Sejarah perjuangan dan kegemilangan umat Islam dalam pentas peradaban 
dunia berlangsung sangat lama iaitu sekitar 13 abad, yang bermula sejak 
zaman kepemimpinan Rasulullah SAW di Madinah (622-632M), sehinggalah 
tumbangnya Kekhilafahan Turki Uthmani pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac
 1924).
Kejayaan Muhammad SAW dalam membangun peradaban Islam yang tiada taranya
 dalam sejarah dicapai dalam jangka waktu 23 tahun di mana 13 tahun 
darinya merupakan langkah persiapan ketika zaman Makkah (Makkiyyah) dan 
10 tahun terakhir ketika di zaman Madinah (Madaniyah). 23 tahun ini 
merupakan rentang waktu yang kurang dari satu generasi, dimana 
bagindaSAW telah berhasil memegang kekuasaan atas bangsa-bangsa yang 
jauh lebih tua peradabannya saat itu khususnya Rom dan Parsi. Hal ini 
sudah tidak dapat diperdebatkan lagi baik di kalangan kaum Muslimin 
mahupun non-Muslim.
Begitu juga kejayaan Islam di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin yang sudah 
terpateri kukuh dalam lipatan emas sejarah keagungan Islam sehingga ke 
hari ini. Di abad Rasulullah SAW dan Khulafa’ ar-Rasyidin inilah agama 
Allah telah diterapkan dengan sempurna dalam kehidupan bermasyarakat dan
 bernegara, yang membenarkan
Firman Allah,
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Akur edhai Islam itu sebagai agama kamu” [TMQ al-Ma’idah (5):3].
Generasi di masa itu merupakan generasi terbaik sebagaimana dikehendaki oleh Allah SWT,
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ 
وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ 
أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ 
وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠﴾
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munka, dan beriman kepada Allah” [TMQ Ali Imran (3):110].
Kegemilangan Islam ini diteruskan lagi di era kekhilafahan selepas 
Khulafa’ ar-Rasyidin dan hal ini turut terbungkus indah dalam sejarah 
Islam. Namun malangnya, banyak dari bungkusan emas sejarah Islam ini 
telah dicemari oleh tangan-tangan kotor dari Barat yang hasad dan dengki
 melihat keagungan kandungannya. Mereka berusaha merubah dan mencemari 
kandungannya dengan lumpur dan najis dan setelah itu bungkusan inilalu 
dipersembahkan oleh Barat kepada umat Islam.
Sebahagian umat Islam menerimanya dengan pasrah, tanpa dapat lagi melihat kilauankeindahannya dan tanpa mahu membersihkan kekotorannya. Maka, terpalitlah umat Islam dengan kekotoran yang sama. Sautun Nahdhah kali ini Insya Allahcuba membersihkan sedikit debu yang meliputi bungkusan emas ini agar ternampak sedikit sinar keindahannya oleh mereka yang mempunyai penglihatan.
Sebahagian umat Islam menerimanya dengan pasrah, tanpa dapat lagi melihat kilauankeindahannya dan tanpa mahu membersihkan kekotorannya. Maka, terpalitlah umat Islam dengan kekotoran yang sama. Sautun Nahdhah kali ini Insya Allahcuba membersihkan sedikit debu yang meliputi bungkusan emas ini agar ternampak sedikit sinar keindahannya oleh mereka yang mempunyai penglihatan.
Zaman Khilafah Umayyah (661-750M)
Zaman kekhilafahan Umayyah berlangsung selama lebih kurang 90 tahun. 
Beberapa orang Khalifah terkenal Bani Umayyah antaranya adalah Muawiyah 
bin Abi Sufyan (661-680M), Abdul Malik bin Marwan (685-705M), Al-Walid 
bin Abdul Malik (705-715M), Umar bin Abdul Aziz (717-720M) dan Hasyim 
bin Abdul Malik (724-743M). Awal Daulah Umayyah lebih difokuskan kepada 
peluasan wilayah kekuasaan. Pengembangan wilayah yang terhenti sejenak 
pada masa Khalifah Utsman dan Ali dilanjutkan kembali oleh Daulah 
Umayyah.
