17 May 2013



Artis : Nadamurni
Album: Bila Nur Melimpah Di Hati
Penyajak : Dinie Juri
----------------------------------------------------------------------

Bismillahhirahmannirrahim..

Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..
Alangkah indahnya hidup ini..
Hidup bersama Ilahi.. 
 Kehendak Allah difahami..
Pandai menerima darinya.. 

Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..
Bijak menggunakan nikmatnya..
Ia dianggap ibadah.
Semua diberi pahala..
Tarbiyah Allah berhikmah..

Alangkah indahnya hidup ini..
Sabar dengan ujian tanpa hisab akan diganjari..
Nikmat yang diberi memudahkan untuk berbakti..
Merasai pemberian Nya itulah tambah bersyukur..
Akan ditambah lagi nikmat yang diberi..

Alangkah indahnya, alangkah indahnya,
 Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..
 Terseksa bermujahadah kerana ingin menempuh jalan..
Untuk menuju Allah, panduannya Allah tunjukkan.. 


Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..
Korban harta fisabillah agar berdaulat kalimatullah..
Setiap kebajikan 700 digandakan..

 Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..

Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..
Tawakkal kepada Ilahi terutama mengenai rezeki..
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit ada jaminan pembelaan dari Nya..


 Alangkah indahnya, hidup bersama ilahi..
Bila takwa pakaian kita..
Urusan kita dimudahkan.. 
Kerana kita sudah menjadi ahlillah..
Begitulah indah,
begitulah indah, hidup bersama Tuhan..




RECENT POSTS

Top Popular Posts