah menyebabkan Israel menyerang Gaza dan seterusnya mengepong dari pelbagai penjuru termasuk mendesak Mesir agar mengawal sempadan dengan Gaza, terutama di Rafah.
Perjanjian Damai Kem David, 1978

Mesir yang dipimpin oleh Anwar Sadat akhirnya bersetuju untuk menandatangani perjanjian Kem David yang diusahakan oleh Jimmy Carter, akhirnya terperangkap dengan arahan Amerika Syarikat yang bersetuju memberikan bantuan kewangan dan kemudahan pensenjataan kepada Mesir. Mesir kemudiannya tidak lagi memusuhi Israel sebaliknya terus menyokong sebarang usaha untuk menyiksa penduduk Palestin.
Atas sebab Israel tidak boleh mengiktiraf kemenangan HAMAS, pada akhir tahun 2006 serangan telah dilakukan sehingga menyebabkan lebih ramai penduduk Gaza mengalami kecederaan serius dan seterusnya kehidupan mereka menjadi semakin sukar. Secara membabi-buta askar Israel membunuh dan mengebom kawasan yang didiami oleh rakyat Gaza sepanjang peperangan selama 22 hari yang berakhir pada pertengahan Januari 2007. Gaza keseluruhannya terkepung dan membangkitkan kemarahan masyarakat antarabangsa yang lebih meluas.
Akibat kesukaran hidup dan mendapatkan ubat-ubatan, maka lebih ramai masyarakat antarabangsa memulakan gerakan menghulurkan bantuan kemanusiaan tetapi tetap dihalang oleh Israel. Manakala Amerika Syarikat terus memainkan peranannya untuk melumpuhkan lebih banyak negara-negara Islam yang mempunyai kekuatan minyak dan ketenteraan dengan melibatkan peperangan yang lebih besar.
Shah Iran
Apabila Perdana Menteri Iran, Mossadegh memiliki negara telaga minyak yang dipunyai oleh British Petroleum dan menyingkirkan rejim boneka keluarga Pahlavi pada tahun 1960-an, Amerika Syarikat menghantar agen perisikannya untuk menghasut rakyat agar bangkit menentang kerajaan. Apabila Mossadegh berjaya ditahan dalam “tahanan rumah”, Shah Pahlavi dikembalikan kuasanya. Keadaan ini menyebabkan rakyat Iran terus tertindas manakala kebangkitan politik terutama daripada kumpulan agama ditekan dan disiksa.
Pada tahun 1979, tercetus Revolusi Islam Iran sehingga menyebabkan Shah Iran terpaksa melarikan diri dan dalam masa yang sama, Amerika Syarikat merasakan pengaruhnya di Timur Tengah terancam. Berbekalkan data dan maklumat risikan Mossad, Amerika Syarikat menyusun semula strategi untuk menjatuhkan lebih banyak pemimpin Islam, termasuklah menuduh Iraq, yang ketika itu dilihat sebagai kuasa tentera darat yang paling kuat di bawah Saddam Hussein dilemparkan tuduhan terlibat dengan aksi keganasan di samping mempunyai “senjata pemusnah besar-besaran.”
Dengan menggunakan dasar “memerangi keganasan” pada tahun 2003, Amerika Syarikat menyerang Iraq dan akhirnya berjaya membunuh Saddam Hussein. Apabila kekuatan Iraq berjaya dilumpuhkan, Amerika Syarikat kini sekali lagi berbekalkan maklumat risikan Israel melemparkan tuduhan bahawa Iran sedang membangunkan persenjataan nuklear.

