1 November 2013


Masjid Djenné yang terletak di Djenné , Negara Mali di dataran banjir sungai Bani. Masjid ini tidak kelihatan seperti masjid biasa dan ini membuatkan ianya kelihatan sangat unik. Masjid Besar Djenné adalah bangunan bata tanah liat di dunia dan di anggap oleh ramai jurubina sebagai gaya seni bina Sudano-Sahelian, walaupun dengan pengaruh Islam yang jelas. Selain merupakan pusat masyarakat Djenné, ia adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Afrika.

Masjid pertama ditapak ini dibina pada abad ke-13, melalui pelbagai proses pembesaran dibawah pemerintahan Sultan Mali semenjak 1907. Sebelum beliau memeluk Islam, Masjid Djenné merupakan istana beliau. Sultan Kunburu kemudian mengubah suai istananya menjadi masjid sebelum membina istana baru bersebelahannya. Selepas beberapa ratus tahun Masjid mula rosak. Hanya selepas Mali ditakluki Perancis pada tahun 1906, ianya diperbaiki dan dibesarkan. Kini masjid ini sebesar 75x75 meter. Ianya dibina sepenuhnya menggunakan batu yang dibuat dari lumpur dan jerami yang dipanggil FEREY oleh penduduk tempatan. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil ADOBE. Batuan ferey kemudian dilumur lapisan lumpur bagi memberi permukaan yang licin. Kerana ianya dibuat daripada lumpur dan jerami Masjid Sultan Kunburu harus diperbaiki setiap tahun. As it stand Masjid Djenné ialah bangunan diperbuat daripada lumpur terbesar didunia dan diiktiraf sebagai World Heritage Site pada tahun 1988.



 
Apa yang menariknya bagi aku ialah rupanya yang sangat lain dari masjid yang lain. Jika masjid lain mempunyai bulan sabit diatas kubah, Masjid Djenné, seperti kebanyakkan masjid di Afrika sebaliknya meletakkan telur burung unta. Walaupun sudah ada bahan binaan dan rekaan moden, penduduk Djenné enggan merubah dan mempermodenkan masjid mereka sebagai tanda mengekalkan tradisi tempatan.















SUMBER
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besar_Djenn%C3%A9


http://piizii.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

RECENT POSTS

Top Popular Posts