5 July 2013

      
        Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kita telah digemparkan dengan berita Presiden Morsi digulingkan oleh tentera Mesir untuk rampasan kuasa. Namun adakah ini sebenar-benar kejatuhan Presiden Morsi? 

Presiden Baru?
Presiden baru‘ sementara mesir, Adli Mansour (beragama kristian) yang juga ketua hakim mahkamah tinggi perlembagaan menyampaikan ucapan sebentar tadi. Beliau akan m’angkat sumpah dihadapan anggota2 hakim yang lain dalam tempoh sementara.
Tapi adakah penyokong mursi akan m’iktiraf mereka sbg ‘presiden’? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi!
Adakah bakal berlaku mesir mempunyai 2 presiden? Seorang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera.
Semua media termasuk tv dan radio m’gelar Mursi sbg ‘bekas presiden’ sejurus selesai ucapan As-sisi.
Turki Iktiraf Mursi?
‘Rampasan kuasa ke atas presiden Mesir, Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat, Dr. Muhamad Mursi.’ – kenyataan perdana menteri Turki, recap Tayyip erdogab awal pagi tadi di Turki aetelah mengetahui Dr.Mursi dikecam hebat.
- See more at: http://fuh.my/krisis-mesir-penggulingan-mursi/#sthash.AfTSlHf3.dpuf

Dr. Morsi sedang diserang dari setiap penjuru oleh perancangan jahat yang begitu teliti menampakkan perancangan keatas konspirasi ini bukan sebarangan! Sehinggakan Presiden US sendiri terlibat secara langsung dalam konspirasi ini dengan menghubungi Dr. Morsi untuk memberi tekanan supaya melepaskan jawatan sah beliau sebagai Presiden rakyat Mesir.

Benarlah, perancangan musuh-musuh Allah itu amat teliti sehingga Allah memberi peringatan dalam Al-Quran:

"Dan sesungguhnya mereka telah membuat pakatan jahat yang besar padahal di sisi Allah-lah (balasan) pakatan jahat mereka itu. Dan sesungguhnya pakatan jahat mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap karenanya."
(Surah Ibrahim, Ayat 46)

Agak mengejutkan apabila Al Jazeera English juga terlibat dalam konspirasi jijik ini yang menyebarkan berita kononnya tekanan yang diterima Dr. Morsi semakin dahsyat! Padahal Media Ikhwanul Muslimin menyatakan sebaliknya. 



Morsi ditahan bersama pembantu kanan lain selepas meminta penyokong supaya mempertahankan perlantikannya melalui ucapan yang direkod beberapa jam selepas angkatan tentera mengumumkan penggulingannya.



"Kami terpaksa menghadapi retorik yang mengancam ini pada satu ketika," kata pegawai itu.

"Dia berjaya mewujudkan permusuhan di kalangan orang Mesir."

Beratus ribu rakyat Mesir di Tahir Square, Kaherah meraikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi oleh angkatan tentera selepas pengumuman Menteri Pertahanan Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Sekurangnya 50 orang terbunuh akibat tunjuk perasaan besar-besaran menentang Morsi sebelum ini. 

Ini mendorong angkatan tentera mengisytiharkan ultimatum 48 jam kepada presiden untuk mencari jalan penyelesaian dengan penunjuk perasaan.

Seorang ahli tertinggi Muslim Brotherhood memberitahu AFP bahawa Morsi dan pembantu kanan lain ditahan di sebuah kem tentera.

"Morsi dan kesemua pasukan presiden ditahan dalam rumah di Presidential Republican Guards Club," kata Gehad El-Haddad, anak kepada Essam El-Haddad yang dianggap orang kanan Morsi.

Ayahnya juga ditahan bersama Morsi, tambah Gehad.

Bagaimanapun, pegawai tentera tidak mengesahkan lokasi penahanan Morsi. - AFP

Presiden Baru?

Presiden baru‘ sementara mesir, Adli Mansour (beragama kristian) yang juga ketua hakim mahkamah tinggi perlembagaan menyampaikan ucapan sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah dihadapan anggota-anggota hakim yang lain dalam tempoh sementara.


Tapi adakah penyokong morsi akan mengiktiraf mereka sebagai ‘presiden’? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Morsi!

Adakah bakal berlaku mesir mempunyai 2 presiden? Seorang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera.