Pada zaman Muawiyah, Tunisia ditakluki. Di sebelah Timur, Muawiyah 
berjaya menguasai daerah Khurasan sehinggalah ke sungai Oxus dan 
Afghanistan sampai ke Kabul. Angkatan lautnya melakukan serangan ke 
ibukota Bizantium, Konstantinopel. Pengembangan wilayah ke Timur yang 
dilakukan Muawiyah kemudian diteruskan oleh Khalifah Abdul Malik. Sang 
Khalifah mengirim tentera menyeberangi sungai Oxus dan berhasil 
menundukkan Bukhara, Khawarizm, Ferghana dan Samarkand. Tenteranya malah
 sampai ke India dan dapat menguasai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab
 sampai ke Maltan.
Tentera Sepanyol dapat dikalahkan. 
Dengan demikian, wilayah Sepanyol menjadi sasaran futuhat selanjutnya. 
Ibukota Sepanyol, Cordova, dengan cepatnya dapat dikuasai. Menyusul 
setelah itu kota-kota lain seperti Seville, Elvira dan Toledo yang 
akhirnya dijadikan ibukota Sepanyol yang baru setelah jatuhnya Cordova. 
Pasukan Islam memperoleh kemenangan dengan mudah kerana mendapat 
dukungan dari rakyat tempatan yang sejak lama menderita akibat kekejaman
 penguasanya.
Pada zaman Umar bin Abdul Aziz, serangan dilakukan ke Perancis melalui 
pegunungan Pyranees. Serangan ini dipimpin oleh Aburrahman bin Abdullah 
Al-Ghafiqi yang menyerang Bordeaux dan Poitiers. Dari sana beliau cuba 
menyerang Tours. Namun, dalam peperangan yang terjadi di luar kota 
Tours, Al-Ghafiqi terbunuh dan tenteranya mundur kembali ke Sepanyol. 
Disamping daerah-daerah tersebut, pulau-pulau yang terdapat di Laut 
Mediterranean juga jatuh ke tangan Islam pada zaman Bani Umayyah.
Dengan keberhasilan futuhat ke beberapa wilayah, baik di Timur mahupun 
Barat, wilayah kekuasaan Islam di zaman Bani Umayyah ini semakin meluas.
 Wilayah-wilayahnya meliputi Sepanyol, Afrika Utara, Syria, Palestin, 
Jazirah Arab, Irak, sebahagian Asia Kecil, Parsi dan Afghanistan, 
termasuk wilayah yang sekarang dikenali sebagai Pakistan, Uzbekserta 
Kyrgyz di Asia Tengah.Disamping futuhat, Bani Umayyah juga banyak 
berjasa dalam pengembangan bahasa Arab sehingga menjadi bahasa pengantar
 dunia (lingua franca), sekaligus menjadi bahasa diplomatik antarabangsa
 diantara Barat dan Timur bahkan berkembang menjadi bahasa 
pertuturansehinggalah ke zaman renaissance. Kemajuan tradisi intelektual
 dan ilmu pengetahuan pada zaman Daulah Umayyah di Andalusia dirasakan 
oleh masyarakat Eropah.
Dalam bidang ekonomi, Islam telah menguasai dunia perdagangan sejak 
permulaan Daulah Umayyah (661-750M) lagi dimana pesisiran lautan Hindi 
sampai ke Lembah Sind, terjalin kesatuan wilayah yang luas dari Timur ke
 Barat yang membentuk laluan dagang yang lancar di dataran antara China 
dengan dunia Barat yang dikenali sebagai Jalan Sutera (silk road) yang 
terkenal. Kemudian, terbuka pula jalur perdagangan melalui Teluk Parsi 
dan Teluk Eden yang menghubungkannya dengan kota-kota dagang di 
sepanjang pesisir Benua Eropah. Ini menyebabkan keperluan Eropah pada 
saat itu amat tergantung kepada kegiatan dagang di dalam wilayah Islam.
Zaman Khilafah Abbasiyah (750-1258M)
Zaman kekhilafahan Abbasiyah berlangsung selama 508 tahun, suatu rentang
 waktu yang cukup lama dalam sesebuah peradaban. Tidak seperti pada 
zaman Umayyah, zaman awal Daulah Abbasiyah lebih difokuskan kepada 
pembinaan peradaban dan kebudayaan Islam berbanding peluasan wilayah. 