Peristiwa 9/11 - Angkara Osama?
Afghanistan yang baharu bebas daripada Rusia kemudiannya dijadikan sasaran sebagai kubu dan perekrutan kumpulan pengganas al-Qaeda yang dikatakan menyerang menara berkembar World Trade Center pada 11 September 2001 dan kemudiannya bangunan Pentagon. Bagaimanapun, kesahihan tuduhan mengenai penglibatan kumpulan al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden yang dikambinghitamkan terus dipertikaikan sehingga hari ini, tetap menjadi alasan kuat untuk menyusun semula geopolitik antarabangsa setelah jatuhnya ideologi komunisme pada tahun 1989.
Pada tahun 2009, Israel kembali melakukan provokasi dengan menghasut dari dalam di beberapa buah negara Islam ekoran bangkitnya kekecewaan rakyat terhadap pemerintahan yang begitu lama. Akibat meletusnya kebangkitan rakyat Tunisia yang marahkan pihak berkuasa tempatan setelah kematian Bouzizi, seorang anak muda yang membakar diri akibat dikecewakan dan diejek kerana gagal membayar denda setelah kereta sorong yang digunakan untuk berniaga sayur-sayuran dan buah-buah dirampas, negara-negara Islam terus terjangkit dengan revolusi berdarah.
Mesir menjadi negara Islam kedua yang melebarkan kebangkitan rakyat, tetapi pengaruh dan peranan Israel dalam mengasut rakyat belum jelas berbanding dengan apa yang berlaku di Libya sehingga menyebabkan terkorbannya Muammar Gadafi pada bulan Ogos 2011. Bagaimanapun, selepas kejatuhan pemimpin-pemimpin Mesir dan Tunisia, Amerika Syarikat yang rasa tertekan kerana kedua buah negara itu merupakan “tangan kanannya” dalam menjamin keselamatan Israel mula menukar bentuk.
Dalam pergolakan politik di Tunisia dan Mesir, Amerika Syarikat memberikan sokongan kepada kumpulan penentang dengan berjanji akan meneruskan bantuan sebagaimana dilakukan sebelumnya, manakala di Libya, Amerika Syarikat secara langsung membantu pihak pemberontak untuk membunuh Gadafi dengan mengambil keputusan mengetuai serangan udara sebaik sahaja Gadafi bertindak ke atas penunjuk perasaan.
Presiden Bashar al-Assad
Kini, Amerika Syarikat mula membuat percaturan untuk mendesak perletakan jawatan Bashar al-Assad yang berhadapan dengan kebangkitan rakyatnya yang turut dipengaruhi oleh agenda besar Zionis. Selain daripada Iran, Syria merupakan negara yang mula menunjukkan kemungkinan tidak akan tunduk kepada Israel, maka Amerika Syarikat terus memainkan peranannya untuk menyingkirkan Bassar al-Assad dengan memulakan tekanan ke atasnya.
Bashar al-Assad merupakan pemimpin yang tidak mahu tunduk kepada percaturan politik yang dirancang oleh Israel seperti juga yang ditentang oleh Iran menerusi pemimpinnya, Mahmud Ahmadenijad. Oleh kerana Barrack Obama takut peluang kemenangan untuk kali kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada bulan November 2012, serangan ke atas Syria dan Iran terpaksa ditangguhkan dan membiarkan Israel meneruskan percaturannya.
Syria merupakan sekutu Iran dan payung kepada pergerakan HAMAS dan Hizbullah. Kedua buah pertubuhan tersebut merupakan anti-Israel manakala Iran yang lantang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat, Israel terus menggunakan lobinya dengan melontarkan pelbagai dakwaan dan gertakan. Dalam usaha memujuk Israel agar tidak menyerang “Syria dan Iran” dalam tempoh sebelum pilihan raya presiden, Barrack Obama menghulurkan pelbagai bantuan termasuk senjata canggih dan kewangan untuk membina kekuatan, yang kemungkinannya akan membolehkan pengundi Islam memilihnya.
Percaturan di Timur Tengah ada
kaitannya dengan Israel dan
New World Order.
Nyatalah bahawa percaturan politik di negara-negara Islam mempunyai kaitan yang rapat dengan kepentingan Israel. Menerusi hubungan yang kuat berdasarkan semangat zionis, kelompok pelampau dan pelobi Yahudi terus membentuk provokasi untuk menjelaskan kepada dunia bahawa setiap serangan yang dilakukan oleh Tel Aviv sebagai tindakan mempertahankan diri akibat diserang oleh pelampau Islam.
Kini, Basar al-Assad dan Mahmud Ahmadinejad dilihat sebagai dua pemimpin yang paling lantang menentang Israel manakala Muammar Gadafi sudah berjaya dibunuh. Tujuan utama para pelobi Yahudi ini ialah untuk menguasi minyak yang terdapat di negara-negara Arab dan Afrika Utara, dengan menguasai kesemua telaga minyak itu, maka mudahlah Israel menyusus “world order” yang pernah mereka cadangan “perjuangan suci” sejak tertubuhnya negara Israel.
 
Pada tahun 2014, Amerika Syarikat dengan rasminya meletakkan sasarannya sebagai pengeluar minyak utama dunia berbanding pada masa kini dimonopoli oleh sebahagian besarnya negara-negara Arab. Kemungkinan yang berlaku ialah Amerika Syarikat menguasai telaga minyak Iraq manakala Arab Saudi sudah dikuasainya, dengan berjayanya menyerang Iraq selepas tahun 2012, dan Libya kembali tenang, pelobi-pelobi Yahudi akan menguasai pula pengeluaran minyak di Timur Tengah, maka lengkapkan agenda mereka.
Oleh sebab pergantungan dunia terhadap minyak semakin meningkat, Amerika Syarikat dijangka akan berjaya memperlahankan pertumbuhan ekonomi di China dan India. Kebangkitan negara-negara Amerika Selatan, yang sedang dilihat sebagai kawasan pertumbuhan baharu dapat juga diperlahankan dengan cara mengawal harga minyak. Apabila harga minyak melambung tinggi, maka negara-negara itu akhirnya terpaksa mengalah kerana terpaksa menampung kos pengeluaran barangan yang lebih besar. Inilah sebenarnya usaha Amerika Syarikat dan Israel, yang terus ingin menentukan “world order”.
Prof. Michel Chossudovsky, dari
Centre for Research on Globalization
Menurut Prof Michel Chossudovsky, Confronting Iran, Protecting Israel: The Real Reason for America’s War on Syria, (baca di sini) niat sebenar Amerika Syarikat dan Israel menceroboh Syria ialah mengukuhkan pengaruhnya di Timur Tengah. Maka dalam melaksanakan cita-cita tersebut, mereka akan terus mengeksploitasi situasi politik dan menghasut rakyat agar bangkit menentang yang dilihat tidak mendokong hasrat membentuk “new world order.”
Jika Syria dapat dikuasai dan Bashar al-Assad disingkirkan, maka cita-cita untuk melihat HAMAS, Hizbullah dan Iran tertekan sepenuhnya adalah teramat mudah. Atas situasi politik, media yang dikuasai Zionis akan terus melaporkan tindakan pemimpin Syria melakukan kekejaman ke atas pemberontak dengan menggunakan tentera manakala di Iran, Israel terus menghasut kelompok yang bermusuhan bangkit menentang presiden yang terus lantang mengkritik Israel dan Amerika Syarikat. Selagi ada pemimpin Islam yang berani, maka selagi itulah Israel tidak akan berdiam diri dan melancarkan provokasi, mereka mahu “new world order” itu berada dalam pengaruh Zionis Antarabangsa.
Susunan: Mahanor Saleha | Umatan Wasatan



RECENT POSTS

Top Popular Posts