 Salahuddin al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di 
Kota Tikrit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di 
antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor yang bernama 
Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin 
Zinki, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain 
sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh 
pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada 
duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya 
berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad 
melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya 
kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera. Di medan perang,
 beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau 
bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk 
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. 
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang 
berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan 
Nuruddin di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan 
pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman 
perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan 
Mesir, Palestin dan Syria. Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 
Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Assaduddin Shirkuh yang
 dihantar oleh Nuruddin bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau 
berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah 
(Januari 1169 Masihi). Selepas Assaduddin Shirkuh meninggal dunia, 
tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nuruddin 
melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
| Peperangan Hittin dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis. | 
 Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam 
diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak 
dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita 
Salahuddin itu termakbul. Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 
Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai
 Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa 
al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di 
Kaherah.

Kaherah.Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan 
tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, 
dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
| Lane-Poole | 
 Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat 
jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian 
pun mengakui mengenai hal itu. Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, 
kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau 
menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang 
Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga 
peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga 
tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya. Setiap orang lelaki 
Kristian hendaklah menebuskan dirinya dengan 3 wang dinar, manakala kaum
 perempuan 2 dinar dan kanak-kanak 1 dinar. Bagi yang tidak 
berkemampuan, beliau sendiri akan membiayainya. Salahuddin menghantarkan
 pasukan tentera bagi mengiringi orang-orang Kristian sehingga ke 
Pelabuhan Beirut.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera 
Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat 
dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di 
jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak 
bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung
 dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada 
pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai, tanpa mengira orang biasa, 
para ulama’, huffaz dan sebagainya. Ia juga mencemarkan kesucian gereja 
yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat 
bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Sesetengah ahli sejarah mengisahkan beliau hanya meninggalkan wang sedinar, seekor kuda, sebilah pedang dan sebuah khemah dan meninggalnya dalam keadaan tidak wajib untuk mengeluarkan zakat kerana sedekahnya dan infaqnya menghabisi hartanya. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.
Inilah kisah seorang penakluk agung, penakluk yang mencontohi sikap dan 
sifat penakluk yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW ketika Fathul Makkah. 
Bacalah sirah baginda dan kitab-kitab sejarah umat Islam untuk mencari 
kebenaran kisah tersebut.
Meskipun pernah dikeluarkan filem Kingdom of Heaven yang berdasarkan kisah tersebut, Barat dalam masa yang sama menggambarkan Salahuddin sebagai seorang yang angkuh, tentera Islam bersukaria di malam hari dan pelbagai perkara yang karut yang tidak menepati dalam buku sejarah umat Islam. Begitulah perancangan jahat pihak Barat untuk memburukkan Islam dan tokoh-tokoh ternamanya, walaupun mereka mengagumi Salahuddin mereka masih berusaha untuk merosakkan peribadinya secara senyap-senyap.

Diolah kembali dari Sudut Agama, Berita Harian 11 hb Jun 2007.