27 April 2013

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

       P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.


Bapa P.Ramlee

Ibu P.Ramlee

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.


Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.


Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan. Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai.

 Video dari rakaman History Channel ini amat baik untuk ditonton dan kita hayati bersama sukarnya kehidupan seorang P Ramlee ketika masih hidup dan hanya diagungkan selepas dirinya tiada lagi di dunia ini.


P.Ramlee Suka Duka (History Channel) Full

Kisah rakan karibnya yang menangis bila mendengar lagu 'Di manakan Ku cari ganti' yang sedang digubah oleh P Ramlee juga membuat aku sebak. Apatah lagi apabila Aziz Sattar bercerita tentang anak-anak P Ramlee hanya makan nasi kosong dengan telur goreng kerana Tan Sri tidak mempunyai wang akibat dikhianat oleh bangsa sendiri.

Video History Channel Bongkar P Ramlee Dikhianat Bangsa Sendiri

Begitu juga kata-kata P.Ramlee yang berharap agar warisan bangsa terus menjaga muzik asli telah membuat aku rasa terbelakang dengan pendapatnya.
Aku amat malu bila wujud sikap hasad dengki daripada prodesur filem tempatan dan pelakon di Singapura yang merupakan bangsa sendiri semasa nama Tan Sri di kemuncak.

 Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.


Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.
 Gambar - gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah





 

solat jenazah P.Ramlee

  

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

 


RECENT POSTS

Top Popular Posts