Fakta sejarah mencatat bahawazamanDaulah Abbasiyah merupakan 
zamanpencapaian cemerlang dunia Islam dalam bidang sains, teknologi dan 
pelbagai jenis keilmuan. Pada saat itu, dua pertiga bahagian dunia 
dikuasai oleh Kekhilafahan Islam. Zaman sepuluh Khalifah pertama dari 
Daulah Abbasiyah merupakan masa keemasan peradaban Islam dimana Baghdad 
mengalami kemajuan ilmu pengetahuan yang sangat pesat. Secara politik, 
para Khalifah benar-benar merupakan tokoh yang kuat dan Khilafah menjadi
 pusat kekuasaan politik dan agama sekaligus. 
Di sisi lain, kemakmuran masyarakat mencapai tingkat tertinggi. Puncak 
pencapaian kemajuan peradaban Islam terjadi pada masa pemerintahan Harun
 Al-Rasyid (786-809M) di mana banyak pusat pengajian dan perpustakaan 
yang besar didirikan. Harun Al-Rasyid juga menggunakan kekayaan yang 
banyak untuk dimanfaatkan bagi keperluan sosial. Hospital, lembaga 
pendidikan dan perubatan serta farmasi didirikan. Pada masa itu terdapat
 paling tidak sekitar 800 orang doktor. Pada masa inilah Negara Islam 
(Khilafah) menempatkan dirinya sebagai negara terkuat yang tak dapat 
ditandingi, jauh meninggalkan negara-negara yang masih tenggelam dalam 
kegelapan selama berabad-abad. Pada saat itu terjadiletusan kemajuan di 
berbagai bidang keilmuan yang telah melahirkan berbagai karya ilmiah 
yang luar biasa.
| Empayar Kerajaan Bani Abbasiyah | 
Pada masa pemerintahan Abbasiyah inilah lahirnya para imam mazhab fiqh 
yang empat iaitu Imam Abu Hanifah (700-767M), Imam Malik (713-795M), 
Imam Syafi’i (767-820M) dan Imam Ahmad bin Hanbal (780-855M), para imam 
mazhab yang hebat dan terukir indah namanya hingga ke hari ini dengan 
sumbangan yang luarbiasa di dalam fiqh Islam.Prestasi yang gemilang 
sebagai implikasi dari ketamadunan Daulah Abbasiyah juga jelas terlihat 
dengan lahirnya para ilmuwan Muslim yang masyhur dan berkaliber di 
peringkat antarabangsa seperti Al-Biruni (fizik dan perubatan), Jabir 
bin Hayyan dalam ilmu kimia, Al-Khawarizmi dalam ilmu matematik, 
Al-Farazi, Al-Fargani, Al-Bitruji (astronomi), Abu Ali Al-Hasan bin 
Haythami dalam bidang kejuruteraan dan optik, Ibnu Sina (Avicenna) yang 
dikenali sebagai BapaIlmu Kedokteran Moden, Ibnu Khaldun (sejarahdan 
sosiologi), Al-Razi (guru Ibnu Sina)dalam bidang kimia dan perubatan 
yang telah menghasilkan 224 judul buku, Al-Battani (Al-Batenius), 
seorang ahli astronomi, Al Ya’qubi, seorang ahli geografi, sejarawan dan
 pengembara, Al-Buzjani (Abul Wafa) yang mengembangkan beberapa teori 
penting di bidang matematik (geometri dan trigonometri) dan ramai lagi 
dengan karya-karya mereka yang hebat. Selain itu, pada masa ini, Islam 
telah memberikan sumbangan besar kepada dunia dalam bentuk tiga alat 
penting iaitu kertas, kompas dan bahan letupan (gunpowder).
