 
 Nama penuh Ibnu an-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.
Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin Abu AL-Abbas 
Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis 
buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan 
para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan 
sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah 
mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi 
Usaiba’ah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah 
menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M) 
sewaktu umur beliau 80 tahun. Meskipun bidang utama beliau adalah 
perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, 
falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang 
menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang 
berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam 
para sarjana islam yang ada.
Sumbangan
Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai 
kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran
 darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenals ebagai tokoh 
sarjana islam yang terkenal. Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga 
melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, 
beliau telah membina sebuah hospital.
i) Bidang Pembedahan
Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan 
jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya
 pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi
 memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya
 pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. 
Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan 
lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang 
terdapat dalam tubuh manusia.
ii) Memerangi Wabak.
Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen 
memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun 
kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya
 dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah 
digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.
iii) Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.
Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam 
syarahnya dalam kitab anatomi ibn Sina iniialah teori tentang peredaran 
darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan darah dalamkitaran. 
Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem 
sirkulasi pulmonari’. Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah 
bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran 
darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana 
perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan 
daripada jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri
 itu sendiri. Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori
 perubatan Mesir kuno.
Ibnu Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran 
darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu 
Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung 
mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu Sina.
Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada 
paru-paru. Dalam paru-paru, udara bertemu dengan darah. Darah itu 
kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru 
lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantung dan dari sini, darah 
disebar keseluruh badan. Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis 
kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan 
bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari 
paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori 
sirkulasi pulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk 
mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama.
iv) Membina Sebuah Hospital
Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan
 oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. 
Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan 
bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang 
menunggu, dan bilik khas untuk doktor.
Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital 
itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan 
‘al-Mansuri’.
|  | 
| Ibn Al-Nafis menjadi Pengarah pertama untuk Hospital Al-Mansouri yang dibina oleh Sultan Qalaoun al Mansour, di Kaherh. | 
Ibn Al-Nafis menjadi Pengarah pertama untuk Hospital Al-Mansouri yang dibina oleh Sultan Qalaoun al Mansour, di Kaherah
Karya Ilmiah
Sebagaimana para sarjana islam yang lain, Ibnu al-Nafis telah menulis 
banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimana pun, kebanyakannya telah 
hilang. Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil
 Fi al-Tibb tentang ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi 
al-Kuhl mengenai opthalmilogi, al-Muhazzab berkenaan tentang perubatan 
mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang pemakanan, Syarh al-Hidayah 
adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-Risalah 
al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah 
hidup Nabi Muhammad.
Muka depan manuskrip Kitab Sharh Tashrih Al-Qanun yang diterbitkan 
semula (A Commentary on the Anatomy of the Canon of Ibn Sina) ditulis 
oleh Ibn Al-Nafis (1210-1288 AD) dan mengandungi penjelasan pertama 
tentang sistem peredaran darah dan penjelasan pertama tentang mengenai 
pembuluh darah disamping beberapa penemuan asli yang lain
Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang mewakili 
zamannya pada zaman iti. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang 
luas dan juga berfikiran kreatif dalam membuat kerjanya.di dalam 
kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering dilantik sebagai doktor
 peribadi oleh pemerintah-pemerintah.
Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun 
yang paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli 
fizik yang terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang lain.
Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah 
sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. 
Tidak hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat dalam sejarah 
tamadun Islam.
Sumber rujukan:
http://irfanirsyad.wordpress.com
http://historyindepth.com/ibn-al-nafis-and-the-blood-circulation
http://www.historyofinformation.com/expanded.php?id=1660


