Ahmad Hussein Deedat dilahirkan pada 01hb Julai 1918 di Surat, India. 
Beliau lahir di dalam sebuah keluarga yang miskin. Pada tahun 1927, 
beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau telah berhijrah ke 
Afrika Selatan pada tahun 1927 iaitu pada ketika berusia 9 tahun untuk 
tinggal bersama-sama ayahnya.
Di sebabkan oleh masalah 
kemisikinan beliau tidak mampu mendapatkan pendidikan formal sebagaimana
 kanak-kanak yang lain. Pada usia sembilan tahun, beliau mula belajar 
bahasa inggeris secara formal dan berjaya menjadi pelajar yang cemerlang
 dalam bidang akademik.
Oleh kerana kesempitan hidup, beliau 
terpaksa bekerja pada usia 16 tahun di sebuah kedai yang menjual 
buku-buku agama dan pada tahun 1936 berlakulah satu peristiwa yang 
mengubah kehidupannya dimana sekumpulan pelatih missionary kristian 
menghinanya kerana beragama Islam.
Penghinaan yang dilontarkan 
kepadanya menjadikan beliau bertambah bersemangat untuk berdebat jika 
bertemu lagi dengan mereka pada masa hadapan. Dengan izin Allah beliau 
telah menemui sebuah buku yang bertajuk Izharal-Haq yang menerangkan 
teknik-teknik yang digunakan oleh orang Islam India bagi menghadapi 
missionary kristian di India.
Buku tersebut telah menjadi 
inspirasi kepada beliau untuk berhadapan dengan misionari Kristian yang 
datang ke tempat beliau bekerja. Daripada buku inilah beliau mempelajari
 teknik berdebat dan seterusnya beliau telah membeli kitab injil 
kristian dan mengkaji isi kandungannya. Usaha gigih dan ikhlas beliau 
ini telah berjaya mematahkan setiap hujah oleh para pelatih misionari 
kristian.
Lama-kelamaan beliau bukan sahaja berjaya berdebat 
dengan para pelatih, bahkan misionari dan paderi juga berasa bimbang dan
 digeruni dengan kebolehan berdebat dan pengetahuan beliau mengenai 
kristian.
Pada tahun 1942 iaitu pada ketika beliau berusia 24 
tahun, beliau telah mula bersyarah kepada orang ramai dimana mereka yang
 mendengar ceramahnya hingga ribuan orang dan semenjak itu beliau telah 
menghadiri ribuan majlis di seluruh dunia di dalam menyampaikan 
ceramahnya.
Sebagai seorang sarjana dalam bidang perbandingan 
agama, beliau bukan sahaja menyampaikan ceramah-ceramah umum, malah 
beliau juga telah mengajar kelas yang mengkaji kandungan kitab injil. Di
 samping itu beliau juga telah menulis buku di dalam pekbagai topik dan 
buku beliau yang terkenal adalah “The Choice”.
Deedat dan 
beberapa rakannya telah menubuhkan Islamic Propagation Center 
International bagi tujuan dakwah dan di atas sumbangan beliau ini, 
beliau telah dikurniakan Anugerah King Faisal pada tahun 1986 iaitu pada
 ketika beliau berumur 68 tahun.
Pada bulan Mei 1996 beliau telah
 menderita penyakit lumpuh selama 9 tahun setelah mengalami serangan 
strok dan telah meninggal dunia pada bulan Ogos 2005 ketika berumur 78 
tahun di rumahnya di Verulam, Afrika Selatan. Semoga Allah merahmati roh
 beliau, Amin. 
ALLAHUAKHBAR..ALLAHUAKHBAR,,ALLAHUAKHBAR..