Pendek kata, bermula dari dunia Islamlah ilmu pengetahuan mengalami 
cetusan (penyebaran dan penularan) dan pengembangan ke dunia Barat yang 
sebelumnya diliputi oleh zaman gelap (dark ages) sehingga mendorong 
munculnya zaman renaissance dan enlightenment (pencerahan) di Eropah 
selepas itu.Menurut George Barton, ketika dunia Barat sudah mula 
matangdan merasakan perlunya ilmu pengetahuan yang lebih mendalam, 
perhatiannya yang utamatidak lagi ditujukan kepada sumber-sumber Yunani,
 tetapi kepada sumber-sumber Arab (Islam).Sebelum Islam datang, menurut 
Gustav Le Bon, Eropah berada dalam keadaan kegelapan, tidak satupun 
bidang ilmu yang maju bahkan mereka lebih percaya kepada perkara yang 
karut-marut (tahyul). Sebuah kisah menarik pernah terjadi pada zaman 
Daulah Abbasiyah pada waktu kepemimpinan Harun Al-Rasyid, tatkala beliau
 mengirimkan jam sebagai hadiah kepada Charlemagne seorang penguasa di 
Eropah. Penunjuk waktu yang setiap detiknya berbunyi telah dianggap oleh
 pihak gereja sebagai mengandungi jin, sehingga mereka merasa takut 
dengannya.
Kemunduran Eropah pada zaman pertengahan (abad 9M) bukanlah hanya pada 
aspek intelektual, bahkan jugadalam aspek fizikal. Hal ini sebagaimana 
digambarkan oleh William Draper, “Pada zaman itu, ibukota pemerintahan 
Islam di Cordova merupakan kota paling bertamadun di Eropah. Terdapat 
113,000 buah rumah, 21 kota pertahanan, 70 perpustakaan serta 
masjid-masjid dan istana yang banyak. Cordova menjadi masyhur di seluruh
 dunia, dimana jalannya berturap dan diterangi dengan lampu-lampu 
sementara keadaan di London 7 abad sesudah itu (yakni abad 15M), satu 
lampu umumpun tidak ada. Di Paris berabad-abad sesudah zaman Cordova, 
orang yang melangkahi ambang pintunya pada saat hujan, melangkah sampai 
mata kakinya terbenam ke dalam lumpur”.
Pada pertengahan abad ke-9M, peradaban Islam telah meliputi seluruh 
Sepanyol. Islam masuk ke Sepanyol setelah Abdurrahman ad-Dakhil (756M) 
berhasil membangunkan pemerintahan yang berpusat di Andalusia.Melalui 
Sepanyol, Sicily dan Perancis Selatan yang berada di bawah pemerintahan 
Islam, peradaban Islam memasuki Eropah. Bahasa Arab menjadi bahasa 
antarabangsa yang digunakan oleh pelbagai bangsa di dunia. Baghdad di 
Timur dan Cordova di Barat menjadi dua kota raksasa Islam yang menerangi
 dunia dengan cahaya yang bergemerlapan.
Semaraknya pengembangan teknologi dan ilmu pengetahuan di dunia Islam 
dimanifestasikan dengan banyaknya perpustakaan yang terdapat di 
kota-kota di wilayah Islam yang jumlahnya amat mengagumkan. Sejarah 
mencatat bahawa perpustakaan di Cordova pada abad ke 10mempunyai lebih 
600,000 jilid buku. Perpustakaan Darul Hikmah di Kaherah mempunyai 
2,000,000 jilid buku. Perpustakaan Al-Hakim di Andalusia pulamemiliki 
pelbagai buku dalam 40 bilik di mana setiap bilik tersebutterdapat 
18,000 jilid buku.
Di perpustakaan Abudal Daulah di Shiraz (Iran Selatan) pula, 
buku-bukunya memenuhi 360 buah bilik. Sementara ratusan tahun sesudahnya
 (abad 15M), menurut catatan Ensiklopedia Katolik, perpustakaan Gereja 
Canterbury yang merupakan perpustakaan dunia Barat yang paling kaya saat
 itu, jumlah bukunya tidak melebihi 1,800 jilid sahaja. Dari pusat-pusat
 peradaban Islam yang meliputi Baghdad, Damsyik, Cordova, Sevilla, 
Granada dan Istanbul inilah, sumbangan besar terhadap pertumbuhan dan 
perkembangan peradaban moden di dunia Barat diasaskan.