Semua media termasuk Tv dan Radio mengelar Morsi sebagai ‘bekas presiden’ sejurus selesai ucapan As-sisi. Siaran Al-Jazeera Misr sudah berubah wajah.. Semalam saluran Tv ini menyiarkan gambaran seluruh Mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kepadatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden Morsi. Penentang Morsi hanya kelihatan di Dataran Tahrir dan Istana Ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang.

Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera Misr juga sudah tidak berani mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Mursi sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. 


Kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong morsi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti beberapa stensen Tv lain.


Stesen Misr25 telah di tutup oleh tentera mesir. dan beberapa stesen lain. Stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin "Misr25" Salafi, "Rahmah" dan "An-Nas" ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen Tv ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik Morsi.


Berita dari Ikhwan, menyebut, Timbalan Menteri KDN Mesir, merangkap Ketua Polis Kaherah, telah ke Dataran Tahrir dan Istana Ittihadiyah bersama gerombolan polis, untuk memberi air mineral dan jus kepada puak tamarrud/golongan mubarak. Sedangkan di himpunan masjid rabaah (penyokong morsi) dikepung tentera, dan amaran tembakan ke udara diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden Morsi.

Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi (tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik Presiden Mesir iaitu Mohamed Mursi, menggantikan Tontowi yang dipecat (kemudian diangkat menjadi penasihat presiden).

Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Ini bermakna, Morsi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada Ketua Hakim. Umum diketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh puak mubarak. Sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. Mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya.

Perancangan ini disusun oleh Amerika Syarikat dan Barat, serta beberapa negara Arab, untuk memastikan Rejim Mubarak/Sekutu Bashar kembali berkuasa.

Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh Menteri Pertahanan/Ketua Tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan pasti terbatal, maka perlembagaan Mubarak kembali berkuasa, Presiden Rakyat tidak diiktiraf maka Presiden Rejim Mubarak/Sekutu Bashar diangkat semula dan kuku besi wajib rakyat terima, dekri rakyat dibatalkan dan dekri jenama Mubarak akan bertahta semula.. Semuanya ini jalan hendak untuk mematikan pergerakan islam, dan mengangkat semula pentadbiran menjahanamkan islam. Betapa berjayanya kerja-kerja Amerika dan Barat serta pihak Yahudi untuk menjahanamkan pendokong islam.

Dr. Morsi, Presiden Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang diumumkan melalui Perintah Ketua Angkatan Tentera adalah suatu yang tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan kuasa tentera yang ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi yang berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik.

Presiden Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan juga Komander Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan rakyat awam supaya mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak rampasan kuasa yang membawa Mesir kembali kepada kemunduran dan mengekalkan keamanan dan mengelakkan pertumpahan darah.

Dan bagi semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan sejarah.

Sementara Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara: 

1. Peletakan jawatan atas kehendak sendiri. 
2. Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden. 
3. Pengkhianatan terbesar.

Pada malam itu (waktu Mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan sekular extrem sekutu Bashar di Mesir. taktik ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fatah
As-Sisi dan pakatannya.

Sumber Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.   

Antara mereka ialah Dr.Mohammed Morsi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr. Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)

Turki Iktiraf Mursi?
‘Rampasan kuasa ke atas presiden Mesir, Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat, Dr. Muhamad Morsi.’ – kenyataan perdana menteri Turki, Recap Tayyip erdogan awal pagi tadi di Turki setelah mengetahui Dr. Morsi dikecam hebat.

Mesir Pasti Dipegang Oleh Islam Kembali?


PRU Turki tahun 1997, parti Refah yang dipimpin Erdogan menang , tapi tidak kekal lama jatuh ‘digulingkan tentera’.

4tahun selepas itu Parti AKP yang dipimpin Erdogan bangkit menggantikan Refah menang dalam pilihanraya hingga kini.

Episod getir pergulingan Mursi & Ikhwan di Mesir pula berlaku hari ini dengan skrip yang sama. Mursi jatuh kerana pertahankan Islam dan perlembagaannya..

A Wake Up Call?
Mereka menyangka dengan menggulingkan mursi, dapatlah kuasa untuk menjatuhkan islam? Silaplah mereka itu..

Perkara ini hanyalah akan melahirkan lebih ramai ‘MORSI’ yang tanpa mereka sedari.. 

Bukti Israel Dalang Mengulingkan Dr. Morsi 

Mesir dan Gaza...

Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama ( satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir. Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowong bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Mengapa Israel?

Tzipi Livni

Pada 4 November 2012 iaitu kira-kira 10 hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza, dilaporkan berlangsung pertemuan antara Amru Musa dengan bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni.

