14 August 2013


Desiran bayu membelai lembut,
Alunan sakinah menghembus halus,
Singgahan mimpi bertilamkan empuk.., 
Masih terhempas sedu-sedan,
Tika hati berbicara sendiri..


Bila legam lamanya rupa,
Bila malap nurnya cinta,
Bila belok jalannya dusta,
Kusutlah rupa!
Lesaplah cinta!
Bertamulah jalanan derita..

Percayakan kau bisa jaga rapi,
Salam tinggal dahulu untuk kini,
Biar ajar diri renung diri,
Usah hampiri putus hati,
Usah ranap berapi,
Kerna,
Kifarah itu untukmu syukuri..!

 

Percayakan,
Pada kasih Tuhan,
ALLAH yang tidak pernah menyingkirkanmu,
Memandangmu,
Mengujimu,
Menyentuh perasaanmu,
Penuh cinta yang maha!



Oh… Hati,
Cukuplah semusim gelisah,
Cukuplah dihiris parah,
Cukuplah!

Kerana…
RahmatNYA melangit luas,
NikmatNYA menggunung tinggi,
Bila…
Selangkah kau rapat padaNYA,
Seribu langkah DIA merapatimu!





No comments:

Post a Comment

RECENT POSTS

Top Popular Posts