Zaman Khilafah Utsmaniyyah Dan Runtuhnya Khilafah
Pasca berakhirnya kekuasaan Daulah Abbasiyah, kepemimpinan Islam 
diteruskan dengan KhilafahDaulah Uthmaniyah. Daulah Uthmaniyah yang 
selama lebih dari enam abad kekuasaannya (1299-1924M),telah dipimpin 
oleh 36 orang sultan, sebelum akhirnya runtuh dan terpecah menjadi 
beberapa negara kecil. Pada zamanKhilafah Uthmaniyyah, sejarawan sepakat
 bahawa zaman Khalifah Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566M) merupakan zaman 
kejayaan dan kebesaran yang pada masanya Negara Khilafah terlalu jauh 
meninggalkan negara-negara Eropahbaik di bidang teknologi, militer, 
sains, politik dan sebagainya.Kesultanan ini menjadi pusat interaksi 
antara Barat dan Timur selama lebih kurang enam abad kewujudannya. Pada 
puncak kekuasaannya, Khilafah Uthmaniyyah terbahagi kepada 29 wilayah 
dengan Konstantinopel (sekarang Istanbul) sebagai ibukotanya. Pada abad 
ke-16 dan ke-17, Khilafah Uthmaniyyah menjadi salah satu kekuatan utama 
dunia dengan armada lautnya yang terbesar dan terkuat. Pendek kata, 
kekuasaan dan kekuatan Khilafah Uthmaniyyah cukup digeruni dan dihormati
 kawan dan lawan.
Namun sayangnya, kekuatan Khilafah terkikis secara perlahan-lahan pada 
abad ke-19, sehingga mengalami kemunduran dan seterusnya runtuh pada 
abad ke-20. Musuh-musuh Islam telah mengambil waktu selama lebih dari 
satu abad untuk melepaskan ikatan ideologi Islam dari tubuh umat Islam 
dan Negara Islam, yang pada akhirnya, pada tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac
 1924M), kuffar Barat, melalui Mustafa Kamal Attaturk laknatullah, yang 
merupakan ejen British,telah berjaya meruntuhkan Daulah Khilafah dan 
menggantikannya dengan Republik Turki sekular. Sejak itu, berakhirlah 
sebuah pemerintahan Islam dan sebuah institusi politik yang selama ini 
menjaga Islam dan umatnya dan sejak itu jugalah, bermulanya penderitaan 
umat Islam di bawah penguasa sekular dan sistem pemerintahan kufuryang 
diterapkan ke atas mereka.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Jika kita mengamati sejarah, sesungguhnya faktor 
utama kekalahan dan melemahnya umat Islam bukanlah terletak pada 
kekuatan musuh-musuh Islam, tetapi lebih disebabkan oleh kelemahan umat 
Islam itu sendiri kerana telah meninggalkan ajaran Islam. Setelah 
pemikiran Islam ditinggalkan dan digantikan dengan pemikiran kufur 
Barat, ia bukan sekadar menjatuhkan umat Islam dari kedudukannya yang 
tinggi, malah telah turut meruntuhkan sebuah Daulah Islam yang telah 
dibina dengan kukuh sejak sekian lama. Akal yang jernih menjelaskan 
kepada kita bahawasegala kemenangan, kemajuan dan kemuliaan yang 
dikecapi oleh umat Islam selama lebih dari 13 abad, adalah kerana umat 
Islam berada dan bersatu di bawah naungan pemerintahan Islam(Khilafah). 
Walaupun ada segelintir dari Khalifah yang tergelincir dari jalan yang 
lurus, namun mereka tetap menerapkan Islam di dalam pemerintahan dan 
tidak menggantikannya dengan sistem dan undang-undang kufur, tidak 
sebagaimana pemerintah Muslim yang paling ‘baik’ pada hari ini, yang 
memerintah dengan sistem dan undang-undang kufur. Justeru, tidak ada 
cara lain untuk mengembalikan semula keagungan sejarah Islam, kecuali 
dengan berusaha mengembalikan semula Negara Islam (Khilafah) yang telah 
runtuh ini.Inilah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh 
dunia dan Insya Allah dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari setiap 
Mukmin yang ikhlas, Khilafah akan tegak kembali dengan izin Allah dalam 
masa yang terdekat ini.Amin ya Rabbal Alamin.

