Dalam dunia ini, sesuatu yang pasti adalah mati,apabila tiba waktu roh terpisah daripada jasad.
Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 
70  kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di
 dapati  orang itu ada yang sedang gelak ketawa. 
Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang 
ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk  mencabut nyawanya, 
tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” ::Sabda Nabi 
Muhammad S.A.W
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar. Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika 
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut 
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan 
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut 
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
 begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang 
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri 
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita 
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
 gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat 
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita 
sepanjang masa. 
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas 
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan 
seakan-akan bingung seketika. 
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk 
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan 
dicabutnya. 
7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
 musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
 ianya berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
 perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan 
urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi 
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat 
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. 
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 
1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini 
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan 
harinya. 
Nazak atau Tanda Akhir
 Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk 
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan 
naik ke bahagian halkum. 
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
 diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita 
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan 
mematikan pula.
  *Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda 
kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam 
Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan 
dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta 
kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja 
beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk 
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
 mengkafankan bahagian mukanya.


No comments:
Post a Comment