Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah 
memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah 
memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah 
kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah 
dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”
Maka kuathirlah Izrail 
kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi:
 “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku 
jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit
 dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan 
Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin 
dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan 
berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah 
yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum 
dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan 
wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air 
hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu 
dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan 
Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, 
ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan 
enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
 Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu 
masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada 
Izrail.
Menurut riwayat ketika 
Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti 
warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah 
perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal
 warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk 
perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. 
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke 
dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke 
kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya 
dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya 
terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana 
pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan 
kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia
 telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara 
yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
Kemudian ketika roh 
sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian 
bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia 
yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT 
bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu 
sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan 
sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu 
meresap sampai ke
 seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. 
Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian 
cantik dan halus.
Begitulah proses 
kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai 
manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya 
cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu 
menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun 
lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah
 kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam 
dijadikan.
Wallahu a'lam
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)




 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment