|  | 
| As-Syahid Imam Hassan Al-Banna | 
     12 Februari 2013 baru saja meninggalkan kita. Ingin saya kongsikan di sini, sedikit kisah tentang latar belakang 
seorang tokoh yang telah menyusun Al-Mathurat dan pengasas Ikhwanul 
Muslimin. 
Tanggal 12 Februari 1949, syahidnya seorang pendakwah terulung dan reformis Islam, Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau dikenali Imam Hassan Al-Banna. Pemergiannya yang dipenuhi dengan konspirasi yang dirancang musuh Islam yang tidak senang dengan gerakan dakwahnya.
Beliau ditembak di hadapan Pejabat Ikhwanul Muslimin bersama adik
 iparnya, Abdul Karim Mansur. Dua orang yang tidak dikenali menerpa dan 
menembak beliau dan adik iparnya. Sebanyak tujuh das tembakan terkena 
Imam Hassan Al-Banna. Beliau dibawa ke hospital dan dikawal
rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar.
rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar.
Tiada sebarang rawatan diberikan kepadanya dan akhirnya Hassan Al-Banna meninggal dunia pada tengah malamnya. Kemudian, jenazahnya dihantar ke rumahnya.
Pihak tentera memberi amaran bahawa tiada yang boleh bersuara, tidak boleh ada takziah dan hanya ahli keluarga sahaja yang menguruskan jenazahnya serta pengebumiannya mesti diselesaikan jam sembilan pagi keesokan harinya. Jenazah Imam Hassan Al-Banna diuruskan oleh bapa yang melewati usia 90-an ketika itu. Jenazah hanya disolatkan oleh bapanya serta ahli keluarganya sahaja.
Apa yang lebih mendukacitakan, Raja Farouk I telah menangguhkan hari jadinya daripada 11 Februari ke 12 Februari untuk sama berpesta meraikan dengan mereka yang meraikan kematian insan terulung ini.
 Imam Hassan Al-Banna hanyalah berumur 43 tahun sewaktu beliau 
dibunuh. Selama 43 tahun beliau hidup, masa beliau banyak dihabiskan 
dengan mencurah keringat, bakti kejayaan-kejayaan yang agung dan 
pendirian yang besar, yang kesannya sentiasa disebut-sebut sepanjang 
zaman. Sesungguhnya 43 thun merupakan angka yang singkat, tetapi ia 
diisi dengan ketekunan dan amalan yang berterusan, usaha yang dicurahkan
 tidak dapat dibandingkan dengan umurnya yang singkat.
Imam Hassan Al-Banna hanyalah berumur 43 tahun sewaktu beliau 
dibunuh. Selama 43 tahun beliau hidup, masa beliau banyak dihabiskan 
dengan mencurah keringat, bakti kejayaan-kejayaan yang agung dan 
pendirian yang besar, yang kesannya sentiasa disebut-sebut sepanjang 
zaman. Sesungguhnya 43 thun merupakan angka yang singkat, tetapi ia 
diisi dengan ketekunan dan amalan yang berterusan, usaha yang dicurahkan
 tidak dapat dibandingkan dengan umurnya yang singkat.
Imam Hassan Al-Banna telah mencetuskan banyak fenomena kepada perkembangan Islam dan menjadikan rujukan kepada para gerakan Islam di seluruh dunia.
Imam Syahid Hassan Al-Banna
Pencetus Kebangkitan Umat Abad 20
" Ustaz Hassan 
Al-Banna hidup di dunia ini selama 40 tahun. Beliau tidak tidur di atas 
tilamnya yang empuk kecuali beberapa malam tertentu. Beliau tidak 
bertemu sanak-saudaranya kecuali pada saat-saat tertentu sahaja. Umur 
setelah itu berkelana untuk mengukuhkan tiang-tiang Rabbani dan 
memantapkan rukun-rukun ISLAM di saat kaum muslimin sedang terpedaya , 
pada saat penjajah terjaga, sementara dibelakangnya fanatisme salibiah 
sedang siap siaga, begitu juga dengan golongan komunis. Hassan Al-Banna 
adalah seperti raksasa yang memerangi semua itu, sehingga membuat musuh 
tidak dapat tidur dan menjadikan musuh tidak akan aman."
 (Sheikh Muhammad al-Ghazali)
Nama Imam Hassan al-Banna merupakan nama unggull yang sering disebut-sebut para gerakan dakwah islam pada hari ini. Ketokohan beliau dalam menjalankan gerak kerja dakwah dan kesungguhan beliau dalam menegakkan kembali Islam yang semakin dilupakan pada zaman beliau harus kita contohi. Kesedaran beliau dalam mengembalikan Islam, menyegarkan kembali kefahaman Islam yang kian meleset akibat kesan penjajahan Barat di negara-negara umat Islam adalah satu usaha yang begitu tinggi nilai dan kesannya kepada usaha dakwah pada hari ini.
Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna merupakan seorang tokoh ulama', imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang kitab-kitab hadith dan Fiqh Perundangan Islam dan juga memiliki kedai menjual jam dan menjual gramophone.
Bapanya
 juga turut mengkaji, menyelidik dan mengajar Ilmu-ilmu agama seperti 
Tafsir al-Quran dan Hadith kepada penduduk sekitarnya dan beliau juga 
banyak dipengaruhi fikrah-fikrah perjuangan Islam seperti Syeikh 
Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Melalui bapanyalah Imam Hassan al-Banna mempelajari banyak maklumat 
khususnya berkaitan isu agama dan fikrah-fikrah yang segar mengenai 
perjuangan Islam dan menegakkan kebenaran yang diperolehi daripada 
Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.Semenjak kecil 
Hassan al-Banna telah dididik dengan fikrah perjuangan. Ketika beliau 
berusia 12 tahun, beliau telah menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan
 Jemaah Al-Sulk wal-Akhlaqi yang dikendalikan oleh gurunya di sekolah. 
Kerika usia masih muda ini, beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir 
yang ditubuhkan oleh oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan 
al-Hasafiyyah dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan
 inilah beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang mana akhirnya 
memainkan peranan penting dalam penubuhan ikhwanul muslimin.
      Pada peringkat awalnya, beliau banyak menjalani 
aktiviti-aktiviti dakwah malahan terlibat secara aktif. Pada tahun 1927,
 beliau telah berjaya mendapat segulung ijazah dan meneruskan karier 
sebagai guru. Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan,
 pada tahun 1946 Hassan al-Banna telah meletakkan jawatan untuk menyusun
 keg iatan dakwah dengan lebih berkesan dalam masyarakat di bandar 
tempat beliau tinggal. Pengalaman beliau dalam jemaah selama ini 
menjadikan beliau seorang pemimpin yang sangat berpengaruh dan bijak 
dalam mengatur organisasi beliau. Ikhwanul Muslimin telah mengalami 3 
peringkat iaitu, peringkat memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah 
 asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk 
keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya 
melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.
Ikhwanul Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang 
menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua.Antara ucapan 
berpengaruh Imam Hassan al-Banna ialah,
" Saya dan 
rakan-rakan seperjuangan menyeru kepada kalian untuk kembali kepada 
ISLAM; ajaran dan hidayah. ISLAM adalah sistem kehidupan yang 
komprehensif, mencakup segala aspek kehidupan, dia merupakan negara dan 
bangsa, atau pemerintahan dan umat, dia merupakan akhlak dan kekuatan 
atau rahmat dan keadilan, dia merupakan thaqafah dan undang-undang atau 
ilmu dan hukum, dia merupakan menteri dan harta atau usaha dan kekayaan,
 dan dia nerupakan jihad dan dakwah atau perajurit dan ideologi, 
sebagaimana dia merupakan akidah yang bersih dan ibadah yang benar satu 
sama lainnya"
Pengaruh Ikhwan yang 
semakin kuat amat membimbangkan kerajaan Mesir pada ketika itu yang 
diketuai oleh al-Nukrasi Basya dari parti al-Sa'di yang bertindak 
mengharamkan Ikhwanul Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu 
pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Akan tetapi beliau tidak 
ditahan dan berusaha sedaya upaya menyelamatkan Ikhwanul Muslimin. 
Malangnya usaha beliau terhenti apabila beliau telah ditembak pada waktu
 Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar daripada bangunan Ikwanul 
Muslimin.
Beliau 
menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan ini di dakwa 
telah dilakukan oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana 
menteri yang dibunuh oleh seorang pelajaR yang tidak berpuas hati dengan
 pembubaran Ikhwanul Muslimin.Dengan kawalan yang ketat oleh 
kereta-kereta perisai polis, jenazah beliau dikebumikan dengan hanya 
sanak saudara yang boleh menghadiri upacara tersebut. Lebih menyedihkan 
lagi, penyokong Ikhwanul Muslimin tidak dibenarkan bertandang ke rumah 
beliau hatta untuk mengucapkan takziah dan mereka yang ingkar akan 
ditangkap dan diseksa serta dikurung. Begitulah kejamnya mereka.
Imam Hassan al-Banna boleh dijadikan icon dakwah dan ahli gerakan Islam yang terulung disebabkan semangat juang dan pengorbanan yang tinggi. Sepanjang beliau hidup, bermacam-macam tawaran beliau terima untuk memesongkan pemikiran beliau tetapi kesemunya beliau tolak dengan tegas.Akhirnya pihak British membuat kesimpulan bahwa Hassan al-Banna tidak dapat dipengaruhi oleh emas dan perak.
Antara rakaman tazkirah beliau sebelum beliau syahid ialah:
"Wahai
 Ikhwan ( saudara-saudaraku!) Berimanlah dengan ALLAH! Kuatkanlah dengan
 mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu 
takut selain dari Allah. Tunaikanlah suruhanNYA dan jauhilah 
laranganNYA. Bersikaplah dengan perangai yang baik. Jadikan kamu 
orang-orang  kuat dengan akhlak yang mulia, dengan sifat yang gagah 
sebagai orang-orang mukmin, dan  dari sifat mulia sebagai orang-orang 
bertaqwa dan yang Soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari Al-Quran
 dan betul-betul mengkaji serta mengulangi sirah nabawiyyah. Kamu harus 
menjadi orang yang banyak bekerja bukan banyak bercakap dan bertengkar 
kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka 
diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum yang sesat setelah 
mendapat petunjuk adalah kerana  mereka banyak bertengkar dan berbalah. 
Kamu hendaklah saling menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan 
kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan 
sebagai tiang kepada kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga 
Allah membuka yang haq di antara kamu  dan kaum dan Allah adalah 
pembuka. Dengar dan ta'atilah pimpinan kamu sama ada dalam kesusahan 
atau dalam kesenangan, sama ada kamu sukai atau dipaksa kerana ia adalah
 panduan kepada pemikiran  kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada 
hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan 
bantuan Allah. Peluang ini tetap menjelang datang, usah diragu-ragukan :Pada
 hari ini bergembiralah mereka yang beriman dengan pertolongan Allah. 
Allah menolong siapa sahaja yang dikehendakinya dan Allah amat gagah dan
 amat penyayang.
(Ar-Rum: 4-5)
Semoga kita sama-sama ambil ihtimam daipada kisah sang syahid yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan Islam terletak di tempat paling atas.Semoga kita dapat mencontohi beliau dan dimatikan dalam kesyahidan yang pasti. Hassan al-Banna adalah cerminan hidup seorsng pejuang yang telah mewakafkan hidupnya demi memartabatkan Islam di tempat selayaknya. Wallahualam. sekian untuk kali ini=)
Sebelum kematiannya, Hassan Al-Banna telah meninggalkan 10 wasiat yang begitu berharga untuk semua jemaah Islam. Sepuluh wasiatnya itu ialah:
1. Apabila Mendengar Azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah Bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah Banyak Ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah Banyak Bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah Bercakap Lebih Nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah Daripada Mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah Dengan Setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu Gunakanlah Masa Dengan Sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.