Dalam pertemuan tersebut, Livni telah meminta secara langsung kepada Musa bagi 'menimbulkan kekeliruan' kepada kerajaan Morsi.

 

Musa kemudian kembali ke Mesir dan beberapa hari kemudian mencipta "krisis" dengan menyerang Panel Penggubal Perlembagaan yang dia menjadi salah seorang anggota panel.

"Krisis ciptaan" tersebut menyaksikan Musa mengetuai 12 orang anggota panel yang lain menarik diri beramai-ramai atas harapan panel tersebut menemui kegagalan dan rakyat akan bersama-samanya meminta panel tersebut dibubar.

Amru Musa, seperti Hamdin Sobahi juga yang menyertai pertandingan Presiden Mesir menentang Mursi mengharapkan dia akan dinobat berada di kerusi nombor satu negara tetapi tewas.

 

Mengapa dengan Gaza?

Gaza ditadbir oleh sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Ya, sekutu kuat serta sayap kanan yang berkuasa besar dalam perang gerila. Hamas adalah sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Dengan menutup Rafah, Gaza akan kembali terkepung. Tiada sumber makanan, perubatan dan yang paling penting tiada sumber senjata yang diseludup masuk.

Tanpa semua itu diharapkan Hamas akan kembali lemah dan penduduk Gaza akan menyerah dengan mudah kepada Israel. Segalanya satu konspirasi untuk memudahkan kerja Israel meluaskan pencerobohan ke atas tanah Palestin.

Apa berlaku di Turki?

Tidak lain tidak bukan kerja konspirasi yang sama. Ikhwan Muslimin akan dirobohkan di mana sahaja mereka berkuasa. Tanpa Erdogan, Syria akan musnah dengan mudah kerana kebanyakan senjata dan perubatan disalur dari dunia luar kepada Mujahiddin melalui Turki. Dan Erdogan mengizinkannya.


Pandang Cermin Sendiri

Jika dilihat di Mesir sendiri, yang menjadi Anti-Morsi, masih ada lagi terdirinya orang Islam mengangotainya..

Tidak perlu lihat lebih jauh, kita lihat di malaysia sahaja. Media seperti Tv ? sendiri mengatakan bahawa Mursi itu diktator??!! Siapa yang meanggotai penyiaran itu? Rata-ratanya adalah muslim juga..

Ini ternyata membuka mata pejuang pejuang dakwah bahwa kita Muslim masih belum lagi bersatu dalam keinginan menegakkan Khaliah Islam!

Jangan terlebih dahulu letak telunjuk pada dakwah orang lain kurang , cermin kembali diri kita. Apa yang kita dah buat? Usahakan? Adakah masih cukup? Atau kita terlebih lena dari jaga?
Bangunlah pejuang pejuang sekalian!

Laksanakan tanggungjawab dakwah anda untuk diri sendiri,! Keluarga kita! Masyarakat kita! Islam kita!

Jangan bersedih lagi dan bangun laksanakan apa yang patut!!! 

Semoga Allah melindungi kerajaan Islam Mesir dibawah Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Sungguh, perjuangan itu menjanjikan seribu satu ujian dari Allah. Tetapi pertolongan Allah itu sangat dekat utk hamba-Nya yang beriman. Allahuakbar!

"....sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."
(Al-Baqarah, Ayat 214)



Diharapkan Morsi dan barisannya dapat bertahan dan diberi kekuatan oleh Allah untuk mencabar serta bertarung menjahanamkan kerja jahat penentang Islam dari jutaan tentera serta pengkhiyanat Islam dari golongan Tamarrud, Baradae, Ahman Syafiq, Hamen Sobahi, Amr Musa dari golongan Sekutu Bashar, Amerika, Barat Dan Israel..






Mesir Pasti Dipegang Oleh Islam Kembali?
Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-Jazeera Misr sudah berubah wajah.. Semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh Mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden Mursi. Penentang Mursi hanya kelihatan di Dataran Tahrir dan Istana Ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang. Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera Misr juga sudah tidak berani mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Mursi sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong mursi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti beberapa stensen TV lain. Stesen Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa stesen lain. stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin "Misr25" Salafi, "Rahmah" dan "An-Nas" ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik mursi/pengkhiyanat). - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/07/siapa-dalang-di-sebalik-penggulingan-mursi.html#sthash.iNHB5O9f.dpuf

No comments:

Post a Comment

RECENT POSTS

Top Popular Posts